Baru-baru ini pada 28 Mac 2009, skuad Jihadmalaya bersama-sama dengan rombongan PAS kawasan telah berkunjung ke Bukit Gantang bagi memberi sokongan kepada calon PAS, Dato Seri Ir Mohamad Nizar. Jihadmalaya juga sebenarnya ingin menghayati proses penamaan calon berkenaan dan meninjau suasana hangat Bukit Gantang.
Kami bertolak pada jam 11 malam, 28 mac. Bermula dari Kg Telok Gong, menuju ke susur keluar Kg Nelayan dan seterusnya ke lebuhraya KESAS. Teringat beberapa bulan yang lalu, Islamboli pernah membawa rakan-rakan matrikulasi berdemo dilebuhraya ini. Demo Palestin. Himpunan 100000 rakyat pun pernah juga diadakan disini pada 1999. Arakian, terbayang wajah Allahyarham Al-Fadhil Tn Hj Fadhil Mohd Nor, bekas presiden PAS. Betapa zalimnya FRU dan kerajaan masa itu. Air kimia disimbah, gas pemedih mata ditembak dan belantan dihayun ke khalayak. Alhamdulillah, Ustaz Fadhil hanya terkena air kimia dan gas sahaja. Belantan pula dirasai oleh YB Mohamad Sabu sehingga sikat yang diletak di poket belakang seluarnya patah dua.
Bila bercerita tentang kisah YB Mohamad dibelasah dengan belantan, teringat pula satu lagi kisah ketika satu demonstrasi tetapi saya terlupa demonstrasi apa masa tu. Seorang hamba Allah yang bernama Bakar Haq telah menghadang belantan polis dengan belakang badannya daripada terkena YB Mohamad. Maka amat peritlah pukulan belantan yang padu itu. Itulah yang saya amat kagum dengan semangat orang Syiah seperti Bakar Haq. Amat handal dan hebat.
Berbalik kepada Bukit Gantang, ketika mengamati perjalanan yang indah itu, rombongan kami dipenuhi dengan amal nisa, veteran, pemuda dan penyokong muda. Penyokong-penyokong muda ini baru sahaja ditarik masuk ke dalam Pas hasil usaha yang berbahagia bekas ketua pemuda PAS kawasan. Proses pentarbiahan mereka juga baru memasuki aras 1. Namun, mereka harus dijinak-jinakkan dengan suasana sebegini agar mereka dapat melalui proses tarbiah ini dengan pantas dan berkesan. Skuad jihadmalaya tiba di salah sebuah PASTI di kawasan Bukit Gantang pada jam 3 pagi. Kemudian, skuad pun berkampung di PASTI tersebut dan melakukan apa yang patut seperti penyediaan bendera, memasak untuk sarapan jamaah dan penyusunan risalah. Risalah yang amat saya tertarik pada masa itu ialah risalah mengenai pelantikan menteri besar. Rupa-rupanya raja tiada hak untuk memecat menteri besar. Raja hanya ada hak untuk melantik dan hak untuk memecat hanya boleh dilakukan oleh sidang dewan melalui proses undi tidak percaya terhadap menteri besar. Ini tercatat dalam undang-undang. Maka benarlah Karpal Singh dalam hal ini.
Pada jam 4.30 pagi, 29 mac. Sarapan telah disiapkan. Mihun goreng, air kopi dan teh yang masih panas. Semua menikmati juadah kecuali beberapa orang yang amat sibuk berhubung dengan orang ini dan itu bagi memastikan perjalanan kami ke pusat berkumpul tidak terganggu. Maka gemparlah dengan satu panggilan. Seorang petugas memberitahu bahawa kami perlu bertolak sebelum subuh kerana pihak polis akan menutup jalan ke tempat pihak pembangkang berkumpul. Maka kami pun bertolak tepat jam 5 pagi tanpa mandi dan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Jam 5.35 kami tiba di sebuah masjid. Amat sesak dan penuh dengan jemaah yang sudah tentu daripada penyokong-penyokong PAS. Orang BN tak solat subuh rasanya. Maka kami terpaksa bergerak lebih ke hadapan. Sebuah lagi masjid yang juga sesak. Alhamdulillah di masjid yang ketiga yang juga sesak, kami ditakdirkan berhenti disini. Bayangkanlah kesesakannya sehingga menyebabkan solat subuh terpaksa diadakan 2 kali selepas imam yang pertama tamat memberi salam. Namun sudah jodoh, rupa-rupanya YB presiden PAS, YB Nizar dan kebanyakan pemimpin PAS pun bersolat di masjid ini. Adalah hikmahnya kenapa kami ditakdirkan bersolat di masjid ini.
Amat membanggakan saya ialah, imam yang mengimamkan solat subuh tersebut tidak membaca doa qunut subuh biasa tetapi beliau membaca qunut nazilah. Beremang bulu roma para jemaah yang terbakar darah perjuangannya. Imam melaungkan takbir sebaik sahaja selesai doa. Ini jelas menunjukkan bahawa, imam masjid itu sendiri menyokong perjuangan PAS. Itu imam masjid yang banyak ilmu agamanya. Maka amat hairanlah kiranya orang biasa tidak mahu menyokong YB Nizar yang disukai oleh para ulama’. Jam 6.30 pagi. Kami bersiap di tepi bas kami dengan mengeluarkan segala perkakas. Batang bendera, kain bendera, kain rentang, tali dan sebagainya. Kami memasang kain rentang dan mempersiap bendera untuk diedar kepada khalayak. Sudah tentulah bendera PAS, panji Islam. Kami tak mahu bawa bendera PKR dan DAP kerana itu semua bukan panji Islam tetapi hanya sekadar lambang keadilan rakyat yang sejahtera.
7.20 kami diarah untuk bergerak menuju ke pusat berkumpul penamaan calon iaitu di Padang RISDA. Maka kami menjadi baris hadapan. Pelbagai slogan dan laungan mengiringi kami. Sebelum berarak, kami berkumpul dihadapan masjid yang terdapat dihadapannya taman perumahan. Rumah corner lot itu terdapat satu tokong mini. Maka sudah tentulah dimiliki seorang yang bukan Islam tetapi, amat mengejutkan apabila tuan rumah tersebut sudah tunggu diluar rumahnya seawal jam 5 pagi, membuka lampu dan segala pintu rumahnya untuk digunakan oleh para pejuang PAS. Maka dia seorang kafir yang perlu dibela. Kami dipersilakan kerumahnya untuk menggunakan tandas atau mengambil wudhu kerana tandas masjid dipenuhi lautan manusia. Sepanjang kami berarak, golongan bukan Islam dan Islam turut sama melambai dan memberi semangat kepada kami dari premis masing-masing. Antaranya kami melewati sebuah restoran cina. Pemiliknya melambai mesra dan menunjukkan simbol tangan ‘bagus’ kepada peserta perarakan daripada pihak PAS. Maka bersoraklah para pemuda.
Separuh jalan lagi sebelum tiba di Padang RISDA, perarakan kami melewati hotel tempat penginapan pimpinan tertinggi UMNO termasuk YB Tan Sri Muhyidin Yasin yang baru sahaja memenangi kerusi timbalan presiden UMNO pada perhimpunan agung UMNO yang lalu. Tiba-tiba sahaja dengan kuasa ALLAH, maka keluarlah muka-muka penyangak ini yang disertai dengan puluhan ‘bodyguard’. maka semua penyokong Pakatan Rakyat ini bersorak mem”boo” pimpinan UMNO ini. turut bersama Tan Sri ialah seorang lagi Menteri di JPM yang terkenal dengan sikap anti Islamnya itu. Bodyguard mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kami jauh lebih ramai. Kain bendera dilayangkan dihadapan mukanya dan laungan “rasuah” bergema. Sebaik sahaja rakyat melaungkan “rasuah”, pimpinan UMNO ini lari lintang pukang dengan diiringi para pengawalnya.
Perarakan diteruskan dengan diiringi laungan takbir dan slogan anti BN. Maka kami pun tiba di lokasi penamaan calon. Beberapa ketika kemudian, YB Presiden dan calon serta beberapa orang lagi pimpinan tiba dan terus ke baris hadapan untuk memasuki tempat penamaan calon. Pihak polis telah pun bersiap sedia dengan meletakkan penghadang besi merah bagi menghalang kemaraan para penyokong PAS yang amat ramai dan melaut itu. Maka penghadang besi itu pun terpele’ot dek kemaraan para penyokong. Maka hancurlah penghadang yang besi itu dan pihak polis melawan kami dengan perisai. Sedikit kekecohan berlaku. Penyokong PR semakin marah kerana pihak polis bersikap tidak adil kerana membenarkan penyokong BN melepasi garis maksimum tersebut. Lebih mengecewakan ialah, masalah ini berulang 2 kali. Tambahan pula, pemuda-pemuda BN melontar objek sesuka hati terhadap penyokong PR sedangkan polis berada di depan mata. Dimana kredibiliti pihak polis? Tiada jantan! Tiada maruah!
Sepanjang menunggu tempoh keputusan penerimaan penamaan calon, penyokong PR yang beragama Islam terus berzikir dan slogan serta laungan “rasuah”, “hancur BN”, “Allahuakbar” dan pelbagai lagi dapat didengari. Maka pada jam 11, keputusan penerimaan pencalonan daripada ketiga-tiga penjuru iaitu PAS, BN dan BEBAS diumumkan. Penyokong PAS bertakbir sebaik sahaja diumum nama Nizar. Kemudiannya setelah tamat, Nizar memberikan ceramah pertamanya selepas tempoh berkempen berkuatkuasa. Di atas sebuah lori, di hadapan padang RISDA.
5/29/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
What is this nonsense 'JIhadMalaya' name? Stop being influenced by extremist Islam from Arabia and Taleban-land; and extremists from Pakistan and Bangladesh, who want to take over Malaysia and Indonesia as their South-East Asia's abse and our wealth besides; including our oil since they have none! Malaysia is multicultural/multireligious - how can you have such a 'extreme' name like this; you're intimidating the non-Muslims! Get a life and work for justice, not violence and primitive barbarism!
Katharina Sri (former: Noor Aza Othman)
Germany.
peace to all of us. JIHAD doesnt mean extream. in arabic, jihad means struggle, strive to achieve an excellence. besides, jihad also can be describe as the struggle to defence the religion, country, family and so on.
i think, you have to read my article and understand it first. dont just get into the name and then give such this nonsence comment. i have learnt 3 languages that are arabic, malay, and english. i've understand every term and phrase that i want to use.
so, maybe you have to make a research first about this "JIHAD" term. it never means extremist, it never means cruel...but it means...the protection.
JIHAD ask us to be gentle to the non muslims but in the same time it ask us to protect our religion from the cruelty. example, let see Iraq. there is no any proove that stated that Iraq has support nuclear program for the extremist but the Jews and American government simply attack and kill the muslims there without sympathy.
if you in my position, will u keep standing watching your brothers and sisters killed by them? of course not. so, we just defence our brothers and sisters from the nonsense of America and Jews. we have to kill them so that they will stop kill us.
thank you for your reading and comment. keep enjoy my blog here...byebye..
Post a Comment