12/18/09

BERSEMPENA DENGAN KONVENSYEN PR PERTAMA HARI INI....

Kadang kala bila difikirkan, ada baiknya penggabungan PKR, DAP dan PAS bersama. Konvensyen PR pertama hari ini membuatkan ikatan yang terbina antara ketiga-tiga parti ini bertambah kukuh dan erat. Dalam kesempatan bergabung bersama dalam mempertahankan hak-hak rakyat, PAS mungkin boleh mendapat manfaat yang besar hasil daripada kerjasama ketiga-tiga parti ini. Namun begitu, PAS perlu peka juga terhadap usaha-usaha musuh Islam dalam mengaburkan perjuangan Islam itu sendiri.

pertama sekali, berkenaan logo PR. sekiranya logo PR dogabung bersama, maka PAS akan kehilangan identitinya yang pertama dalam perjuangan Islam. warna hijau dan lambang bulan akan terkubur dan diganti dengan lambang baru yang lebih kepada perjuangan nasionalis dan sosialis. PAS dalam hal ini perlu bertegas dalam mempertahankan lambang parti Islam itu dan jangan termakan dengan pujuk rayu pihak-pihak berkenaan untuk menggunakan satu logo PR sahaja sedangkan logo PAS dipadam dalam kamus perjuangan.

kedua, PAS perlu memastikan perlembagaan PAS perkara pertama iaitu untuk mendirikan sebuah negara yang menjalankan Islam secara total itu tidak terkeluar daripada landasan perjuangan PAS. itulah kunci kekuatan kekekalan PAS dalam perjuangan. PAS mungkin berisiko untuk hilang kerusi dalam pilihanraya tetapi tidak akan hilang sebagai sebuah parti Islam yang terkehadapan dalam hati rakyat.

ketiga, PAS jangan termakan momokan PKR dan DAP yang hidup dalam keadaan penuh keselesaan dan semacam puak UMNO dan BN itu. Apabila sudah hisup bersama nanti dibawah panjin rasmi PR, PAS janganlah mudah terleka dan termakan dengan gaya hidup pimpinan PKR dan DAP yang kaya raya dan perjuangan mereka yang bukan berlandaskan islam itu. PAS perlu sedar dengan hakikat perjuangan islam yang bukan menjamin keselesaan kepada pemimpin tetapi menjamin keagungan mahligai ad-Deen itu yang paling penting. Kita tidak mahu PAS ada pimpinan seperti pimpinan PKR yang semakin kaya kerana menjadi wakil rakyat dan bukannya semakin senang kerana usaha mereka sendiri. pemimpin PAS boleh ,menjadi semakin senang tetapi hendaklah atas dasar selain daripada pendapatan wakil rakyat. pendapatan wakil rakyat adalah hak bersama pimpinan dan rakyat, bukannya hak wakil rakyat semata-mata. kita masih mengkagumi kepimpinan Dr Azizan razak, Tuan Guru Nik Abd Aziz dan lain-lainnya kerana kesederhanaan mereka.

apapun, yang paling penting itulah ketiga-tiga perkara diatas ini iaitu, kesederhanaan, logo parti, dan perlembagaan nombor satu PAS itu sendiri. antara lain yang penting ialah, para 'amilin dalam PAS ini perlulah juga senantiasa dekat dengan rakyat. kerja-kerja mengkader ahli baru dan hubungan dengan masyarakat perlu dipelihara dan sentiasa sensitiv dan peka dengan nasib rakyat. Biarpun kita tidak mampu untuk membantu dari sudut kewangan, tetapi kita pasti mampu membantu dari sudut budi, aqidah dan perjuangan.

akhir kalam, wacana PR hari ini moga berjalan lancar. Allahuakbar!


LOGO KONVENSYEN PERTAMA PR...

SIS DAN SERATA: AGENDA BN PERAK UTK LENYAPKAN ISLAM DI PERAK

SEKOLAH IZZUDIN SHAH(SIS) dan SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH(SERATA) merupakan dua buah sekolah yang sudah begitu banyak melahirkan ramai pejuang yang mempertahankan hak rakyat. Sekolah yang mempunyai subjek-subjek berunsurkan perjuangan islam dan kefahaman megenai islam ini, kini menjadi mangsa Zambry Kadir dan kroninya dalam misi mereka utk melenyapkan para pejuang islam yang lahir dari perak agar tiada lagi org yg akan menentang mereka dan memberi kesedaran kpd rakyat.

justeru, pihak bekas pelajar sekolah-sekolah berkenaan kini sedang giat mempromosikan bantahan terhadap pihak kerajaan negeri Perak dan pihak Jabatan Agama Perak agar menarik balik penyerahan sekolah berkenaan kepada kerajaan pusat yang pastinya akan memberi impak negatif terhadap para pelajar di sekolah berkenaan.

Maka dengan itu, marilah sama2 kita membantu perjuangan mempertahankan Sekolah Agama ini daripada cengkaman rejim zalim BN.

JEMPUTAN KE KARNIVAL RAKYAT!!!

TAKUTKAN TAGHUT SEHINGGA SANGGUP HILANGKAN JEMAAH

terlalu penakut dan berahsia hanya akan membawa padah kepada jemaah. itulah sedikit cucukan dari saya untuk menyedarkan anak-anak muda di kampus yang terlalu sorok akan perjuangan mereka. manakan tidak, ada yang bertudung labuh bulat sanggup membelitkan dan memendekkan tudung apabila menyertai jemaah. sepatutnya semakin labuh la tudung atau istiqamah sahaja tetapi ini lain pula jadinya. (hmm....ana kecewa)

kita patut puji perjuangan Ibrahim Ali, Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu yang begitu berani dan telus dalam mempamerkan perjuangan mereka untuk rakyat. natijahnya, mereka kini diterima rakyat dan apa yang mereka bawa pastinya membawa impak yang besar kepada masyarakat seluruhnya sehingga ada yang begitu tulus menjadi pengikutnya.

apa yang berlaku di kampus2 hari ini ialah, siswa siswi khususnya pemimpin tertinggi jemaah itu sendiri semakin takut dan kecut untuk mempromosikan diri dan perjuangan mereka yang benar itu. aku pun x tau kenapa. kata mereka nak ikut sunnah. hmm...sunnah sangat kah? buktikan?

memang benar nabi pernah merahsiakan perjuangannya dalam tempoh 3 tahun pertama selepas dilantik menjadi Rasul tetapi baginda SAW ketika itu belum ada tentera. maksud saya, belum ada pengikut dan ahli yang ramai. berlainan situasinya di kampus-kampus hari ini ialah, mereka sudah ada ramai sangat pengikut dan organisasi yang mantap tetapi masih gagal dikenali umum dan warga kampus khasnya. ini jelas menunjukkan lemhanya mereka beroperasi dan apakah benar ada wujud kerja dakwah oleh mereka?

zaman dahulu, kampus-kampus Malaysia ini tidaklah begitu sepi dan leka sebegini. setiap bulan ada sahaja cerita-cerita hangatnya. kadang kala tu, setiap minggu. namun, apa yang buat aku pelik sekarang ni, segala mcm nama jemaah under PAS ni ditubuhkan dan diupgradekan tetapi masih gagal mendapat tempat dalam hati dan minda masyarakat. bukan dari segi undi yang aku pandang tetapi dari segi "kenal". siswa siswi di kampus seakan-akan buta dan tuli apabila diperdengarkan dengan nama-nama seperti GAMIS, PMI, HI, WUFI dan apapun lagi nama seumpama itu. kerana apa? kerana kegagalan nama-nama tadi utk memperkenalkan diri mereka sepada sasaran mereka. natijahnya, mereka akan terus jatuh dan jatuh sehingga tersembam dan akhirnya bubar!

justeru, buat PMI, GAMIS, HI dan WUFI, giat-giatkanlah sikit kerja-kerja mempromosi gerakan kamu, atau kamu akan kecundang lebih dahsyat dalam pilihanraya kampus akan datang. janganlah kerana terlalu takutkan taghut, kamu sanggup mengabaikan gerakan Islam. kelak, merana padahnya.

sebarang komen dialu-alukan...

IBNU ISMATH HABIB MOHAMAD@CUCU WAN CIK BAM

12/6/09

HI UITM sah bebas daripada al-Manna

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Ilahi atas kelahiran Ali, Hassan dan Hussein serta seluruh keturunannya... Salawat dan Salam ke atas baginda SAW dan seluruh ahlulbayt.

Lega teramat sangat apabila mendapat khabar berita bahawa Tanzim di UITM KEDAH bebas daripada sebarang anasir al-manna. Al-manna seperti yang saya maklumkan sebelum ini adalah medan mencari perantis perjuangannya yang sudah terpesong daripada PAS. Masalah yang melanda beberapa jemaah HI di IPT lain telah mendetikkan hati saya dan sahabat-sahabat untuk mengutarakan hal ini kepada Murabbi kami.

Walaupun tidak menafikan betapa hebat pengkaderan Al-Manna di UM dalam kalangan PMI itu sendiri, tetapi di UITM, walaupun selemah ini HI, namun bebas daripada sebarang anasir al-Manna. hal ini disahkan sendiri oleh orang kuat HI di UITM.

Buat para siswa dan siswi UITM, tidaklah perlu risau untuk terus mengundi ahli HI pada pilihanraya kampus nanti kerana kami taat setia pada pimpinan. Buat ahli jemaah pula, teruskan bersama HI kerana kita telah disahkan bebas daripada sebarang anasir al-Manna dan kita tidak mempunyai seorang pun senior dari UM. mudah-mudahan allah permudahkan.