Pada 26 april yang lalu, akhbar Sinar ada memaparkan satu berita kecil mengenai kerajaan Australia. Ingatkan pasal demonstrasi ke..apa ke..tapi rupa-rupanya berita mengenai kerajaannya memberi wang saku kepada rakyatnya. Masyaallah…untungnya jadi rakyat Australia. sudahlah kerja dapat gaji banyak. Dapat pula wang saku daripada kerajaan. Difahamkan, setiap individu di Australia mendapat lebih daripada RM 2000. malahan, kerajaan Australia yang kini dikuasai oleh Parti Buruh mengeluarkan kenyataan bahawa wang itu gunakanlah untuk berbelanja dan membeli belah kerana berbelanja dan membeli belah itu juga merupakan satu tugas patriotik.
Hmm…agak tergamam juga la kita disini. Kerajaan kita suruh kita jangan berbelanja sangat tetapi kerajaan mereka suruh rakyat berbelanja sakan. Agak-agaknya bilalah kerajaan Malaysia nak jadi macam kerajaan Australia? Hehehehe
Sebenarnya rakan-rakanku di Malaysia, sudah banyak kerajaan didunia ini yang amat prihatin terhadap isu rakyatnya. Bukan Australia sahaja yang bagi bonus kepada rakyat dia, malahan Britain, Amerika, Belgium dan yang paling hampir dengan kita Brunei. Mungkin ramai yang berkata, Malaysia tak sekaya negara-negara tersebut. Betul ke? Kalau ada orang yang beranggapan begitu, maka cepat-cepatlah perbetulkan kerana Malaysia adalah jauh lebih kaya berbanding Australia. Malaysia ada minyak. Industri pelancongan banyak. Cukai lagi. Macam-macam pendapatan negara. Lupa ke tuan-tuan dan puan-puan kepada analisa oleh pemimpin PR yang mengatakan bahawa jika PR memerintah Malaysia, PTPTN dijadikan biasiswa dan bukannya pinjaman seperti sekarang. Lupa ke anda kepada dakwaan PR bahawa jika Malaysia diperintah PR, harga minyak turun. Lihat sahaja di Selangor kini, setiap anak yang baru lahir, automatik sebaik sahaja didaftarkan di Jabatan Pendaftaran, mereka dibukakan akaun yang berjumlah RM100. Di selangor juga, 20 meter padu pertama jumlah air yang diguna bagi setiap isi rumah adalah percuma. Di selangor lagi, setiap anak yang berjaya ke IPT akan mendapat bonus RM1000. Wahh….kalau lah satu Malaysia macam tu. Mesti rakyat suka. Malangnya, masih ramai yang tidak terdedah dengan situasi dan kondusi negeri Selangor. Kalau nak jadi macam Selangor, anda kenalah ubah kerajaan dulu. Hehehehe
Yang teramat benarnya saudaraku, Malaysia mampu dan layak untuk bagi insentif macam tu. Malaysia pun boleh buat macam Australia tu sekiranya tiada korupsi dalam pemerintahan dan sekiranya pemerintahan dan pentadburan dilaksanakan dengan adil dan saksama. Malangnya, keuntungan kerajaan Malayia itu hanya dihabiskan ke tangan-tangan pemimpin negara dan kroni- kroninya. Itu yang membuatkan rakyat merana. Oleh yang demikian, analisalah sendiri kerajaan kita ini. Moga-moga kita juga boleh dapat faedah dan bonus daripada kerajaan satu hari nanti.
5/29/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tapi kene la beringat..bukan duit jadi matlamat hidup..tapi keredhaan ilahi lebih utama...
Jika itulah jawapan tuan, maka saya rasa lebih baik tuan tolak semua hak tuan sebagai rakyat dan bagi pada orang lain.
ingat, dalam Islam ada hak kepada tuhan, hak kepada manusia dan hak kepada haiwan dan tumbuhan.
hak rakyat kepada kerajaan ialah, pihak kerajaan hendaklah senantiasa memastikan rakyat hidup senang, bukan mewah saya maksudkan tetapi senang.
Apakah tuan lupa hukum seorang pemimpin negara yang hidup bermewahan itu adalah haram dalam Islam? saidina umar sanggup bersusah payah merayau malam semata-mata mahu memastikan tiada rakyat dalam kesusahan. Katanya, jika rakyat dia dalam kesusahan, maka dia tidak akan dapat menikmati ibadah dan dia akan berdosa kerana mengabaikan rakyat.
justeru, bagaimana pula dengan kerajaan kita? apakah kita yang perlu memastikan mereka bertambah kaya? mungkin bagi tuan jawapannya YA kerana tuan amat baik hati. Galakkanlah lagi perbelanjaan mewah yang mencecah ratusan ribu ringgit oleh pemimpin-pemimpin negara kita.
Post a Comment