3/12/09

Lemahnya Tanzim dan Gerakan Usrah serta Dakwah di Kampus!

Kelemahan tanzim di kampus-kampus pada hari ini sebenarnya adalah berpunca daripada mas’ul dan ahli tanzim itu sendiri dan bukannya dek tekanan yang pelbagai daripada pihak kementerian dan sebagainya. Mas'ul dalam kalangan pensyarah sendiri kadang-kadang tidak mempertahankan pendirian anak-anak usrahnya. Semua ini akhirnya mematikan semangat juang para pelajar tersebut. Hal ini jarang-jarang disebutkan juga. Namun, iniliah yang berlaku di kebanyakan kampus. Apabila anak-anak usrah kehausan dan ketandusan, mas’ul buat tak layan. Sibuk dengan pelbagai tugasan kononnya. Sedangkan, yang bukan ahli tanzim diberikan pelbagai layanan. Boleh tumpangkan yang bukan Muslim ke dataran menaiki kenderaan, tetapi anak-anak usrah yang seagama dan sebangsa sendiri sering dilupa dan diabaikan. Kononnya ingin mengambil hati para pelajar yang bukan Muslim. Hmm…entahlah…
Kalau mahu dibandingkan dengan zaman 1970-an dahulu, mahasiswa dan pensyarah sama-sama naik ke pentas berpidato serta berjuang mempertahankan pendirian masing-masing sama ada di dalam atau di luar kampus. Sama ada pensyarah dan pelajar, sama-sama dihadapkan dengan pertuduhan dan sama-sama merengkok dalam penjara, sama-sama terbuang dalam ISA. Pada saya, ini baru betul-betul perjuangan. Siswa menyokong gurunya dan gurunya mendokong siswanya. Saling ada kepercayaan dan selalu bahu-membahu antara mereka, mengikat tali kesetiaan dalam merempuh badai kezaliman penguasa. Ini tidak, bila pelajar cuba memaklumkan tentang ancaman gerakan yang lain, pensyarah pula kata ia tidak apa-apa dan tidak mahu mendengar. Natijahnya, berapa ramai yang keluar dari tanzim kita dan sertai tanzim lain?
Dan pada saat itulah pemikiran Hasan al-Banna, buah fikiran al-Maududi dikoyak, kuliah syarahan Shariati diratah hadam segala isinya bersama-sama. Kini, yang tinggal mungkin 'raga dakwah' sedangkan 'jiwa, ruh dakwah' hilang ke mana? Akibatnya, jadilah seperti JIM,ABIM,Tabligh dan HT dan perjuangannya tidak berwasilah yang haq dan tidak ada jalan untuk menjayakan misi dan visi perjuangannya. Ingin mempertahankan Islam, tetapi tidak mengangkat senjata atau sertai pilihanraya. Hanya sekadar omong-omong kosong dan pena-pena yang kehabisan dakwat. Apakah wasilah yang digunakan? Bagaimana mahu memerintah ummah jika tidak boleh menguasai kerajaan?
Dalam tanzim pula, Mungkin masih ada lagi usrah, tamrin yang bersifat program luaran, tetapi penghayatan semula Usul Isyrin (Asas 20), 10 wasiat al-Banna, amaliyyah istisyhadiyyah dan segala-galanya itu semakin tenggelam oleh arus pertengkaran antara Salafi, wahabi, Syiah di IPT. Inilah yang berlaku ke atas seorang sahabat saya daripada KMNS yang memihak kepada Muhammad bin Abd Wahhab dan kemudiannya dimusuhi salah seorang senior usrahnya hanya kerana beliau mempertahankan wahabi dan syiah.
Tapi, jika sesekali sergahan HEP menjengah dengan Aukunya, pensyarah dan mahasiswanya lari bertempiaran, hilang tempat pergantungan. Bermusuh sengketa sesama sendiri memang kuat, tetapi dengan musuh tradisi lari pula. Demonstrasi dan program jemaah pusat langsung tak tunjuk muka. Hanya hebat dihadapan junior sahaja. Itu yang dikeluhkan oleh seorang rakan dari KMNS.
Kepada semua senior dan mas’ul di kampus mahupun sekolah, jagalah adik-adik atau anak-anak usrah anda. Lupakan persengketaan mazhab. Bak kata Allahyarham Hj Fadzil Noor(mantan Presiden PAS) ketika mengulas perselisihan faham tentang mazhab antara Dr Abdul Aziz Hanafi dan seorang lagi ulama’ yang saya terlupa namanya, “isu mazhab ni dah dibahas dan selesai sejak beratus-ratus tahun dulu lamanya, kita yang kemudian ni tak payah lagi usik tang tu”. Lebih kurang begitulah bunyinya. Lagipun, Allah dan Rasul tak pernah pula suruh kita berjuang mempertahankan mazhab, tetapi Allah dan Rasul suruh kita berjuang mempertahankan agama Islam kita. Malahan, Nabi pernah bersabda: sesiapa yang berpegang kepada al-quran dan as-sunnah maka dia tidak sesat. –au kama qal- tak pernah pula saya terbaca atau terdengar hadis yang mengatakan kita perlu berpegang pada mazhab. Mazhab hanya sebagai panduan kita mengikut hukum hakam yang kita rasa kita yakin dengannya. Selagi bertuhankan ALLAH dan Berasulkan Muhammad, maka dia tidak kafir. Perlu ingat itu!!!

No comments: