Lewat kebelakangan ini, sering terpapar di media-media elektronik dan terpampang di media-media cetak mengenai isu jenayah yang semakin menular. Seakan-akan wabak yang amat mudah tersebar luas, menjangkiti seluruh isi alam. Tidak mahu menyentuh isu-isu jenayah luar negara, skuad Jihadmalaya hari ini sekadar mahu menyentuh mengenai isu jenayah dalam negara kita Malaysia sahaja. Itu sudah memadai sebenarnya.
Amat banyak dan tidak terkata apabila melihat jenayah-jenayah yang begitu kejam hari ini. bukan sekadar dibunuh, malah dirogol dan dibelasah sebelum dibunuh. Apatah lagi, dengan cara yang amat kejam seperti menggunakan bom sehingga berkecai mayat, mencincang seperti ayam dan bermacam-macam lagi kes yang pastinya membuatkan berita-berita seperti ini dikategorikan sebagai 18 SG atau 18 PL.
Jihadmalaya bukanlah mahu memperkecilkan golongan mufti Malaysia atau Majlis Fatwa Malaysia tetapi mereka ini semua jelas seperti boneka golongan sekular semata-mata. Tiada sebarang tindakan dan arahan yang dikeluarkan kepada pihak pimpinan tertinggi negara berkaitan hal ini. Bukannya sukar, sekadar mengingatkan pemimpin kita yang sudah lupa dek kerana mungkin sudah tua kerana terlalu memikirkan kegawatan ekonomi negara supaya melaksanakan hukum-hukum Allah.
Bukankah kita sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi? Jadi, marilah sama-sama menjayakan misi untuk merealisasikan negara kita sebagai sebuah negara Islam yang melaksanakan hukum-hukum Islam sekaligus benar-benar mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara. Bagi pemimpin negara pula, daripada Yang Dipertuan Agung, perdana menteri hinggalah kepada menteri-menteri yang bertanggungjawab terhadap rakyat jelata dan hal ehwal pemerintahan serta undang-undang negara janganlah rasa segan silu pula untuk mengiktiraf hukum Allah ini sebagai undang-undang negara.
Islam itu cukup sempurna kerana sifatnya sendiri yang bersifat syumul(sempurna). Daripada hal yang seremeh-remehnya hinggalah kepada hal yang sebesar-besarnya, semuanya ada dalam Islam. Justeru, pemimpin tertinggi negara diharapkan agar dapat menjayakan konsep sebuah negara Islam yang syumul dengan satu langkah mudah sahaja iaitu melaksanakan hukum Allah di atas bumi Malaysia ini.
Jihad Malaya yakin dan percaya, dengan pelaksanaan hukum-hukum Allah di Malaysia pastinya dapat mengurangkan jenayah dalam negara sekaligus boleh menjayakan negara sifar jenayah pada masa akan datang. Sekalipun tidak sifar jenayahnya, setidak-tidaknya dapatlah dikurangkan jenayah ke tahap minima yang teramat. Hal ini sekaligus akan memudahkan pentadbiran, meningkatkan ekonomi dan menstabilkan politik negara. Seiringan dengan itu, pastinya pihak kerajaan akan bertambah penyokongnya dan peminatnya dari dalam dan luar negara kerana hukum Allah yang terlaksana.
Apabila hukum Allah itu dilaksanakan, maka kegentaran untuk melakukan jenayah itu akan datang dari Allah. Penjenayah akan rasa takut yang teramat kerana sekiranya dia mencuri, dia akan dipotong tangan dan maruahnya akan tercalar kerana hukum hudud dilksanakan dihadapan khalayak umum. Bukan sahaja si penjenayah malahan semua masyarakat yang melihat pelaksanaan hukuman itu akan berasa gentar terhadap hukum Allah yang amat memberi signifikan kepada umum ini. namun, sekiranya hukuman itu adalah dicipta oleh manusia, maka kegentaran itu tidak datang daripada Allah walaupun hukuman yang dicipta oleh manusia itu amat berat. Contoh, kesalahan memiliki dadah sekian-sekian berat dan jenis akan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Namun, kita lihat hari ini bilangan pengedar dan penagih dadah semakin bertambah. Kerana apa? Kerana mereka tidak berasa gentar untuk melakukan jenayah itu kerana hukumannya bukan datang dari Allah.
Ada pihak berpendapat, hukuman Hudud dan hukum Islam adalah satu pemikiran kuno dan boleh menyebabkan negara mundur serta ekonomi negara akan jatuh sekiranya melaksanakan hukum-hukum Islam. Betapa jumudnya pemikiran sekular-sekular yang sudah tua dan beruban ini. Apakah mereka buta melihat kekayaan Arab Saudi? Apakah mereka buta melihat kemajuan teknologi Iran? Arab Saudi dan Iran sebagai negara terawal yang mengamalkan undang-undang Islam ini telah menunjukkan contoh dan teladan yang baik selepas melaksanakan undang-undang Islam ini.
Pelaksanaan hukum Islam di negara negara mereka langsung tidak menyebabkan ekonomi mereka jatuh, langsung tidak menyebabkan pelabur-pelabur takut melabur disana dan langsung tidak menimbulkan pemberontakan terhadap kerajaan malahan, kerajaan mereka disanjungi rakyat jelata, lebih aman kerana tiada jenayah dan kecurian, lebih maju kerana pembangunan boleh dilakukan tanpa ada sebarang penyelewengan, lebih kaya raya kerana pelabur suka negara yang selamat daripada jenayah, tiada pemberontakan sekaligus menyebabakan politik mereka stabil dan sistem politik negara mereka bermaruah dan saling bekerjasama antara kerajaan dan pembangkang. Inilah yang kita mahu. Inilah kesan yang amat positif dan mendalam sekiranya hukum-hukum islam terlaksana di sesebuah negara.
Maka itu, fikir-fikirkanlah wahai ulama-ulama’ kerajaan dan pemimpim-pemimipin negaraku serta rakyat jelata…!!!
30 rabiulakhir 1430 H.
3.26am(waktu Malaysia)
Nilai, desa kolej.
5/29/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment