3/11/09

demo 7 mac 09 yang terdahsyat.

Demonstrasi membantah PPSMI yang diadakan pada 7 mac 09 baru-baru ini mendapat sambutan yang amat hangat daripada segenap lapisan masyarakat. Melayu, Cina dan India semuanya berkumpul di Rumah Allah yang maha suci itu. Jelas melambangkan kedaulatan institusi dan agama Islam. Demonstrasi yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan pejuang bahasa dan bangsa, badan-badan bukan kerajaan, parti-parti pembangkang dan persatuan-persatuan mahasiswa ini dikepalai Profesor Dato Dr Hassan Bin Ahmad(bekas pengarah DBP), A.Samad Said(pejuang bahasa), Dato Seri Hj Hadi(presiden PAS) dan seorang wakil pemimpin pelajar.
Sejak dari subuh 5 mac lagi peserta-peserta demo ini sudah berkampung di masjid negara. Ada yang datang dari Kedah, Kelantan, Terengganu malahan Sabah dan Sarawak. Semuanya jauh-jauh. kami yang datang dari Kuala Pilah, Sepang, Bangi, Klang dan Nilai hanya sempat tiba seawal jam 12 tengahari. Suasana pada ketika itu masih tenang walaupun jumlah yang ada pada masa itu sudah mencecah ribuan manusia sehingga hampir memenuhi ruang legar Masjid Negara yang amat besar dan indah itu.
Sepanjang perjalanan menghala ke masjid negara, kelihatan sekumpulan anak-anak muda dari kalangan siswa dan siswi yang searah dan setujuan ke Masjid negara. Cuma ketika itu, semuanya menjaga sirr masing-masing dan masih tidak mengenakan baju putih yang bertindak sebagai simbolik. Hal ini kerana tidak mahu tragedi BERSIH berulang iaitu apabila pihak polis menahan sesiapa sahaja yang berpakaian kuning di stesen-stesen bas, LRT, KTM, lebuhraya dan sebagainya. Baju putih pada hari ini semuanya disorok dahulu bagi menjaga sirr. Majoriti mereka turun di stesen KTM Kuala Lumpur. Saya dan rakan-rakan yang ingin meninjau di kawasan perhentian LRT Pasar Seni mengambil tren lain di KL Sentral. Menaiki LRT dan meninjau serta berjalan melihat suasana di sekitar Pasar Seni. Kelihatan, beberapa van putih polis yang dilengkapi para pegawainya yang berpakaian pereman dan beruniform sedang berjaga dan meninjau sekitar Pasar Seni. Aktiviti perniagaan ketika itu semuanya berjalan seperti biasa. Kelihatan juga, sekumpulan muslimat dan muslimin yang diyakini kumpulan mahasiswa sedang tercari-cari lokasi demonstrasi. Memang pada awalnya dirancang ingin dimulakan di 3 tempat sebagaimana perhimpunan BERSIH dahulu iaitu di Pasar Seni, Masjid Negara dan SOGO. Namun begitu, pihak polis hanya memberi permit untuk 1 tempat sahaja iaitu Masjid Negara. Maka berhimpunlah lautan manusia memenuhi Masjid Negara.
Setibanya aku dan sahabat di Masjid negara, saya amat kagum dengan jumlah anak muda yang begitu ramai dan golongan guru yang amat prihatin. Tak ketinggalan juga jumlah wanita yang amat ramai. Tangga-tangga masjid tidak kesunyian daripada langkahan hamba-hamba ALLAH yang beriman yang ingin memperjuangkan hak dan keadilan ini. saya dan sahabat mencari satu sudut untuk berehat. Tanpa disedari, kami sebenarnya baru sahaja melewati Prof Dato Dr Hassan Ahmad selaku pimpinan demo hari ini. sungguh zuhud penampilannya. Selepas menunaikan beberapa kewajipan seperti qada’ hajat dan sebagainya, kami berjalan di perkarangan masjid. Ada beberapa buah gerai dibuka. Paling laris ialah jualan di gerai baju “bantah PPSMI”. Kemudiannya gerai air minuman. Seketika kemudian, wakil Ahli Parlimen Batu, dikerumuni wartawan dari dalam dan luar negara. Kemudiannya, Prof pula yang dikerumuni bersama-sama dengan Pak Shukor(pejuang bahasa). Suasana bertambah hangat apabila seorang lagi sahabat dari ahli sastera hadir menghampiri Pak Shukor. Pak Shukor tanpa ragu-ragu terus mengkritik sikap ahli sastera tersebut. Ahli sastera tersebut dikatakan hipokrit kerana dalam masa yang sama menyokong BN dalam usaha melenyapkan bahasa Melayu. Orang ramai tersenyum lebar melihat telatah Pak Shukor.
Lebih kurang setengah jam kemudian, kehadiran A.samad Said disambut dengan tepukan gemuruh dan laungan takbir. Wartawan seperti biasa mengerumuni beliau. Beberapa minit kemudian ketika hampir tiba azan zohor dilaungkan, kelihatan kereta Dato Presiden PAS tiba di perkarangan masjid. Namun, beliau terus naik ke masjid bagi menunggu azan zohor. Sebaik sahaja azan dilaungkan, lautan manusia memenuhi masjid Negara bagi manyahut panggilan Ilahi. Suasana amat meremangkan bulu roma kerana julung kalinya saya bersolat di Masjid Negara dengan jumlah jamaah yang melimpah ruah hingga ke perkarangan masjid. Alangkah indahnya jika senario ini dapat dialami di seluruh negara. Sebelum menunaikan solat, saya sempat bergambar dengan seorang tokoh bahasa dan pejuang keadilan yang juga merupakan bekas wartawan akhbar Utusan. Beliau juga merupakan satu-satunya wartawan yang sentiasa mengiringi YAB Perdana Menteri Kedua Malaysia ke luar negara. Kini, beliau merupakan pemimpin tertinggi PAS dan pengarang Harakah. Antara ruangannya yang paling terkenal dalam Harakah ialah “1,2,3 lekup” dan “Mens Sana En Corporo Sana”. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Haji Subki atau nama penuhnya Haji Subki bin Abdul Latif. Sebaik sahaja menjamakkan solat, laungan takbir bergema didalam dewan masjid. 3 kali laungan ALLAHUAKBAR itu cukup menghangatkan suasana. Di satu sudut, kelihatan YAB Dato Presiden sedang duduk berehat dan menunggu masa untuk memulakan perhimpunan aman. Suasana Masjid Negara cukup sesak ketika itu dengan tambahan ribuan lagi manusia yang prihatin terhadap isu bahasa ini. Setelah semuanya berhimpun di perkarangan dataran masjid, pimpinan memberikan sedikit ucapan sebagai pembuka semangat para peserta dan pejuang keadilan dan Islam dari atas beranda masjid.
Sepasukan FRU bertopi merah mula menyekat pintu pagar masjid bagi menghalang jamaah daripada keluar menuju ke istana negara. Namun, dengan keberanian yang tertanam dalam diri anak-anak muda dan jamaah Islam ini, pasukan FRU tersebut berjaya dikalahkan sekalipun mereka menghambat kami dengan belantan yang padu dan penghadang yang keras dan berat. Akhirnya FRU tewas di perlawanan pertama. Semua pejuang ini melintasi jalan raya menuju ke Istana. Sepanjang perjalanan ke Istana, pelbagai halangan terpaksa dihadapi. Wujud sepasukan lagi anjing bertopi merah ini. kali ini dengan senjata kimianya. Kami bergerak di barisan paling hadapan. Polis-polis berpakaian pegawai dan SB hanya mampu memerhatikan kami kerana mereka tidak ada senjata untuk berhadapan dengan pejuang-pejuang hak rakyat ini. Tanpa sebarang amaran, tembakan pertama yang mensasarkan lebih 30 butir peluru yang mengandungi gas kimia dilepaskan terhadap anak-anak kecil, orang-orang tua dan wanita. Sungguh bacul tindakan polis yang amat hina ini. kemudiannya, barisan hadapan pemuda-pemuda berani ini terus mengejar polis dan menyebabkan polis terpaksa berpatah balik ke belakang. Lebih kurang seratus anak muda dan veteran berjaya tiba di pintu utama Istana. Malangnya, kami terpisah jauh daripada pimpinan kerana FRU telah menyekat pimpinan lebih kurang setengah kilometer di belakang. Kami pula terpaksa berhadapan dengan dua penjuru pasukan polis yang menembak dari jauh. Ramai orang awam yang lalu lalang disitu turut menjadi mangsa kerakusan pihak polis laknatullahialaik.
Unit amal cuba menyelamatkan orang awam tersebut dan tindakan berani mereka ke jalan raya telah menaikkan integriti dan kredibiliti seorang tentera Allah. Orang awam berasa amat bangga dengan keprihatinan Unit Amal terhadap masyarakat. Tahniah dan syabas Unit Amal. Sebaik sahaja tembakan dilepaskan buat keberapa kalinya, memang tidak dapat tertahan lagi. Garam dan air menjadi senjata bagi menghilangkan kepedihan tersebut. Dengan garam yang beberapa paket dan beberapa botol air, kami semua berkongsi dengan penuh rasa ukhuwah dan tanggungjawab. Kami terus melaungkan kalimah ALLAHUAKBAR dan hancur PPSMI!!! Kami terus dikejar pihak polis yang mempunyai belantan di tangan atau senapang gas pemedih mata. Kain rentang milik PKPIM cuba ditarik dan disentap oleh beberapa orang SB. Kami melawan dan satu adegan tumbuk menumbuk berlaku disitu. SB terpaksa mengalah kerana anak-anak muda ini mula megerumuni mereka. SB dilarikan oleh polis berseragam. FRU juga bertindak memukul beberapa pejuang di bawah jambatan. Ada yang melawan dan ada yang tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan mata tidak dapat dibuka akibat gas pemedih mata yang mencengkam urat-urat mata. Namun, akhirnya syabab-syabab dan ‘amilin datang membantu. Kemudian, FRU melepaskan tembakan ke arah kami dari arah atas jambatan, arah depan dan arah belakang. Bayangkan, 3 penjuru berhadapan dengan satu. Kami hanya boleh tunduk dan menutup hidung. Namun, kepedihannya tidak terkata. Amat mencengkam. Disimbah pula dengan air kimia yang amat pedih dan sengal. Kami lari menuju ke bawah jambatan ke arah susur jalan bertentangan. Alhamdulillah kami dapat melepasi halangan polis tersebut dan masuk ke selekoh untuk kembali ke Masjid Negara. Ketika dalam perjalanan balik ke Masjid, kami diserang lagi. Kali ini dari arah belakang dan atas. Kelihatan makcik-makcik dan kanak-kanak penat keletihan akibat lari daripada polis dan kepedihan akibat gas. Kali ini peluru tersebut betul-betul jatuh disebelah saya. Amat pedih tak terhingga sehingga baju yang asalnya berwarna putih bersih bertukar menjadi comot dan hitam akibat asap dan jelaga kimia tersebut. Kami terus lari menuju kehadapan. Garam dihulur kepada saya bagi melegakan sedikit kepedihan.
Ustaz Ridhuan Mohd Nor rupa-rupanya ada di belakang kami. Beliau masih sempat berlawak sambil memegang pembesar suara. Kemudian, kami terus melaungkan takbir dan slogan tanpa henti sehinggalah sampai ke hadapan Masjid Negara. Ketika mahu memasuki perkarangan masjid, FRU mula menyekat jalan. Kali ini lebih dahsyat. 2 meriam air, 4 bas FRU, 1 trak berloceng dan 2 trak pengangkut banduan. Polis mengarahkan kami supaya balik dan bersurai sedangkan kami meminta beberapa minit sahaja lagi untuk membaca doa dan bersolat. Malangnya, polis yang tidak mengenal agama ini, terus membunyikan loceng dan memancutkan air kimia yang kelajuannya melebihi 100 KM sejam dan amat pedih. Natijahnya, tong-tong sampah dan perkakas sekitar masjid bertaburan. Anak-anak kecil dan wanita tercampak. Ada yang cedera. Petugas mengarahkan supaya semua masuk ke masjid bagi berlindung. Wanita dan anak-anak kecil sempat dimasukkan ke masjid dengan menyelinap daripada polis. Kami yang masih muda dan bertenaga bertindak di luar.
Amat tidak diduga, pihak polis melepaskan puluhan tembakan kearah dalam masjid sehingga menyebabakan ruang masjid dipenuhi asap kimia. Kemudian, dipancutkan pula dengan air kimia. Bayangkan, anak-anak kecil dan wanita yang berlindung di situ. Rumah Allah yang maha suci dicemari keganasan pihak polis yang Zionis. Tingkap-tingkap dan perkakas kaca dalam masjid habis pecah dan berterabur akibat ditembak oleh polis. Masjid dibasahi air kimia. Biadab sungguh kamu wahai polis sehingga sanggup mencemari rumah Allah. Sialan kalian!!! Di luar pagar masjid, para pemuda terus berlawan dan berhadapan dengan pihak polis. Ketika cuba berlindung sambil berlari dari bedilan asap kimia dan pancutan air kimia, terserempak dengan kakanda-kakanda yang pernah memberi tunjuk ajar ketika usrah dalam tanzim lama dahulu. Sempat bersalaman dan berbual sebentar. Kemudian, datang seorang anak kecil yang merah padam mukanya akibat kepedihan bersama ibunya sambil berlari untuk berlindung dari kekejaman polis Zionis tersebut. Mungkin kali pertama mereka berhadapan dengan senario ini. Garam yang dibawa oleh rakan dari maahad sempat ditaburkan ke atas muka anak kecil berkenaan yang jelas mukanya memaparkan kesakitan dan merah padam. Saya dan sahabat menyumbat garam ke dalam mulut anak kecil yang baru berusia sekitar 6 atau 7 tahun itu. Kemudian kami diserang lagi dengan air kimia buat keberapa kalinya. Kami berlindung disebalik pokok-pokok, kereta-kereta, tembok-tembok dan apa sahaja yang mampu ketika itu. Ketika beberapa orang pegawai polis dihantar masuk untuk berunding dengan wakil Unit Amal, 7 orang pegawai ini sempat di”boo” dan dimaki hamun oleh warga Malaysia yang marah dengan kekejaman ini. ada yang melempar botol dan mencarut terhadap polis yang hipokrit itu. Polis tetap mahu peserta bersurai sekarang. Akhirnya berlaku satu pertengkaran. Peserta-peserta demo terus mengerumuni polis dan akhirnya polis tewas dan sedia bekerjasama dengan memberikan sedikit masa lagi sebelum bersurai.
Kata sepakat berjaya dicapai. Polis keluar dengan di”boo” sekali lagi. Kemudian, saudara Mahfuz(ketua penerangan PAS pusat) dan Salehuddin(ketua pemuda PAS pusat) memberikan ucapan dan info mengenai penghantaran memorandum. Katanya, memorandum telah berjaya duhantar oleh Pak Samad dan Dato Ahmad Hasan. Semuanya berjalan lancar walaupun berhadapan dengan gas pemedih mata. Keranda 152 terus diusung oleh pelajar PKPIM dan siswa-siswa lain. Demo hari ini telah berjaya menyuarakan hak rakyat.
Sepanjang perjalanan balik ke markaz menaiki KTM, sempat saya berkenalan dengan beberapa senior dari UKM dan UTEM. Mereka amat mengkagumi keberanian para pelajar sekolah hari ini yang turut turun menyertai demo. Kami sempat berkenalan dan tahniah buat siswa UTEM,UKM dan IKTBN. Setiap kali tiba di perhentian stesen KTM, ada sahaja jamaah yang berpakaian “kami bantah PPSMI” dan disambut dengan laungan Takbir!!!


Khalid-8mac09-baiti jannati-nilai 1.(1.50 am)

No comments: