Suasana gombak adalah suasana fikrah Islam kerana mungkin kawasan ini dipegang oleh exco agama negeri Selangor dibawah PAS. Disini, saya lebih selesa menggunakan panggilan “aku” bagi menggelar diriku. Minggu lalu, akhi-akhi ziarah kolej matrikulasiku, jadi hari ni, aku pula menziarahi akhi-akhi di UIA. SinChan dan Afif awal-awal sudah menjemput di stesen LRT. Best jugak lah kali ni. Walaupun berbeza suasana tetapi paling kurang dapat belajar-belajar dengan akhi-akhi yang bijaksana. Minat terhadap “comparative religion” tidak dapat ternafi. Hanya keinginan dapat meluhurkan isi hati.
Jam 8.30, tiba di masjid yang besar bertema biru itu. Hawa dingin dan amat selesa. Bukanlah kali pertama ke UIA, sebelum-sebelum ni pun dah banyak kali kerana kedua-dua kakandaku adalah graduan UIA. Dari PJ hingga ke Kuantan, semua cawangan UIA yang empat itu sudah ku kunjungi. Semuanya memang menakjubkan dan lebih besar berbanding kolejku. Sebaik solat Isyak, aku berehat di tempat tidur di sebuah bilik yang berhawa dingin. Memang selesa. First time masuk tempat yang terpencil ni. Selalunya hanya tidur di bilik senior. Tapi hari ni dapat tidur dalam kawasan masjid dan berhawa dingin pulak tu. Memang syok. Apapun, semuanya adalah kerana Allah SWT dan usaha-usaha keatas jalannya yang pastinya tidak akan disisihkan.
Program bermula jam 9.30 di satu sudut dalam dewan solat. Karpet sejadah merah yang lembut lagi empuk membuatkan aku makin selesa. Ketika berkongsi mengenai isu semasa di UIA ini, masalah yang sama, tetapi pencegahan yang berwasilah berbeza. Walaupun masih terdapat masalah “dating” di UIA, tetapi pihak MPP dan gerakan usrah di UIA amat kuat berbanding kolejku. Kain rentang yang besar-besar mengingatkan bahaya “dating” dan menghalang aktiviti “dating”. Saman, tindakan keras dan pelbagai bakal dikenakan kepada yang berdating. Memang hebat. Kalaulah ditempatku boleh buat macam ni.
Jam 11, semua masuk tidur. Sejuk. Selimut dikongsi bersama. Alhamdulillah cukup besar untuk melitupi 2 orang. Ukhuwah dan silaturrahim terikat erat. Jam 5, bangun qiam. 6 pula solat subuh berjamaah. Pada paginya jam 7, semua berkumpul dengan berpakaian sukan. 7.30 beriadah dengan berjoging mengelilingi satu pusingan bulatan jalan raya UIA. Lebih 1 km. semua berpakaian sopan di UIA. Amat menakjubkan. Pelbagai risalah dakwah Islam bertempekan. Kain-kain rentang memperingatkan kepada Tuhan. sarapan di kafetaria, rehat dan bersiap ke Taman Alam Sedayu. Kawasan peranginan air terjun dan perkampungan orang Asli. Tengahari kami tiba di situ. Hanya beberapa minit dari UIA Gombak. Siapa sangka Gombak masih ada kawasan hijau dan air terjun sebegini. Setibanya disana, kami menjamu selera terlebih dahulu. Ukhti-ukhti yang mempersiapkan makanan untuk makan tengahari. 3 jenis lauk. Agak mewah makan hari ni. Kemudian, tazkirah diberikan oleh akhi Afif. Kami menunaikan zohor diatas tikar dan ada yang beralas kain kerana kurang ruang.
Selepas itu, semuanya bermandi manda. Ukhti-ukhti jauh disana dan akhi-akhi pula disisiku. Memang agak letih selepas mandi dihujani air yang deras tetapi disirami dengan ukhuwah dan silaturahim yang menggamit perjuangan dihati. Sebelum asar berkumandang, kami sempat pulang dan tiba di UIA semula. Mengemas barang kerana ada hal lain di rumah. Maka saya pun beredar dari UIA dengan dihantar dan diiringi akhi-akhi yang amat disayangi. Menaiki kereta sehingga ke LRT, aku pun menderas ke stesen Nilai bersama dengan rakan tanzim Nilai. Maka berakhirlah 24 jamku di UIA Gombak yang lengkap dengan suasana islami walaupun terdapat sedikit kecacat-celaan yang ditimbulkan oleh pihak oposisi kepada “kerajaan” UIA(kerajaan yang dipimpin oleh pro mahasiswa). Tahniah! Teruskan perjuanganmu Pro Mahasiswa UIA untuk menentang oposisi Pro Aspirasi. Allahuakbar!
5/29/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment