Umat Islam pada hari ini lebih mementingkan mazhab daripada agama. Lihat sahaja bagaimana perbalahan mazhab di Iraq, Maghribi malah apa kurangnya negara kita Malaysia? Mazhab bagi mereka yang berfikrah dan ‘alim tantang ilmu kemazhaban hanya ada 2 sahaja dalam Islam iaitu Syiah dan Sunnah. Bagi mereka yang tidak berfikrah dan tidak faham mengenai ilmu kemazhaban akan mengatakan mazhab sebenarnya terbahagi kepada 3 iaitu ditambah pula dengan mazhab Wahabi. Pelik..pelik..pelik…
Mazhab Sunnah wal Jamaah terbahagi lagi kepada beberapa cabang antaranya Hanafi, Hanbali dan sebagainya. Bagi pengikut-pengikut fanatik mazhab Sunnah wal Jamaah ini, mereka terus menerus menggelarkan diri mereka sebagai satu-satunya yang akan diterima Allah daripada 72 golongan yang pernah rasulullah sebutkan. Tidak salah jika mengatakan diri mereka yang 1 itu tetapi menjadi salah besar apabila menyesatkan yang lainnya dan mengkafirkan pula yang lainnya. Hal inilah yang berlaku terhadap majoriti pengamal mazhab Ahlul Sunnah. Mazhab Ahlul Sunnah itu tidak salah tetapi pengikutnya yang tiada ilmu inilah yang terlalu fanatik dan sesuka hati mengkafirkan mazhab lain dan mengikut telunjuk Yahudi dalam usaha mereka untuk memecah belahkan umat Islam. Ulama’ pernah mengeluarkan fatwa bahawa, menjadi satu kesalahan jika terlalu fanatik dalam bermazhab.
Disebabkan ramai dari kita semua telah ‘alim tentang mazhab kita Ahlul Sunnah di Malaysia mahupun dimana-mana negara yang bermazhabkan Sunnah, maka saya lebih suka mengetengahkan isu mazhab Syiah yang sering dipersoalkan oleh kita tentang kesahihannya. Pertama sekali, perlu difahami bahawa Syiah merupakan mazhab yang paling banyak cabangnya iaitu lebih daripada 150 berbanding dengan Ahlul Sunnah yang hanya kurang daripada 50 mazhab. Tentu kita semua tertanya-tanya mana datangnya banyak-banyak mazhab tu? Sebenarnya, jumlah yang kita jumlahkan tadi termasuklah mazhab-mazhab yang sesat, murtad, rekaan, dan sebagainya. Sebagai contoh kalau didalam mazhab Sunnah wal Jamaah ada mazhab Ayah Pin. Ada mazhab Abd Qahhar. Macam-macam lagi. Begitu juga dengan Syiah yang ada mazhab Aziotropogan, syiah malikiyyah dan sebagainya yang jelas terpesong daripada aqidah pegangan Umat Islam. Namun begitu, adakah dengan kekafiran dan kesesatan sesetengah kumpulan tersebut kita ingin mengkafirkan kesemua pengikut syiah? Atau kerana Ayah Pin kita hendak mengatakan Ahlul Sunnah itu semuanya sesat dan kafir?
Kita golongan terpelajar, berfikrah dan mempunyai asas perjuangan yang kuat dan kukuh. Namun, hanya kerana mazhab kita mudah menjadi musuh dan berkelahi sesama sendiri. Sungguh tidak digemari Ayatullah mahupun As-syeikh dari Ahlul Sunnah. Hal ini jugalah yang berlaku didalam kampus-kampus di unversiti mahu pun kolej-kolej. Perbalahan mazhab kian merebak. Akibatnya, tanzim punah, usrah entah ke mana dan siswa serta siswi menjadi “buta”. Gerakan dakwah pula, hilang taringnya. Mari kita lihat pula sejarah kewujudan mazhab yang kita kelahikan pada zaman ini.
Mazhab dicipta oleh manusia biasa dan kewujudannya hanya selepas lebih kurang 200 tahun pemergian Nabi Muhammad ke alam baqa’. Sepanjang nabi hidup, ataupun ketika saat-saat akhir kewafatannya, tidak pernah terkeluar pun sepatah kalimah mengenai mazhab. Nabi hanya pernah berpesan, selagi kamu berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah, maka kamu tidak akan sesat. Maksud Sunnah disini bukanlah mazhab Sunnah wal Jamaah tetapi sunnah yang dimaksudkan ialah apa yang nabi pernah lakukan dan ucapkan. Kepanasan dan kehangatan perbezaan mazhab dicetuskan pula oleh agen-agen Mossad yang berperanan memecah belahkan umat Islam. Natijahnya, tercetus perang mazhab di Iraq, Malaysia, dan sebagainya. Paling kritikal pada saat ini 2009, ialah di Maghribi. Maghribi menyaksikan pengusiran keluar orang-orang Syiah dari negaranya dan pada 7 mac 09 lalu, maghribi secara rasmi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran kerana semakin ramai rakyatnya mengikut imam-imam Syiah Imamiyyah dari Iran. Salahkah mengikut Imam syiah Imamiyyah ketika solat? Berbezakah solat mereka dengan solat kita? Saya minta saudara-saudara sekalian kaji semula apa yang bezanya antara solat kita dengan solat mereka. Semuanya sama sahaja. Tidak ada beda. Tidak ada yang lainnya. Adapun sedikit perbezaan itu hanyalah perihal meletakkan batu di tempat sujud. Namun, perihal ini bukanlah satu kewajipan dalam solat orang-orang Syiah Imamiyyah. Saya sendiri pernah bersolat dengan meletakkan batu di tempat sujud. Batu itu bukannya disembah, tetapi, asal peristiwa batu di tempat sujud ini adalah kerana ada hadis dan situasi dimana Rasulullah pernah bersolat tanpa sejadah dan kemudian ketika sujud, terdapat batu ditempat sujudnya. Jadi, boleh dikatakan, kerana para ulama’ dan para perawi hadis mereka pernah melihatkan situasi berkenaan, maka mereka menceritakannya dan jadilah satu hadis dalam mazhab berkenaan. Bukankah apa sahaja yang pernah dilakukan nabi merupakan satu sunnah? Maka, ulama’ Sunnah tidak pernah mengkategorikan hal ini sebagai sesat mahupun terkeluar dari agama. Anda boleh rujuk pelajar jurusan “perbandingan agama” di UIA mahupun diluar negara yang belajar lebih mendalam tentang hal ini.
Agen Mossad amat berkaliber dan berstrategi. Rancangan mereka biasanya amat berkesan dan terkesan terhadap Muslim sejagat. Lihat sahaja isu Mazhab. Bagaimana perbalahan mazhab boleh menyebabkan ribuan terbunuh di Iraq. Perbalahan Mazhab menyebabkan wujudnya diskriminasi antara Sunnah dan Syiah hingga hari ini. kerajaan Iran merupakan pemegang mazhab Syiah Imamiyyah yang tidak sesat dan amat hampir segala hukum-hakamnya dengan mazhab Syafie. Antara mazhab Syafie dan Syiah Imamiyyah, fiqhnya lebih hampir dan lebih sama berbanding antara mazhab Syafie dengan hanbali mahupun hanafi. Sebagai contoh, perihal kedudukan menghadap qiblat ketika baring. Mengikut mazhab syafie, kaki yang perlu dihadapkan ke Qiblat ketika baring terlentang. Namun, mazhab-mazhab lain dalam Ahlul Sunnah mengatakan, kepala yang perlu dihadapkan ke arah qiblat ketika baring terlentang. Namun, Syiah Imamiyyah bersependapat dengan mazhab Syafie. Banyak lagi perihal-perihal fiqh yang wujud banyak persamaan antara mazhab kita syafie dengan Syiah Imamiyyah. Justeru, berhentilah mengkafirkan Syiah Imamiyyah.
Tidak salah untuk memberitahu bahawa wujud kesesatan dan kekafiran dalam Syiah itu sendiri, tetapi perlu dijelaskan mazhab syiah yang mana dan apa namanya. Jangan tuduh secara menyeluruh dan semborono. Tn Guru Hj Hadi dan Yusuf Qardhawi pernah mengingatkan umat Islam agar jangan mengkafirkan sesama Islam sekalipun syiah ke dia..sunnah ke dia…kita hanya orang bawahan yang tidak banyak ilmu, tidak layak mengkategorikan mana-mana pihak sebagai kafir dan sesat selagi dia mengakui Allah itu tuhan, Muhammad itu pesuruh tuhan. Yang suka menimbulkan perihal-perihal melagakan mazhab-mazhab ini ialah ustaz-ustaz kampong yang bangang, sesuka hati mengapi-apikan perbalahan mazhab. Ustaz-ustaz pondok dan yang tidak berkelulusan dengan ilmu aqalnya yang cetek sahaja bertindak sesuka hati mengajar murid-muridnya tentang kesesatan syiah dan wahabi.
Sebut tentang Wahabi, mari kita rujuk sebuah kitab tulisan Maryam Jameelah. Seorang ulama’ muslimah yang terulung dan agung. Berketurunan Israel, berasal daripada keluarga yang menganuti agama Yahudi. Mujahadah beliau amat tinggi sehinggakan beliau pernah ditahan oleh tentera Yahudi dan dikurung bersama-sama dengan beberapa ekor anjing buas. Maka ketika itu, Allah selamatkannya dengan kuasa dan izin Allah. Baliau sering ditahan dan diseksa ketika hayatnya. Dalam bukunya yang bertajuk: suka duka gerakan Islam di Tanah Arab, ada menyebut tentang kewujudan Wahabi. Buku ini diterjemahkan dan diterbitkan di Malaysia oleh seorang ahli PAS dan mendapat lampu hijau daripada pimpinan. Buku kecil berwarna merah yang menceritakan tentang wahabi dan lain-lain gerakan Islam di tanah Arab ini tidak mendapat kelulusan kementerian memandangkan jualannya adalah “bawah tanah”.
Wahabbi diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab dan ia merupakan satu gerakan Islam dan bukannya mazhab atau ajaran baru dalam Islam sebagaimana Islam Hadhari yang popular di Terengganu. Wahhabi telah banyak melalui zaman suka duka mereka menyebarkan dakwah Islamiah sehingga ramai daripada mereka yang terkorban dan dizalimi. Mujahadah mereka adalah yang paling tinggi berbanding kita semua. Bayangkan, ditengah-tengah kesekularan dan kejahilan ummah di Arab Saudi dan Tanah Arab secara umumnya pada masa itu, Muhammad Abd Wahhab dengan lantang berdakwah dan berjaya menambat hati ramai peduduk. Ketika itu, dunia Arab dipenuhi dengan amalan-amalan khurafat dan bid’ah yang melampau. Muhammad dan rakan-rakannya istiqamah dan bermujahadah memulihkan kembali umat islam Arab kepada nur dengan izin Allah.
Timbulnya isu yang mengatakan Wahabi sebagai satu ajaran sesat ialah apabila tercetusnya satu peritiwa menghukum orang berzina pada ketika itu. Ditengah-tengah jiwa umat yang kosong ketika itu, Amerika yang sudah mula bertapak di Saudi ketika itu cuba mencari jalan memutar belit. Dalam islam, perzinaan akan dihukum dengan hukuman rejam bagi mereka yang telah berkahwin. Maka pada ketika itu, julung kali diadakan hukuman sebegini didunia setelah tumbangnya empayar Islam yang meninggalkan hukum Allah. Maka sebaik sahaja hukuman selesai dijalankan, tersebar luaslah berita mengenai wahabi ini. kononnya, pemikiran junud menyeksa umat sedemikian rupa. Kononnya, wahabi cuba membawa Islam yang salah dan sesat sedangkan umat Islam lain yang pada ketika itu tidak pernah membuat kajian apa yang dikatakan sesat oleh Amerika itu tentang Wahabi? Umat Islam yang buta ketika itu terus menerus menerima dakwaan seorang kafir terhadap saudara kita yang Islam itu. Betapa bodohnya umat ketika itu kerana sanggup mempercayai Yahudi daripada Islam. Bodohnya yang menyatakan Wahabi itu sesat. Jika anda mangatakan wahabi itu sesat, maka solat anda di baitullahilharam adalah tidak sah kerana imam di masjidilharam semuanya mengikut apa yang diajar oleh Muhammad Abd Wahab ini. Maka awasilah mulut kita daripada mengkafirkan dan menyesatkan saudara-saudara kita. Salahkah kiranya wahabi melarang apa yang tidak pernah dilakukan rasulullah? Kan elok jika begitu…tetapi mengapa kita terlalu junud dalam hal ini? wahabi berpegang dengan ajarannya yang tegas dan bagi mereka tidak ada gurauan yang melampau dalam Islam selaras dengan apa yang pernah dinasihatkan nabi kita. Wahabi tidak pernah mengeluarkan dakwaan sesiapa yang melakukan apa yang nabi tidak pernah buat adalah kafir. Namun kita hari ini sewenang-wenangnya menuduh wahabi kafir dan sesat kerana mereka menolak segala perkara yang tidak pernah nabi sabdakan dan lakukan. Maka dimanakah integriti kita sebagai seorang muslim? fikir-fikirkanlah….
Apa sahaja tentang ketidakpuasan hati antum dan pertanyaan, boleh lah emailkan kepada aku_misteri_90@yahoo.com
Ana akan cuba menjawab berdasarkan apa yang ada pada ana. Wallahua’lam.
3/12/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment