5/29/09

KEMENTERIAN YANG PALING ZALIM!!!

Bukanlah sekadar gimik atau tarikan semata-mata tetapi inilah hakikat yang terpaksa dihadapi oleh golongan guru yang sentiasa setia mencurah bakti kepada anak didiknya tanpa mengira bangsa dan agama. Sudah lama dipendamkan rasa tidak puas hati ini. Namun, atas dasar cuak, takut dan pelbagai rasa lagi, telah menanamkan perasaan ini untuk sekian lama hinggalah pada hari ini terpaksa juga dibuakkan.

Kami golongan guru yang baru mengikat perjanjian dengan Pihak Kementerian pelajaran Malaysia telah diperlakukan dengan sebegitu zalim sekali. Ada daripada kami yang sehingga kini terpaksa merana dek tidak layak memohon pinjaman bank kerana nama sudah disenaraihitamkan. Ini semua adalah kerana gara-gara pihak kementerian yang sengaja melewat-lewat pembayaran gaji kami sehingga mencecah 3 bulan berturut-turut. Jelas terdapat korupsi dan penyelewengan disitu. Kami memohon pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya segera menyiasat penyelewengan ini.

Daripada bulan pertama kami berkhidmat, kami tidak pernah menerima sebarang bayaran daripada pihak kementerian hanya kerana kami semua adalah guru-guru baru yang masih “mentah” kononnya. Dimanakah kredibiliti seorang pemimpin di kementerian pelajaran? Bayangkanlah sekiranya seorang menteri tidak menerima elaun dan gajinya selama 3 bulan berturut-turut. Sudah tentu bagai cacing kepanasan. Siapa yang hendak membayar hutang rumah, kereta dan lain-lain keperluan?
Justeru, kami merayu teramat sangat kepada pihak kementerian agar kasihanilah kami yang baru sahaja ingin memulakan kerjaya pertama kami ini. kami perlu menyara keluarga. Kami bukan datang daripada keluarga yang kaya raya tetapi kami datang daripada golongan yang miskin dan papa. Dengarilah rintihan kami ini. pihak media juga diharapkan dapat mengenengahkan isu ini kepada khalayak khususnya pihak kerajaan yang amat prihatin itu. Sekian.

30 rabiulakhir 1430H.
2.54am.(Malaysian time)
Nilai, desa kolej.

No comments: