11/30/09

AL-MANNA?

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta seluruh ahlulbayt. Semoga kesinambungan perjuangan Salman akan berterusan hingga kemunculan Imam Mahdi.

Kali ini, ana tertarik dengan fenomena baru yang melanda tanzim-tanzim HI di matrikulasi. Walaupun sebenarnya fenomena ini telah bermula sejak sekitar 80-an di UM, namun baru kali ini kehangatannya dapat dirasakan oleh diri ana dan sahabat-sahabat ana yang masih buta mengenai fenomena ini. Fenomena al-Manna, merupakan sebuah jemaah yang agak baru jika mahu dibandingkan dengan HI, PMI, WUFI, JIM dan ABIM. Jika nak dibandingkan dengan HT, HT lah lagi muda. Namun, mengikut firasat saya, bahayanya al-Manna ini adalah seribu kali ganda bahaya berbanding HT, JIM ataupun Tabligh serta ABIM. Apapun, Aspirasi adalah yang paling bahaya.

Apa itu AM? AM merupakan sebuah tanzim yang diasaskan secara 2 muka oleh mahasiswa UM dari kalangan ahli PMI. Mengikut sumber sohih juga, salah seorang pemimpin PAS pusat hari ini juga pernah menganggotai usrah AM ini semasa tempoh perjuangannya di UM. Sebab itulah perangainya lain sedikit. AM ini diasaskan hasil daripada sikap ego siswa siswi di UM ketika itu. Mereka sebenarnya sudah ada jemaah PMI dan usrah dibawah dewan Pemuda PAS ketika itu tetapi pada masa yang sama mereka mempunyai kumpulan usrah yang lain dengan modul-modul mereka yang tersendiri. Apa kejadahnya mereka berbuat begini pun ana tak tau. Namun yang pasti, ini semua adalah kerana sikap ego yang tinggi kerana ilmu universiti yang mereka ada.


Siswa siswi kini perlu lebih berhati-hati dalam menyertai usrah di kampus lantaran kebangkitan pelbagai kumpulan yang cuba memesongkan...


Setelah berpuluh tahun berlalu, akhirnya mungkin kerana mereka merasakan bahawa mereka sudah boleh menubuhkan jemaah sendiri tetapi berproksikan PAS untuk menarik bijak pandai yang lain dari seluruh kampus. Namun begitu, hanya di matrikulasi dan UiTM sahaja yang baru ana dapat maklumat mengenai pengkaderan al-Manna ini. Mereka merupakan ahli jemaah HI atau PMI, tetapi setelah berjaya mengkader atas nama PMI atau HI, mereka akan mula membelokkan adik-adik mereka ini sedikit demi sedikit. Niat mereka bukanlah jahat mana pun tetapi tetap merbahaya terhadap jemaah. Hal ini sudah tentu akan menimbulkan dua kumpulan dalam PAS pada masa akan datang. Amat serius dan kritikal. Walaubagaimanapun, AM tetap PAS.

Satu lagi ialah, AM tidak pernah menimbulkan soal perjuangan dalam tanzim. Mereka kononnya cuba menjaga status sebagai pemimpin sahaja hinggakan tidak melatih orang-orangnya dalam konsep jundiyyah yang sebenar. Dalam buku karangan Mustafa Masyhur, hubungan antara qiyadah dan jundiyyah itu perlu sentiasa akrab dan qiyadah perlu tahu bagaimana kondisi jundiyyah. Qiyadah tidak boleh terus menjadi qiyadah tanpa bermula sebagai jundiyyah dalam parti. Justeru, jelas sudah bahawa, AM amat penuh dengan egoisitk mereka sebagai mahasiswa. Mereka hanya mengikut kepala mereka tanpa menghiraukan modul jemaah HI sebenar.

Apapun, kita perlu sentiasa behati-hati dengan kemunculan AM ini kerana mereka ada 2 wajah. Mereka mengikut jemaah HI tetapi pada masa yang sama mereka sedang dalam usrah mereka dalam AM. Kesannya mungkin tidak dapat dirasai kini tetapi hanya akan dapat dirasai apabila kita bergiat dalam parti secara realiti didunia luar sana. Moga-moga Allah pelihara kita daripada golongan pemecah belah ini.

Sumber: JEMAAH UITM

KFC,MCD,A&W

Kadang-kadang, rasa kecewa dan hampa melihatkan saudara-saudaraku masih terkebil-kebil dihadapan sebuah kedai makanan segera. Bukan kecewa kerana masanya terbuang dek melepak didalam kedai yang berhawa dingin lagi selesa tempat duduknya itu tetapi kecewakan bagaimana seorang muslimah yang bertudung sempurna dan muslimin yang faham tentang syariah boleh menjadi pelanggan setia kepada syarikat makanan segera yang berasal daripada negara Israel itu.

Aku terus bingung dan bingung hinggalah pada satu hari, terdetik hati bertanyakan kepadanya setelah tidak sanggup lagi aku melihat dia terus terusan membantu membunuh saudara seagama sendiri. “mengapa perlu kau banggakan dan membeli barangan Yahudi?” kataku. “apakah kau tidak ada sedikit perasaan pun terhadap saudara-saudaramu di Palestin sana? Iraq? Ataupun Afghanistan?”, tambahku lagi. Dengan ilmunya yang mantap dalam bidang Syariah Islam itu, diapun cuba mendatangkan pelbagai nas dan dalil tetapi malangnya semua itu tidak berkaitan dengan kondisi soalanku itu.

Aku kembali bingung dan berpusing apabila wujud pula dakwaan KFC itu milik orang melayu. Sahamnya milik orang Melayu. Yaaa.....memang 50% sahamnya milik orang melayu dan mungkin kini sudah meningkat sahamnya. Akan tetapi, jika keuntungan yang dicapai berjumlah RM100000 setahun, bermakna sekurang-kurangnya 10% daripada keuntungan tersebut perlu diagihkan kepada pihak yang mengfrancais nama KFC ini yang semua sudah maklum berasal daripada barat sana. Milik seorang jutawan Yahudi. Keturunan bekas kolonel tentera AS suatu ketika dahulu. Bayangkan jika 10% sahaja yang diambil oleh yahudi tersebut, bermakna RM10000 ringgit telah dibelanjakan untuk membantu ekonomi Yahudi yang telah jelas Allah kutuk dalam Quran dan Nabi kutuk dalam Hadis. Masyaallah...bilalah orang kita nak sedar....
Mari kita tukarkan jumlah tersebut kepada matawang dollar. RM 10000 bersamaan dengan AS$ 3000±. Bermakna, jika mengikut fatwa Yusuf Qardhawi dan fatwa university al-Azhar, setiap dollar US yang kita belanjakan adalah sama dengan membunuh seorang warga Palestin beragama Islam. Allahuakbar....teruknya orang Melayu!!!!sanggup membunuh saudara sendiri secara jarak jauh!!! Aku amat terkilan dengan sikap orang-orang sebegini yang banyak ilmu agama, tetapi malas untuk membuat kajian semasa. Buntu dan buntutlah ke atas mereka yang ada ilmu agama tetapi tidak mahu membantu agama malahan menjatuhkan agama sendiri!

Apapun, harapanku ialah agar mereka sedar dan insaf, kita tidak perlukan makanan-makanan “hanjing” tersebut yang mengaburkan mata kita dengan ekonomi orang Melayu sedangkan jelas dan terang KFC dan McD serta A&W itu berlambangkan orang putih yag beragamakan kafir. KFC bersimbolkan seorang Barat yang berbow, McD pula dengan karakter badut Barat dan A&W dengan nama 2 orang ahli perniagaan Barat. Semuanya beragamakan menyukutukan Allah. Kita pula sibuk memelihara mereka. Apa kejadahnya bodoh orang kita membantu mereka ini?!!!

Hentikanlah bantuan terhadap ekonomi orang yahudi ini. Biar kita susah payah sedikit asalkan kita tidak dizalimi dengan lebih dahsyat pada masa hadapan. Barakkalluhualaikum.



jelas nyata dan terang....A&W merupakan milik Amerika Yahudi



McD turut mempunyai saham Israel didalamnya


KFC bukan sahaja terkenal dengan kezalimannya mematikan haiwan tetapi juga terkenal dengan pakaian kolonel itu yang bercirikan Yahudi

AYUH BERUBAH!!!DARI COMMON LAW KE PERUNDANGAN ISLAM HAKIKI!!!

Common law merupakan satu undang-undang yang diperkenalkan oleh penjajah British kepada Negara jajahannnya sepertimana Malaysia. British menggunapakai common law semasa pentadbirannya di Malaysia apabila tiadanya undang-undang didalam statut. Walaupun statut merupakan satu akta bertulis, tetapi banyak perkara yang tertinggal atau tidak ada didalam statut. Contohnya boleh kita lihat dalam kes Myriam vs In The Goods of Abdullah. Dalam Malaysian Law Journal MLJ jilid 1 ada dinyatakan mengenai penggunapakaian common law ketika itu. Situasi ini berlaku sekitar tahun 60-an.

Perlu difahami bahawa walaupun kita merupakan sebuah negara yang sudah merdeka dan begitu banyak undang-undang dan akta telah digubal dan dikuatkuasa, namun masih terdapat banyak lompang dan lubang dalam hal ehwal kehakiman dan guaman. Apatah lagi pada sekitar pasca merdeka ketika itu. 60-an dan 70-an malahan sehingga 90-an terdapat begitu banyak lompang dan ketidaksesuaian dalam hal ehwal pentadbiran kehakiman. Justeru, common law sebagai satu undang-undang tidak bertulis ini telah menjadi satu jalan bagi mengadili dan memutuskan keputusan sesebuah kes.

Ekuiti hanya bertindak untuk memastikan keputusan yang telah dibuat oleh hakim adalah dapat memuaskan hati pihak pendakwa dan pihak tertuduh. Sekalipun begitu, perlu kita fahami bahawa ekuiti adalah berlandaskan pemikiran hakim dan hati Yang Arif kerana ekuiti perlu dilihat kepada tiga pihak iaitu hakim Yang Arif, pihak pendakwa dan pihak tertuduh(OKT).

Common law merupakan satu undang-undang yang tidak bertulis di Malaysia. Undang-undang ini diputuskan mengikut pengalaman di British dan berdasarkan masalah-masalah dan kes-kes yang pernah berlaku di British. Common law merupakan satu lagi platform Barat (BRITISH) dalam memastikan undang-undangnya dikenali oleh bekas jajahannya dan sekaligus digunapakai oleh pentadbiran bekas jajahannya.

Penggunaan common law merupakan satu lagi cabang yang mengiktiraf pemakaian undang-undang Britsh yang sehingga kini masih digunapakai di Malaysia. Adapun India menggunapakai undang-undang ini terlebih dahulu sebelum malaysia tetapi jika dilihat, Malaysia adalah lebih kehadapan dalam istilah kehakiman dan sepatutunya tidak perlu lagi menggunapakai common law sebagai salah satu sumber perundangan di Malaysia yang diiktiraf oleh persekutuan sebagai sebuah kerajaan Islam yang unggul .

Dalam beberapa buah kes yang pernah dikendalikan oleh para peguam Malaysia sekitar 70-an dan 80-an, berdasarkan MLJ, dilihat undang-undang tidak bertulis ini sebagai satu sumber penting untuk merujuk kepada duluan kehakiman (judicial precedent). Penggunapakaian undang-undang ini sebagai satu perkara yang mesti bagi para hakim di Malaysia. Adapun budi bicara hakim itu berdasarkan ekuiti, namun hal ini masih dilihat sebagai common law dirujuk terlebih dahulu. Apakah sistem perundangan kita hari ini bukan berkiblatkan undang-undang Islam tetapi undang-undang British? Sekalipun menghormati British kerana kemerdekaan yang diberikannya tetapi kita sebagai sebuah negara yang telah lama bebas secara fizikal lebih daripada 50 tahun ini, perlulah mencetuskan sebuah demokrasi baru berdasarkan demokrasi Islam yang mencatatkan ratusan ribu hukum hakam dalam sistem perundangan berdasarkan quran dan sunnah, ijmak dan qias.

Ayuh!!!berubah untuk ad-Deen! Laksana hukum Islam.

PERGINYA SEBUTIR LAGI MUTIARA

Dalam mengimbau keghairahan para jemaah ke baitullahilharam, tiba-tiba mendapat pula panggilan dan mesej yang bertalu-talu masuk ke dalam telefon bimbit jenis LG. “Ustaz Ahmad Basri kini di ICU, koma, peluang untuk hidup 50-50.” Amat mengejutkan apabila mendengar dan membaca berita tersebut sedangkan Ustaz Ahmad Basri yang baru sahaja kami temui semasa menghantar jemaah ke persiapan haji di Kg Delek itu sihat-sihat sahaja. Tambahan lagi, beliau tidak pernah menghidap apa-apa penyakit kronik dan serius seperti sakit jantung, kencing manis dan sebagainya. Rupa-rupanya beliau terlibat dalam kemalangan di sebuah simpang di Kg Delek. Pelbagai cerita mengenai kejadian kemalangan itu diterima. Ada yang mengatakan begini dan ada yang mengatakan begitu.

Maka dataglah saksi dalam kalangan orang awam menceritakan perkara yang terjadi. Ustaz Ahmad Basri melanggar sebuah lori sampah besar yang belakang lori tersebut adalah besi padu. Mungkin ajal yang sudah tiba, penglihatannya tiba-tiba ditutup oleh Allah SWT. Masyaallah..hebat kuasa Allah. Akhirnya Ustaz Ahmad Basri rebah, menandakan satu kemalangan sedang menimpa pendakwah sepenuh masa itu. Ustaz terus dikejarkan ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah oleh orang awam. Sudah tentulah ustaz mendapat perhatian yang tinggi disitu dan segera menjadi tumpuan ramai kerana ustaz memang terkenal dengan sikap ikhlasnya dalam mengeluarkan pendapat dan kata-kata baik dalam perbualan biasa mahupun dalam tazkirah-tazkirahnya. Ustaz juga merupakan graduan universiti sama tempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz bergraduasi di Pakistan.

Hampir seminggu dalam wad rawatan rapi, Ustaz hanya bergantung pada mesin pembantu pernafasan. Namun, setelah perjalanan air terhenti, Ustaz Ahmad Basri telah disahkan kembali ke rahmatullah dengan bertemankan isteri tercinta dan anak serikandi Islam yang tunggal itu disisinya. Sekitar jam 2 petang 5 november 2009, jenazah Allahyarham selesai dikafan dan dibawa ke Masjid Nurul Amin yang hanya beberapa ratus meter sahaja dari rumahnya.
Amat kagum dan kaget apabila masjid yang mampu memuatkan 1000 jemaah dalam satu-satu masa itu penuh ibarat solat jumaat. Betapa ramainya anak murid Ustaz Ahmad Basri yang amat diminati ramai dek ceramahnya yang sesuai dengan semua lapisan masyarakat. Tambahan lagi, Ustaz memang terkenal sebagai seorang penceramah yang kuat berkempen untuk perjuangan Islam dan PAS di Selangor. Hijjaz juga meletakkan Ustaz Ahmad Basri sebagai penceramah di suraunya. Ahli-ahli kumpulan Hijjaz sendiri sering membawa allahyarham makan dan minum di kedai kopi selepas selesai ustaz memberikan tazkirah di kawasan perumahan mereka. Tidak hairanlah sekiranya ahli kumpulan Hijjaz sanggup datang dari jauh semata-mata mahu melawat Allahyarham di Klang itu.

Ustaz Ahmad Basri juga dikenali oleh bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Hassan Syukri yang juga merupakan bekas pengarah KOHILAL(sebuah anak syarikat dibawah PAS). Pemergian Ustaz diratapi ribuan manusia yang memenuhi kawasan dewan solat dan dataran serta perkarangan masjid. Turut kelihatan, pimpinan PAS kawasan-kawasan seperti PAS kawasan Klang, Shah Alam, Subang Jaya dan lain-lain lagi. Turut kelihatan juga golongan professional seperti Kapten Haji Alimin(kapten Pelabuhan Klang), Azlan Jan(pemilik Angkatan Edaran Enterprise yang juga merupakan kilang pencetak Harakah), Pembantu Peribadi ADUN Selat Klang, Shamsul Bahari(orang kanan balai bomba pelabuhan), kumpulan pelajar dan bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang, pemimpin mahasiswa UITM,UMT, artis nasyid seperti HIJJAZ dan ramai lagi.

Ustaz Ahmad Basri dikenali oleh seluruh masyarakat Selangor dengan penampilan zuhud seorang ulama’ yang tidak pandai menunjukkan kekayaannya. Walaupun pendapatannya dan isteri lebih daripada RM 5000 sebulan tetapi beliau hanya menggunakan motosikal sahaja untuk bergerak kemana-mana. Kezuhudannya itu telah menarik minat golongan awam biasa untuk mendengar ceramahnya yang santai dan penuh dengan isi-isi yang menarik disamping jenaka yang menghibur dan memikat hati untuk mendekati Islam. Tambahan lagi, Ustaz Basri mahir dalam bahasa Urdu dan Hindustan. Hasilnya, berapa ramai wanita UMNO berjaya kembali ke wadah perjuangn Islam sebenar dalam PAS dan berapa ramai golongan professional telah membantu golongan pejuang Islam berwasilahkan PAS.

Hari ini(5 november), jenazahnya telah selamat disemadikan sebelum tiba asar. Allah telah menghantar ribuan tentera bernama manusia untuk mengiringi jenazah beliau yang hebat dan terkenal itu. Bukan sahaja terkenal didunia oleh ribuan insan tetapi juga terkenal di ‘arasy sebagai seorang pendakwah yang tidak pernah kenal erti tewas dalam perjuangan. Beliau sanggup mengenepikan sebarang jawatan dalam kerajaan hanya untuk menumpukan dakwahnya setiap kali selesai solat fardhu dimana-mana sahaja masjid, surau atau madrasah yang memanggilnya. Kehidupannya tidak terikat dengan mana-mana pihak yang pro-sekular.

Setiap kali musim pilihanraya, wajah beliau akan dilihat berada berdekatan pondok panas PAS. Menjaga keselamatan pondok disamping membantu perjalanan berkempen PAS. Pernah sekali, beliau bertekak dengan wanita UMNO yang mencaci maki PAS sebagai sebuah Parti Islam dengan pelbagai kata-kata makian dan cacian laknat oleh wanita tersebut terhadap PAS. Ustaz Ahmad Basri dengan selamba dan tenang itu berjaya mematahkan segala hujjah wanita UMNO tersebut yang gila dan bahalol.

Apapun, pemergian Allahyarham benar-benar merupakan satu kehilangan besar buat seluruh insan di Selangor khususnya masyarakat masjid, surau dan madrasah yang sering mendengar ceramahnya. Moga Allah memeliharanya di barzakh dan akhirat serta membantu isterinya dan anak perempuannya yang satu itu mudah dalam menjalankan dakwah dan kerja seharian. Barakallahu’alaihum jami’an...

RASIONALKAH TANGISAN UNTUK JEMAAH HAJI???

Dalam tempoh yang hanya tinggal seketika sahaja lagi untuk menemui zulhijjah, kelihatan berpusu-pusu jemaah haji Malaysia yang bersiap-siaga ke medan baitullah untuk melaksanakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Para bakal hujjaj(semoga Allah memabrurkan mereka) bukan main lagi dengan persediaan yang rapi dan mewah dalam mempersiapkan diri mereka ke tanah suci itu. Dalam meraikan para jemaah haji ini, ada sedikit konsep yang perlu kita perbetulkan disini. Apabila tiba sahaja setiap kali musim haji, pasti ramai yang menangis dek pemergian sanak saudara atau ahli keluarga mereka ke baitullahilharam itu. Saya, tegas tidak bersetuju dengan perkara ini!

Pemergian bakal hujjaj itu semuanya patut diraikan dengan senyuman dan pembakar semangat jihad dan juang yang tinggi. Semangat ibadah perlu disemai. Bukannya semangat tangisan. Apabila menangis, seolah-olah kita tidak meredhai mereka untuk menghadap Allah SWT di tanah haram itu. Sedang Allah amat meraikan mereka yang datang ke rumah Allah yang paling agung itu tetapi kita pula menangisi jemputan Allah itu. Jemaah haji mahupun sanak saudara mereka sepatutnya gembira kerana mereka telah dijemput oleh Allah dan bakal dimakbulkan doa-doa mereka serta mereka bakal terlepas daripada tanggungjawab taklifi. Mereka sudah melepasi satu daripada rukun Islam yang penting itu.


jemaah haji sepatutnya ditiupkan ruh perjuangan dan kegembiraan menjadi tetamu Allah bukannya ditiup ruh kesedihan kerana tinggalkan hal-hal duniawi...

Satu lagi ialah, untuk apa kita tangisi pemergian mereka untuk menunaikan haji itu sedangkan kita sepatutnya menangisi diri kita ini yang belum pasti mendapat syurga kerana masih tidak menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu? Sekurang-kurangnya orang yang berpemergian haji itu lebih besar kemungkinan untuk mendapat syurga kerana jihad mereka yang tinggi dalam menunaikan haji itu tetapi kita? Bagaimana jihad kita? Sanggup tinggal anak-anak? Sanggup tinggal kerja? Sanggup tinggal hiburan dunia?

Jemaah haji sepatutnya kita raikan dengan kata-kata semangat untuk menguatkan lagi jiwa mereka itu supaya tunduk kepada Allah dan sabar dengan ujian disana. Jemaah haji juga perlu kita raikan dengan senyuman agar mereka tidak sedih sepanjang perjalanan dan tidak kesal akan pengorbanan mereka meninggalkan keluarga dan harta di Malaysia. Pada zaman Rasulullah, kali pertama umat Islam masuk secara ramai-ramai ke bumi Kaabah itu, Rasulullah dan para sahabat menembusi Mekah dengan slogan-slogan jihad, kata-kata semangat dan rasa gembira kerana mereka telah berjaya memenuhi jemputan allah SWT. Justeru, tidak ada rasionalnya jika kita bertangisan disini mengenangkan mereka disana yang sudah pasti(insyaallah) mendapat seribu satu ganjaran yang hebat dan moga-moga kita dapat merasai tempiasnya dalam doa-doa mereka yang makbul itu. Insyaallah...

So...NO CRY FOR HUJJAJ...LET’S SMILES FOR MABRUREEN...
HENTIKAN TANGISAN MERAIKAN JEMAAH...BANGKITKAN SEMANGAT MEREKA DALAM BERIBADAH!!!