5/29/09

NERAKA!!!

Keluasan Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang Kepada
Nabi saw ada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan Selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk bumi semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan besinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya
akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan
terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,sesetengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing
pintu?" Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s.
serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam
segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar
kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

-dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai"

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat Sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159:
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami Turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:"
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

BILA MALAYSIA NAK JADI MACAM AUSTRALIA...???

Pada 26 april yang lalu, akhbar Sinar ada memaparkan satu berita kecil mengenai kerajaan Australia. Ingatkan pasal demonstrasi ke..apa ke..tapi rupa-rupanya berita mengenai kerajaannya memberi wang saku kepada rakyatnya. Masyaallah…untungnya jadi rakyat Australia. sudahlah kerja dapat gaji banyak. Dapat pula wang saku daripada kerajaan. Difahamkan, setiap individu di Australia mendapat lebih daripada RM 2000. malahan, kerajaan Australia yang kini dikuasai oleh Parti Buruh mengeluarkan kenyataan bahawa wang itu gunakanlah untuk berbelanja dan membeli belah kerana berbelanja dan membeli belah itu juga merupakan satu tugas patriotik.
Hmm…agak tergamam juga la kita disini. Kerajaan kita suruh kita jangan berbelanja sangat tetapi kerajaan mereka suruh rakyat berbelanja sakan. Agak-agaknya bilalah kerajaan Malaysia nak jadi macam kerajaan Australia? Hehehehe

Sebenarnya rakan-rakanku di Malaysia, sudah banyak kerajaan didunia ini yang amat prihatin terhadap isu rakyatnya. Bukan Australia sahaja yang bagi bonus kepada rakyat dia, malahan Britain, Amerika, Belgium dan yang paling hampir dengan kita Brunei. Mungkin ramai yang berkata, Malaysia tak sekaya negara-negara tersebut. Betul ke? Kalau ada orang yang beranggapan begitu, maka cepat-cepatlah perbetulkan kerana Malaysia adalah jauh lebih kaya berbanding Australia. Malaysia ada minyak. Industri pelancongan banyak. Cukai lagi. Macam-macam pendapatan negara. Lupa ke tuan-tuan dan puan-puan kepada analisa oleh pemimpin PR yang mengatakan bahawa jika PR memerintah Malaysia, PTPTN dijadikan biasiswa dan bukannya pinjaman seperti sekarang. Lupa ke anda kepada dakwaan PR bahawa jika Malaysia diperintah PR, harga minyak turun. Lihat sahaja di Selangor kini, setiap anak yang baru lahir, automatik sebaik sahaja didaftarkan di Jabatan Pendaftaran, mereka dibukakan akaun yang berjumlah RM100. Di selangor juga, 20 meter padu pertama jumlah air yang diguna bagi setiap isi rumah adalah percuma. Di selangor lagi, setiap anak yang berjaya ke IPT akan mendapat bonus RM1000. Wahh….kalau lah satu Malaysia macam tu. Mesti rakyat suka. Malangnya, masih ramai yang tidak terdedah dengan situasi dan kondusi negeri Selangor. Kalau nak jadi macam Selangor, anda kenalah ubah kerajaan dulu. Hehehehe

Yang teramat benarnya saudaraku, Malaysia mampu dan layak untuk bagi insentif macam tu. Malaysia pun boleh buat macam Australia tu sekiranya tiada korupsi dalam pemerintahan dan sekiranya pemerintahan dan pentadburan dilaksanakan dengan adil dan saksama. Malangnya, keuntungan kerajaan Malayia itu hanya dihabiskan ke tangan-tangan pemimpin negara dan kroni- kroninya. Itu yang membuatkan rakyat merana. Oleh yang demikian, analisalah sendiri kerajaan kita ini. Moga-moga kita juga boleh dapat faedah dan bonus daripada kerajaan satu hari nanti.

HUDUD SEGERA!!!

Lewat kebelakangan ini, sering terpapar di media-media elektronik dan terpampang di media-media cetak mengenai isu jenayah yang semakin menular. Seakan-akan wabak yang amat mudah tersebar luas, menjangkiti seluruh isi alam. Tidak mahu menyentuh isu-isu jenayah luar negara, skuad Jihadmalaya hari ini sekadar mahu menyentuh mengenai isu jenayah dalam negara kita Malaysia sahaja. Itu sudah memadai sebenarnya.

Amat banyak dan tidak terkata apabila melihat jenayah-jenayah yang begitu kejam hari ini. bukan sekadar dibunuh, malah dirogol dan dibelasah sebelum dibunuh. Apatah lagi, dengan cara yang amat kejam seperti menggunakan bom sehingga berkecai mayat, mencincang seperti ayam dan bermacam-macam lagi kes yang pastinya membuatkan berita-berita seperti ini dikategorikan sebagai 18 SG atau 18 PL.

Jihadmalaya bukanlah mahu memperkecilkan golongan mufti Malaysia atau Majlis Fatwa Malaysia tetapi mereka ini semua jelas seperti boneka golongan sekular semata-mata. Tiada sebarang tindakan dan arahan yang dikeluarkan kepada pihak pimpinan tertinggi negara berkaitan hal ini. Bukannya sukar, sekadar mengingatkan pemimpin kita yang sudah lupa dek kerana mungkin sudah tua kerana terlalu memikirkan kegawatan ekonomi negara supaya melaksanakan hukum-hukum Allah.

Bukankah kita sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi? Jadi, marilah sama-sama menjayakan misi untuk merealisasikan negara kita sebagai sebuah negara Islam yang melaksanakan hukum-hukum Islam sekaligus benar-benar mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara. Bagi pemimpin negara pula, daripada Yang Dipertuan Agung, perdana menteri hinggalah kepada menteri-menteri yang bertanggungjawab terhadap rakyat jelata dan hal ehwal pemerintahan serta undang-undang negara janganlah rasa segan silu pula untuk mengiktiraf hukum Allah ini sebagai undang-undang negara.

Islam itu cukup sempurna kerana sifatnya sendiri yang bersifat syumul(sempurna). Daripada hal yang seremeh-remehnya hinggalah kepada hal yang sebesar-besarnya, semuanya ada dalam Islam. Justeru, pemimpin tertinggi negara diharapkan agar dapat menjayakan konsep sebuah negara Islam yang syumul dengan satu langkah mudah sahaja iaitu melaksanakan hukum Allah di atas bumi Malaysia ini.

Jihad Malaya yakin dan percaya, dengan pelaksanaan hukum-hukum Allah di Malaysia pastinya dapat mengurangkan jenayah dalam negara sekaligus boleh menjayakan negara sifar jenayah pada masa akan datang. Sekalipun tidak sifar jenayahnya, setidak-tidaknya dapatlah dikurangkan jenayah ke tahap minima yang teramat. Hal ini sekaligus akan memudahkan pentadbiran, meningkatkan ekonomi dan menstabilkan politik negara. Seiringan dengan itu, pastinya pihak kerajaan akan bertambah penyokongnya dan peminatnya dari dalam dan luar negara kerana hukum Allah yang terlaksana.

Apabila hukum Allah itu dilaksanakan, maka kegentaran untuk melakukan jenayah itu akan datang dari Allah. Penjenayah akan rasa takut yang teramat kerana sekiranya dia mencuri, dia akan dipotong tangan dan maruahnya akan tercalar kerana hukum hudud dilksanakan dihadapan khalayak umum. Bukan sahaja si penjenayah malahan semua masyarakat yang melihat pelaksanaan hukuman itu akan berasa gentar terhadap hukum Allah yang amat memberi signifikan kepada umum ini. namun, sekiranya hukuman itu adalah dicipta oleh manusia, maka kegentaran itu tidak datang daripada Allah walaupun hukuman yang dicipta oleh manusia itu amat berat. Contoh, kesalahan memiliki dadah sekian-sekian berat dan jenis akan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Namun, kita lihat hari ini bilangan pengedar dan penagih dadah semakin bertambah. Kerana apa? Kerana mereka tidak berasa gentar untuk melakukan jenayah itu kerana hukumannya bukan datang dari Allah.

Ada pihak berpendapat, hukuman Hudud dan hukum Islam adalah satu pemikiran kuno dan boleh menyebabkan negara mundur serta ekonomi negara akan jatuh sekiranya melaksanakan hukum-hukum Islam. Betapa jumudnya pemikiran sekular-sekular yang sudah tua dan beruban ini. Apakah mereka buta melihat kekayaan Arab Saudi? Apakah mereka buta melihat kemajuan teknologi Iran? Arab Saudi dan Iran sebagai negara terawal yang mengamalkan undang-undang Islam ini telah menunjukkan contoh dan teladan yang baik selepas melaksanakan undang-undang Islam ini.

Pelaksanaan hukum Islam di negara negara mereka langsung tidak menyebabkan ekonomi mereka jatuh, langsung tidak menyebabkan pelabur-pelabur takut melabur disana dan langsung tidak menimbulkan pemberontakan terhadap kerajaan malahan, kerajaan mereka disanjungi rakyat jelata, lebih aman kerana tiada jenayah dan kecurian, lebih maju kerana pembangunan boleh dilakukan tanpa ada sebarang penyelewengan, lebih kaya raya kerana pelabur suka negara yang selamat daripada jenayah, tiada pemberontakan sekaligus menyebabakan politik mereka stabil dan sistem politik negara mereka bermaruah dan saling bekerjasama antara kerajaan dan pembangkang. Inilah yang kita mahu. Inilah kesan yang amat positif dan mendalam sekiranya hukum-hukum islam terlaksana di sesebuah negara.

Maka itu, fikir-fikirkanlah wahai ulama-ulama’ kerajaan dan pemimpim-pemimipin negaraku serta rakyat jelata…!!!

30 rabiulakhir 1430 H.
3.26am(waktu Malaysia)
Nilai, desa kolej.

24 jam di UIA (gombak).

Suasana gombak adalah suasana fikrah Islam kerana mungkin kawasan ini dipegang oleh exco agama negeri Selangor dibawah PAS. Disini, saya lebih selesa menggunakan panggilan “aku” bagi menggelar diriku. Minggu lalu, akhi-akhi ziarah kolej matrikulasiku, jadi hari ni, aku pula menziarahi akhi-akhi di UIA. SinChan dan Afif awal-awal sudah menjemput di stesen LRT. Best jugak lah kali ni. Walaupun berbeza suasana tetapi paling kurang dapat belajar-belajar dengan akhi-akhi yang bijaksana. Minat terhadap “comparative religion” tidak dapat ternafi. Hanya keinginan dapat meluhurkan isi hati.

Jam 8.30, tiba di masjid yang besar bertema biru itu. Hawa dingin dan amat selesa. Bukanlah kali pertama ke UIA, sebelum-sebelum ni pun dah banyak kali kerana kedua-dua kakandaku adalah graduan UIA. Dari PJ hingga ke Kuantan, semua cawangan UIA yang empat itu sudah ku kunjungi. Semuanya memang menakjubkan dan lebih besar berbanding kolejku. Sebaik solat Isyak, aku berehat di tempat tidur di sebuah bilik yang berhawa dingin. Memang selesa. First time masuk tempat yang terpencil ni. Selalunya hanya tidur di bilik senior. Tapi hari ni dapat tidur dalam kawasan masjid dan berhawa dingin pulak tu. Memang syok. Apapun, semuanya adalah kerana Allah SWT dan usaha-usaha keatas jalannya yang pastinya tidak akan disisihkan.

Program bermula jam 9.30 di satu sudut dalam dewan solat. Karpet sejadah merah yang lembut lagi empuk membuatkan aku makin selesa. Ketika berkongsi mengenai isu semasa di UIA ini, masalah yang sama, tetapi pencegahan yang berwasilah berbeza. Walaupun masih terdapat masalah “dating” di UIA, tetapi pihak MPP dan gerakan usrah di UIA amat kuat berbanding kolejku. Kain rentang yang besar-besar mengingatkan bahaya “dating” dan menghalang aktiviti “dating”. Saman, tindakan keras dan pelbagai bakal dikenakan kepada yang berdating. Memang hebat. Kalaulah ditempatku boleh buat macam ni.

Jam 11, semua masuk tidur. Sejuk. Selimut dikongsi bersama. Alhamdulillah cukup besar untuk melitupi 2 orang. Ukhuwah dan silaturrahim terikat erat. Jam 5, bangun qiam. 6 pula solat subuh berjamaah. Pada paginya jam 7, semua berkumpul dengan berpakaian sukan. 7.30 beriadah dengan berjoging mengelilingi satu pusingan bulatan jalan raya UIA. Lebih 1 km. semua berpakaian sopan di UIA. Amat menakjubkan. Pelbagai risalah dakwah Islam bertempekan. Kain-kain rentang memperingatkan kepada Tuhan. sarapan di kafetaria, rehat dan bersiap ke Taman Alam Sedayu. Kawasan peranginan air terjun dan perkampungan orang Asli. Tengahari kami tiba di situ. Hanya beberapa minit dari UIA Gombak. Siapa sangka Gombak masih ada kawasan hijau dan air terjun sebegini. Setibanya disana, kami menjamu selera terlebih dahulu. Ukhti-ukhti yang mempersiapkan makanan untuk makan tengahari. 3 jenis lauk. Agak mewah makan hari ni. Kemudian, tazkirah diberikan oleh akhi Afif. Kami menunaikan zohor diatas tikar dan ada yang beralas kain kerana kurang ruang.

Selepas itu, semuanya bermandi manda. Ukhti-ukhti jauh disana dan akhi-akhi pula disisiku. Memang agak letih selepas mandi dihujani air yang deras tetapi disirami dengan ukhuwah dan silaturahim yang menggamit perjuangan dihati. Sebelum asar berkumandang, kami sempat pulang dan tiba di UIA semula. Mengemas barang kerana ada hal lain di rumah. Maka saya pun beredar dari UIA dengan dihantar dan diiringi akhi-akhi yang amat disayangi. Menaiki kereta sehingga ke LRT, aku pun menderas ke stesen Nilai bersama dengan rakan tanzim Nilai. Maka berakhirlah 24 jamku di UIA Gombak yang lengkap dengan suasana islami walaupun terdapat sedikit kecacat-celaan yang ditimbulkan oleh pihak oposisi kepada “kerajaan” UIA(kerajaan yang dipimpin oleh pro mahasiswa). Tahniah! Teruskan perjuanganmu Pro Mahasiswa UIA untuk menentang oposisi Pro Aspirasi. Allahuakbar!

24 jam di sebuah kolej matrikulasi

Pada minggu yang lalu, sempat saya bersama rakan-rakan lain berkunjung ke sebuah kolej matrikulasi di semenanjung. Banyak pengalaman yang ditimba sepanjang perjalanan ke kolej yang tidaklah seberapa besar berbanding universiti kami. Sepanjang seharian atau lebih kurang 24 jam berada di kolej ini. Ketika dibawa berkunjung oleh rakan seusrah dari kolej tersebut, Islamboli tidak teragak-agak untuk melayan kami dengan sepenuh layanan ibarat tetamu agung kami ke kesana. Beza usia antara kami yang agak jauh tidak membatas pergaulan dan silaturahim. Sebaik tiba di sana pada hari jumaat petang, kami dibenarkan masuk oleh para pengawal yang budiman lagi mesra. Kemudiannya kami menuju ke dewan serbaguna kolej yang sering menjadi ‘pot’ terbaik untuk berjumpa dengan wakil dari kolej ini. Dengan beberapa pasang baju yang muat dalam satu beg galas, saya meninggalkannya di sebuah almari di dalam dewan tersebut atas jaminan Islamboli bahawa beg saya dan rakan-rakan lain akan selamat. Kami dibawa berjalan-jalan dan bersiar-siar sekitar KMNS. Agak besar dan menarik strukturnya. Besi dan batu. Konkrit dan besi. Amat menakjubkan. Asar kami ditunaikan di sebuah bilik kecil berdekatan dengan blok kelas tutoran Islamboli. Disitulah kami menunaikan solat dan seterusnya pada malam itu kami beradu dan sempat bangun qiam bersama.
Pada sebelah petang sebelum tiba malam, saya dibawa berjalan bersama melihat senario dan gelagat para siswa di kolej yang sebelum ini hanya didengari dari mulut rakan. Kali ini, situasinya berbeza. Kami ditunjukkan dengan sekumpulan pelajar yang bersukan sambil memakai seluar yang amat pendek(ragbi). Kemudian, sekumpulan pelajar yang tidak memakai tudung(bola tampar dan tennis). Seterusnya, sekumpulan pelajar yang berdua-duaan di pondok-pondok wakaf. Pada jam 7 petang, suara bacaan al-Quran yang dipasang kedengaran disegenap ruang-ruang kolej. Melihatkan hari yang semakin gelap menyambut malam, para pelajar yang tadinya bermain bermula jam 5 petang, tidak sedikit pun berganjak daripada gelanggang masing-masing. Terlintas di fikiran saya, sempatkah mereka mahu mempersiapkan diri menunaikan solat pada jam 7.20 petang? Mungkin sempat, tanggapan saya. Jam semakin menghampiri waktu azan. Tidak seorang pun yang berganjak. Amat mengecewakan kerana petanda yang diberi untuk berhenti bersuka-ria bagi menyahut seruan Ilahi tidak diendahkan. Masing-masing amat khusyuk dan tawadhuk bermain. Bergelak ketawa, mencarut sini dan sana, menjerit dan memekik. Memekak-mekak tanpa menghiraukan corong pembesar suara yang sedang mengalunkan bacaan al-Quran.
Beberapa ketika kemudian, azan berkumandang. Kelihatan ramai yang menangguhkan permainan. Cuma ada segelintir yang masih berdegil dengan Tuhan. Semasa saya duduk sambil menjawab seruan azan di bahagian koridor surau, Islamboli datang kepada saya dan menunjukkan beberapa orang yang pada pandangannya berfikrah Islamiah, pernah menuntut di sekolah agama, penyokong jamaah, dan macam-macam lagi perkara yang hebat diceritakannya. Namun, amat sedih dan mengecewakan kerana merekalah yang menjerit-jerit, memekik,-mekik, ada yang berseluar pendek, ketika alunan ayat Allah dibacakan. Mereka langsung tidak menghiraukannya. Hanya apabila seruan “Hayya ‘ala as-solah” dilaungkan, barulah mereka memberhentikan permainan. Ikut Islam ke? Pada pandangan saya, jelas tidak. Namun, saya hanya berdiam diri ketika itu kerana Islamboli pada ketika itu amat takjub menceritakan latar belakang sahabat-sahabat bekas tanzimnya dan rakan-rakan jamaah yang lain seorang demi seorang. Ada yang anak ustaz. Ada yang dari SMAKL. Ada yang dari PAS dan JIM. Ada yang pernah jadi imam di surau. Ada yang jadi bilal. Tapi semua itu tidak berguna kerana itu semua sekadar retorik yang jelek sekiranya mereka tidak menghayati dan menghormati bacaan ayat Allah. Mereka jelas bukan ‘amilin fil Islam. Mereka hanya sekadar memenuhi kuota pengkaderan jamaah. Mereka hanya hipokrit terhadap jamaah. Itulah sedikit sebanyak ilmu yang saya ada untuk menilai perjuangan mereka. Maka, hancurlah jamaah dengan amir yang tidak menghormati Allah. Hancurlah jamaah dengan ahli yang tidak terkesan dengan ayat-ayat Allah. Jamaah yang bergelak ketawa ketika alunan al-Quran dibacakan. Jamaah yang menjerit-jerit ketika ayat Allah dibacakan ibarat keldai yang berciciran. Saya hanya memberi perumpamaan. Jangan pula disaman.
Selepas selesai maghrib, kami bersama-sama dibawa Islamboli ke perpustakaan. Dengan sedikit gementar kerana diluar pintu tersebut tertulis dibenarkan masuk hanya dengan kad matrik dan etika pakaiannya yang tersendiri. Alhamdulillah kami semua berkolar dan slack. Cuma, kad matrik tidak bersama. Namun, kami selamat kerana tidak ada pegawai perpustakaan yang menjaga. Kami terus menuju ke set sofa. Disitu, saya membelek-belek akhbar-akhbar tempatan yang terdapat dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Selepas setengah jam bersembang, azan Isyak dilaungkan. Kami menuju ke bilik surau yang kecil di bahagian blok HEP. Kami bersolat Isyak dan seterusnya meneruskan modul usrah minggu ini dengan dipimpin oleh Sin Chan. Selepas mengulas dan mempelajari beberapa ayat tafsir dan hadis, kami pun mengulas tentang politik dunia dan negara semasa. Tidak ketinggalan, dibincangkan juga masalah umat yang berlaku ketika maghrib tadi. Maka kini, lebih jelas dan terang ceriteranya oleh Islamboli. Islamboli yang merupakan sahabat saya yang amat aktif dalam aktiviti berpersatuan di kolej milik kementerian tersebut dan pelbagai yang lainnya itu, menceritakan satu persatu latar belakang dan situasi yang melanda golongan pelajar yang ada ilmu tentang agama, ada kefahaman tentang fikrah Islamiah, ada usrah, ada senior-senior yang datang berziarah dan bermacam-macam lagi. Rupa-rupanya, itulah dia budak-budak yang pernah berprasangka dan memperkecil Islamboli. Itulah budak-budak berseluar pendek yang datang dari sekolah yang sama dengan Islamboli. Itulah budak HT yang cuba mengkader Islamboli selepas berita pengeluarannya dari tanzim. Itulah budak JIM yang selama ini memperlekehkan demonstrasi kami.
Maka kini saya faham. Perbezaan fikrah mereka itu jelas semuanya tidak ikhlas menganuti fahaman ini. Semuanya hanya sekadar suka-suka untuk hidup dalam keadaan berpuak-puak dan sebagainya. Semuanya hanya suka memperlekehkan perjuangan jalanan dan hanya suka memburuk-burukkan tetapi perjuangan mereka hanya dicebisan keimanan. Konklusi usrah pada malam itu telah menjalur kami untuk berjalan meronda bersama-sama dengan beberapa orang sahabat Islamboli yang boleh dipercayai. Sepanjang perjalanan, saya sempat mencuit-cuit rakan-rakannya. “sekolah mana?” , “pernah ikut usrah?”, jelas, semuanya tidak pernah melalui perjuangan itu. Namun, hatinya adalah lebih suci daripada penghuni dan penganut tanzim serta pelbagai usrah lain. Saya tertarik.
Saya menghala ke Islamboli kenapa tidak meronda dengan tanzim lain sepertimana yang telah diamanahkan kepadanya untuk meronda bersama dengan tanzim lain demi memudahkan mencapai kata sepakat dalam beberapa hal yang lain nanti. Maka jawab Islamboli, mereka tidak tulus dalam berjuang. Malas rasanya hendak mengulas lanjut tentang itu. Kacau pemikiran saya, terlalu banyak masalah yang berlaku dalam kalangan umat di kolejnya ini. Tablighnya, JIMnya, ABIMnya, PASnya, HTnya. Semua sekadar lampu sonata yang mudah menyala tetapi juga mudah terbakar bila kepanasan melanda. Tidak ada guna dan fungsinya. Bagaimana pengkaderan, begitulah hasilnya. Pengkaderan yang dilengkapi dengan pergurauan. Pengkaderan yang dilengkapi dengan ketidaksempurnaan. Mengkader tanpa ilmu. Itulah kesimpulan.
Jam lebih kurang 10 malam. Kelihatan beberapa pasangan di pondok-pondok, taman, astaka dan pelbagai macam. Berpecah kepada dua. Saya menghampiri satu pasangan di astaka bersama dengan beberapa orang sahabat. Dengan lafaz isti’azah dan basmalah, serta penuh dengan budi bicara dan tatasusila, Sin Chan mencuba. Alhamdulillah mereka tidak melawan dan mendengar kata. Mungkin terkejut kerana tidak pernah melihat kami berdua yang amat jauh mimik muka berbanding yang masih muda lagi di kolej matrikulasi ini. Lebih 20-an menegur yang masih belasan tahun. Sudah tentu yang belasan akan mendengar dan berasa gentar. Seronok pula membanteras maksiat ni. Namun begitu, bermain difikiran saya, kemana perginya BADAR atau Biro Agama? Ataupun kumpulan-kumpulan jamaah atau usrah yang selama ini bukan main tajam taringnya. Tabligh? JIM? ABIM? HT? PAS? Kemana semua? Tidur di dorm masing-masing agaknya. Maklumlah hari sudah lewat.
Saya difahamkan oleh Islamboli, biro Agama atau di kolej ini, lebih mesra dipanggil sebagai Biro Kerohanian telah dipegang oleh exco dan timbalan yang datangnya dari sebuah kumpulan usrah. Begitu juga dengan biro Sukan dan Kebudayaan tetapi kemanalah perginya semua exco dan timbalan serta ahli-ahlinya? Kan semua ada kuasa? Boleh mengawal senario-senario lucah dan kurang sihat ini disekitar kolej. Maka jelaslah bahawa mereka tidak pernah meronda. Semuanya sama di kolej ini. Hanya mengajak ahli kepada yang makruf tetapi meninggalkan yang lebih penting iaitu mencegah mungkar. Maka berdosalah mereka yang telah tahu tetapi tidak mahu untuk ambil tahu. Sia-sialah bertudung labuh, sia-sialah berkopiah dan berserban sekiranya mengamalkan dasar yang ditanam oleh agen-agen Mossad di segenap lapisan masyarakat dunia sehingga tumbangnya kumpulan Jihad yang terbesar di India. Maka tumbanglah juga di kolej matrikulasi ini. Jam 12, kami masuk tidur. Beralaskan sejadah dan berbantalkan sejadah, kami melelapkan mata. Sejuk dan nyaman. Suasana didalam hutan. Maka, subuh pun terlaksana pada jam 6 di awal pagi yang masih gelita. 9 pagi selepas sarapan, kami meninggalkan kolej bersama-sama. Islamboli mengiringi sehingga dia berhenti di Nilai. Maka, berakhirlah lawatan kerja kami yang tunggal di kolej yang tidaklah seberapa besar, namun, masalah didalamnya amat signifikan. Diharapkan, umat akan datang ke kolej ini pada 11 mei 2009 ini akan lebih prihatin dan bertanggungjawab. Itulah harapan kami yang hanya boleh dipahat melalui laman web dan hati-hati kami yang amat berharap ini. Bertemu di demonstrasi anti ISA jun ini. wassalam…

PPSMI: Pak Samad dan pejuang bahasa akan hantar memo

Beberapa bulan yang lalu, A.Samad Said isytihar, GMP akan hantar memorandum kepada semua Sultan dan Yang Dipertuan Negeri. Pak Samad memang kental jiwanya dengan bahasa. Begitu juga Prof Hasan. Walaupun dalam usia yang sebegitu, namun perjuangan mereka amat membanggakan rakyat dan umat Melayu. Mereka tidak gentar dengan senjata kimia. Mereka tidak serik dengan bedilan peluru gas pemedih mata yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi dan membahayakan organ terpenting manusia iaitu mata.

Namun, lain pula ceriteranya di tempatku yang indah lagi berseri ini, KMNS. Amat mengerikan apabila aku terdengar bingkisan-bingkisan penghinaan terhadap perjuangan menegakkan bangsa dan bahasa ini. aku terpaksa berbangga dengan Cina dan India yang memuji kekentalan pejuang bahasa ibunda. Akan tetapi, aku amat dukacita dengan sikap anak Melayu yang membabi buta ini.

Begini alkisahnya. Mutakhir ini, memang kerap isu PPSMI dimainkan di dada-dada akhbar. Wartawan yang pembodek kerajaan tak habis-habis memburuk-burukkan para pejuang bahasa ini. maka “murtad”lah mereka sebagai seorang wartawan Melayu sebuah akhbar berbahasa Melayu. GMP dijelik-jelikkan dengan pelbagai cemuhan dan penghinaan. Nescaya, menyumpahlah nenek moyang kita terhadap mereka yang tidak mengendahkan bahasa.

Seorang pelajar, agak cemerlang prestasinya dalam akademik. Tetapi kebangangannya juga tidak dinafikan kerana kesialannya dalam soal PPSMI. Memang dah lama aku kenal dia. Kononnya berumah banglo yang besar di Springhill. Kononnya, asal dari keturunan yang kaya raya. Kononnya asal daripada keturunan yang bijak pandai. Satu lagi, dia juga berasal daripada keturunan UMNO Malaya. UMNO baru yang dipimpin oleh seorang buaya suatu masa dahulu. UMNO yang lama sudah lama berkubur sejak diharamkan oleh pihak mahkamah sebelum Mahathir menubuhkan UMNO baru.

Satu hari di sebuah bilik di asrama. Dia cuba melaga-lagakan hal ini. Tiba-tiba, dia mencemuh. Kononnya, demonstrasi jalanan memperjuangkan bahasa adalah sia-sia. Dia ini juga sibuk memperkecilkan rakannya yang sekelas kerana mempertahankan Pak Samad dan Prof Hasan. Dia langsung tidak melawan dan tidak memberi apa-apa ulasan ketika rakannya itu berhujah di dalam Kelas. Sebaik sahaja sampai ke bilikku, dia menghina caci rakannya yang berbadan sasa dan bersaiz besar itu. Kononnya tiada alasan untuk kita membatalkan PPSMI. PPSMI bagus katanya sedangkan berjuta sudah alasan dikemukakan oleh Pak Samad, Prof Hasan dan pakar-pakar pengkaji yang lain tentang keburukan PPSMI. Maka berdustalah dia sekali lagi.

Hatiku memberontak. Satu demi satu perdebatan. Hujah demi hujah dikeluarkan. Dia tergamam. Tidak memberontak. Mungkin kerana takut akan majoriti yang berada di aras pada masa itu semuanya memperjuangkan hak bahasa Melayu. Maka dia tersenyap kaku. Tanpa sebarang tindak balas.

Ini pula lain kisahnya. Di sebuah kafe yang amat lazat dan berkhasiat makanannya. Aku teruja. Sebaik meletakkan punggung di atas sebuah bangku, sekumpulan remaja yang sama-sama “murtad” bangsa sepertimana bekas ketua pemuda UMNO yang dahulu, cuba mempersoalkan demonstrasi jalanan pada awal mac yang lalu. Dia lupakah aku seorang pencinta bahasa. Seribu satu persoalan menghujaniku. Aku menjawab tanpa cemas. Aku tidak gagap dan cuba bertahan dengan jumlahnya yang enam menghujaniku yang seorang pada masa itu. Suasana kian tegang. Teh tarik di atas meja semuanya menjadi sejuk kerana masa yang lama digunakan sebelum menghirup hirupan pertama.

Dalam kesibukan menjawab segala persoalan yang dipermainkan, akhirnya aku berjaya mematah ketegangan. Mereka tewas. Tanpa was-was. Aku terus memberikan hujjah dengan berlandaskan apa yang ku galas. Bukti segala bukti. Mahasisiwa-mahasiswi sendiri menonjol diri. Maka tergamamlah mereka budak-budak bekas PDT. Kononnya masuk matrikulasi sudah boleh menjadi idola kepada diri sendiri. Maka berwaspadalah. Asap di mulut masih berkepul. Tangan dan kaki masih melayang memukul orang. Hanya suaralah yang menjadi penyelamat sebagai mempertahankan diri. Itulah kononnya pertikaikan pejuang bahasa. Maka aku kategorikan kau sebagai pendusta. Pengkhianat bangsa. Sialan yang ternilai kesialannya, segala pundak kezaliman hanya dibahumu yang hampir patah satu masa dahulu kerana nyaris dibelasah.

Seorang ahli gangster cuba mempertikaikan seorang ahli akademik yang telah diiktiraf oleh SPB YDP Agung. Maka tersilap besarlah. Sungguh, dia bukan orang melayu. Maka berambuslah dari tanah Melayu. Keesokan harinya, dia datang cuba mengakui kesilapannya. Rupa-rupanya senior dia pun tak sokong dia. Semuanya berpihak kepada pejuang bahasa. Maka dia sedikit “frust” dan kecewa. Maka akuilah dia akan kesilapannya. Aku pula? Menang bermaruah dan hujjah semua diterima. Berjaya ke arah bahasa.

SKUAD JIHADMALAYA KE BKT GANTANG.

Baru-baru ini pada 28 Mac 2009, skuad Jihadmalaya bersama-sama dengan rombongan PAS kawasan telah berkunjung ke Bukit Gantang bagi memberi sokongan kepada calon PAS, Dato Seri Ir Mohamad Nizar. Jihadmalaya juga sebenarnya ingin menghayati proses penamaan calon berkenaan dan meninjau suasana hangat Bukit Gantang.

Kami bertolak pada jam 11 malam, 28 mac. Bermula dari Kg Telok Gong, menuju ke susur keluar Kg Nelayan dan seterusnya ke lebuhraya KESAS. Teringat beberapa bulan yang lalu, Islamboli pernah membawa rakan-rakan matrikulasi berdemo dilebuhraya ini. Demo Palestin. Himpunan 100000 rakyat pun pernah juga diadakan disini pada 1999. Arakian, terbayang wajah Allahyarham Al-Fadhil Tn Hj Fadhil Mohd Nor, bekas presiden PAS. Betapa zalimnya FRU dan kerajaan masa itu. Air kimia disimbah, gas pemedih mata ditembak dan belantan dihayun ke khalayak. Alhamdulillah, Ustaz Fadhil hanya terkena air kimia dan gas sahaja. Belantan pula dirasai oleh YB Mohamad Sabu sehingga sikat yang diletak di poket belakang seluarnya patah dua.

Bila bercerita tentang kisah YB Mohamad dibelasah dengan belantan, teringat pula satu lagi kisah ketika satu demonstrasi tetapi saya terlupa demonstrasi apa masa tu. Seorang hamba Allah yang bernama Bakar Haq telah menghadang belantan polis dengan belakang badannya daripada terkena YB Mohamad. Maka amat peritlah pukulan belantan yang padu itu. Itulah yang saya amat kagum dengan semangat orang Syiah seperti Bakar Haq. Amat handal dan hebat.

Berbalik kepada Bukit Gantang, ketika mengamati perjalanan yang indah itu, rombongan kami dipenuhi dengan amal nisa, veteran, pemuda dan penyokong muda. Penyokong-penyokong muda ini baru sahaja ditarik masuk ke dalam Pas hasil usaha yang berbahagia bekas ketua pemuda PAS kawasan. Proses pentarbiahan mereka juga baru memasuki aras 1. Namun, mereka harus dijinak-jinakkan dengan suasana sebegini agar mereka dapat melalui proses tarbiah ini dengan pantas dan berkesan. Skuad jihadmalaya tiba di salah sebuah PASTI di kawasan Bukit Gantang pada jam 3 pagi. Kemudian, skuad pun berkampung di PASTI tersebut dan melakukan apa yang patut seperti penyediaan bendera, memasak untuk sarapan jamaah dan penyusunan risalah. Risalah yang amat saya tertarik pada masa itu ialah risalah mengenai pelantikan menteri besar. Rupa-rupanya raja tiada hak untuk memecat menteri besar. Raja hanya ada hak untuk melantik dan hak untuk memecat hanya boleh dilakukan oleh sidang dewan melalui proses undi tidak percaya terhadap menteri besar. Ini tercatat dalam undang-undang. Maka benarlah Karpal Singh dalam hal ini.

Pada jam 4.30 pagi, 29 mac. Sarapan telah disiapkan. Mihun goreng, air kopi dan teh yang masih panas. Semua menikmati juadah kecuali beberapa orang yang amat sibuk berhubung dengan orang ini dan itu bagi memastikan perjalanan kami ke pusat berkumpul tidak terganggu. Maka gemparlah dengan satu panggilan. Seorang petugas memberitahu bahawa kami perlu bertolak sebelum subuh kerana pihak polis akan menutup jalan ke tempat pihak pembangkang berkumpul. Maka kami pun bertolak tepat jam 5 pagi tanpa mandi dan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Jam 5.35 kami tiba di sebuah masjid. Amat sesak dan penuh dengan jemaah yang sudah tentu daripada penyokong-penyokong PAS. Orang BN tak solat subuh rasanya. Maka kami terpaksa bergerak lebih ke hadapan. Sebuah lagi masjid yang juga sesak. Alhamdulillah di masjid yang ketiga yang juga sesak, kami ditakdirkan berhenti disini. Bayangkanlah kesesakannya sehingga menyebabkan solat subuh terpaksa diadakan 2 kali selepas imam yang pertama tamat memberi salam. Namun sudah jodoh, rupa-rupanya YB presiden PAS, YB Nizar dan kebanyakan pemimpin PAS pun bersolat di masjid ini. Adalah hikmahnya kenapa kami ditakdirkan bersolat di masjid ini.

Amat membanggakan saya ialah, imam yang mengimamkan solat subuh tersebut tidak membaca doa qunut subuh biasa tetapi beliau membaca qunut nazilah. Beremang bulu roma para jemaah yang terbakar darah perjuangannya. Imam melaungkan takbir sebaik sahaja selesai doa. Ini jelas menunjukkan bahawa, imam masjid itu sendiri menyokong perjuangan PAS. Itu imam masjid yang banyak ilmu agamanya. Maka amat hairanlah kiranya orang biasa tidak mahu menyokong YB Nizar yang disukai oleh para ulama’. Jam 6.30 pagi. Kami bersiap di tepi bas kami dengan mengeluarkan segala perkakas. Batang bendera, kain bendera, kain rentang, tali dan sebagainya. Kami memasang kain rentang dan mempersiap bendera untuk diedar kepada khalayak. Sudah tentulah bendera PAS, panji Islam. Kami tak mahu bawa bendera PKR dan DAP kerana itu semua bukan panji Islam tetapi hanya sekadar lambang keadilan rakyat yang sejahtera.

7.20 kami diarah untuk bergerak menuju ke pusat berkumpul penamaan calon iaitu di Padang RISDA. Maka kami menjadi baris hadapan. Pelbagai slogan dan laungan mengiringi kami. Sebelum berarak, kami berkumpul dihadapan masjid yang terdapat dihadapannya taman perumahan. Rumah corner lot itu terdapat satu tokong mini. Maka sudah tentulah dimiliki seorang yang bukan Islam tetapi, amat mengejutkan apabila tuan rumah tersebut sudah tunggu diluar rumahnya seawal jam 5 pagi, membuka lampu dan segala pintu rumahnya untuk digunakan oleh para pejuang PAS. Maka dia seorang kafir yang perlu dibela. Kami dipersilakan kerumahnya untuk menggunakan tandas atau mengambil wudhu kerana tandas masjid dipenuhi lautan manusia. Sepanjang kami berarak, golongan bukan Islam dan Islam turut sama melambai dan memberi semangat kepada kami dari premis masing-masing. Antaranya kami melewati sebuah restoran cina. Pemiliknya melambai mesra dan menunjukkan simbol tangan ‘bagus’ kepada peserta perarakan daripada pihak PAS. Maka bersoraklah para pemuda.

Separuh jalan lagi sebelum tiba di Padang RISDA, perarakan kami melewati hotel tempat penginapan pimpinan tertinggi UMNO termasuk YB Tan Sri Muhyidin Yasin yang baru sahaja memenangi kerusi timbalan presiden UMNO pada perhimpunan agung UMNO yang lalu. Tiba-tiba sahaja dengan kuasa ALLAH, maka keluarlah muka-muka penyangak ini yang disertai dengan puluhan ‘bodyguard’. maka semua penyokong Pakatan Rakyat ini bersorak mem”boo” pimpinan UMNO ini. turut bersama Tan Sri ialah seorang lagi Menteri di JPM yang terkenal dengan sikap anti Islamnya itu. Bodyguard mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kami jauh lebih ramai. Kain bendera dilayangkan dihadapan mukanya dan laungan “rasuah” bergema. Sebaik sahaja rakyat melaungkan “rasuah”, pimpinan UMNO ini lari lintang pukang dengan diiringi para pengawalnya.
Perarakan diteruskan dengan diiringi laungan takbir dan slogan anti BN. Maka kami pun tiba di lokasi penamaan calon. Beberapa ketika kemudian, YB Presiden dan calon serta beberapa orang lagi pimpinan tiba dan terus ke baris hadapan untuk memasuki tempat penamaan calon. Pihak polis telah pun bersiap sedia dengan meletakkan penghadang besi merah bagi menghalang kemaraan para penyokong PAS yang amat ramai dan melaut itu. Maka penghadang besi itu pun terpele’ot dek kemaraan para penyokong. Maka hancurlah penghadang yang besi itu dan pihak polis melawan kami dengan perisai. Sedikit kekecohan berlaku. Penyokong PR semakin marah kerana pihak polis bersikap tidak adil kerana membenarkan penyokong BN melepasi garis maksimum tersebut. Lebih mengecewakan ialah, masalah ini berulang 2 kali. Tambahan pula, pemuda-pemuda BN melontar objek sesuka hati terhadap penyokong PR sedangkan polis berada di depan mata. Dimana kredibiliti pihak polis? Tiada jantan! Tiada maruah!

Sepanjang menunggu tempoh keputusan penerimaan penamaan calon, penyokong PR yang beragama Islam terus berzikir dan slogan serta laungan “rasuah”, “hancur BN”, “Allahuakbar” dan pelbagai lagi dapat didengari. Maka pada jam 11, keputusan penerimaan pencalonan daripada ketiga-tiga penjuru iaitu PAS, BN dan BEBAS diumumkan. Penyokong PAS bertakbir sebaik sahaja diumum nama Nizar. Kemudiannya setelah tamat, Nizar memberikan ceramah pertamanya selepas tempoh berkempen berkuatkuasa. Di atas sebuah lori, di hadapan padang RISDA.

anwar = mahathir

Macam pelik sahaja apabila melihat tindak tanduk Anwar Ibrahim lewat kebelakangan ini. isu PPSMI yang diluap-luapkan oleh Anwar seakan-akan dia amat cinta kepada bahasa ibundanya. Mari kita imbas kembali melalui monolog dalaman pada masa Anwar menjadi menteri dahulu.

Jika tak salah saya, pada masa dahulu, semasa Anwar dalam BN, Anwar pernah dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Masa tu, tulisan Jawi masih popular dan berkesan di negara kita. Namun, secara tiba-tiba sahaja, tulisan Jawi Diangkat oleh Anwar tetapi bukan dijulang setelah diangkat malah dicampak ke dalam tong sampah setelah diangkat. Anwar rupa-rupanya yang berperanan dalam memansuhkan tulisan Jawi di Malaysia sehingga menyebabkan pelajar-pelajar menjadi lemah dalam subjek-subjek agama. Mahathir pula pada masa itu hanya mengiyakan Anwar.

Pada sekitar tahun 2002, Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu, mengarahkan semua sekolah di Malaysia mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mungkin masa tu dia terlalu jatuh cinta dengan Mat Saleh hinggakan dia nak semua anak Malaysia belajar sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Beberapa ketika selepas itu, kedengaran suara-suara daripada Rakyat jelata dan pemimpin pembangkang mengenai ketidakpuasan hati mereka terhadap isu ini. saya pun tidak setuju teramat dengan tindakan mahathir yang menggila babi ini.

Namun demikian, ada sedikit perkara yang membuatkan saya berasa geli hati. Kejahatan Mahathir memansuhkan pengajaran bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik adalah sama dengan kejahatan Anwar dalam memansuhkan tulisan Jawi tetapi Anwar seolah-olah amat cinta kepada Bahasa Melayu setelah memansuhkan tulisan Jawi. Hmm…anda fikirlah sendiri…

SULTAN, KAMI MOHON TUANKU DENGAR SUARA KAMI!

Pada 14 mei, sebuah akhbar terkemuka tempatan(Sinar) yang cukup mendapat tempat di hati rakyat telah membuat satu kutipan suara melalui SMS. Soalan yang ditujukan bermaksud berikut: adakah anda setuju sekiranya pilihanraya diadakan semula di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak? Jawapannya amat mengejutkan apabila kesemua responden memberi jawapan setuju dengan kadar peratusan 100%.

Apakah hal ini tidak diketahui oleh pihak kerajaan Malaysia dan pihak Istana Perak? Maka itu, kami rayu kepada Sultan bagi Negeri Perak agar tolonglah mendengar rintihan kami rakyat Perak yang senantiasa patuh dan memberi taat setia kepada Duli Tuanku. Rakyat Perak bukannya mahu menyebelahi Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional tetapi mahu suara kami dan kuasa kami didengar semula oleh pemerintah. Maka itu, sekali lagi kami rakyat jelata menegaskan bahawa, KAMI MAHU PILIHANRAYA SEMULA!!!ampun tuanku beribu ampun patik harap diampun.

KEMENTERIAN YANG PALING ZALIM!!!

Bukanlah sekadar gimik atau tarikan semata-mata tetapi inilah hakikat yang terpaksa dihadapi oleh golongan guru yang sentiasa setia mencurah bakti kepada anak didiknya tanpa mengira bangsa dan agama. Sudah lama dipendamkan rasa tidak puas hati ini. Namun, atas dasar cuak, takut dan pelbagai rasa lagi, telah menanamkan perasaan ini untuk sekian lama hinggalah pada hari ini terpaksa juga dibuakkan.

Kami golongan guru yang baru mengikat perjanjian dengan Pihak Kementerian pelajaran Malaysia telah diperlakukan dengan sebegitu zalim sekali. Ada daripada kami yang sehingga kini terpaksa merana dek tidak layak memohon pinjaman bank kerana nama sudah disenaraihitamkan. Ini semua adalah kerana gara-gara pihak kementerian yang sengaja melewat-lewat pembayaran gaji kami sehingga mencecah 3 bulan berturut-turut. Jelas terdapat korupsi dan penyelewengan disitu. Kami memohon pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya segera menyiasat penyelewengan ini.

Daripada bulan pertama kami berkhidmat, kami tidak pernah menerima sebarang bayaran daripada pihak kementerian hanya kerana kami semua adalah guru-guru baru yang masih “mentah” kononnya. Dimanakah kredibiliti seorang pemimpin di kementerian pelajaran? Bayangkanlah sekiranya seorang menteri tidak menerima elaun dan gajinya selama 3 bulan berturut-turut. Sudah tentu bagai cacing kepanasan. Siapa yang hendak membayar hutang rumah, kereta dan lain-lain keperluan?
Justeru, kami merayu teramat sangat kepada pihak kementerian agar kasihanilah kami yang baru sahaja ingin memulakan kerjaya pertama kami ini. kami perlu menyara keluarga. Kami bukan datang daripada keluarga yang kaya raya tetapi kami datang daripada golongan yang miskin dan papa. Dengarilah rintihan kami ini. pihak media juga diharapkan dapat mengenengahkan isu ini kepada khalayak khususnya pihak kerajaan yang amat prihatin itu. Sekian.

30 rabiulakhir 1430H.
2.54am.(Malaysian time)
Nilai, desa kolej.

RINTIHAN SEORANG GURU

PPSMI: Rintihan seorang guru..
Guru Ditindas PPSMI

Begitu tersentuh apabila Dinsman mengutarakan artikelnya yang bertajuk "Menunggu guru bersama budayawan bantah PPSMI". Aku bukanlah seorang guru bahasa yang boleh mengetik susunan dan laras bahasa yang sesuai.
Aku hanya guru biasa yang berada jauh di ceruk mata masyarakat. Memang aku, mewakili sebahagian guru yang hanya mampu menahan amarah, bila mana kelihatan "bacul" menunggu orang lain melontarkan masalah kami untuk diselesaikan.
Mengapa "bacul" lebih sesuai untuk kami. Secara praktikalnya, kami guru-guru Malaysia telah lama dan mungkin akan selama-lamanya dimomokkan oleh penguasa yang sedia ada. Macam-macam ancaman dan pekeliling telah membelenggu kami.
Tidak cukup dibelenggu dengan segala macam momokan, bebanan tugas dari masa kesemasa disuap sehingga tersengkak tak terkuasa untuk digalas. Bagaikan guru ini adalah "super power" yang boleh menyelesaikan kesemua permasalan dunia ini. Masyarakat tidak mempunyai nilai, lalu matapelajaran Sivik dan Kenegaraan diperkenalkan.
Bila kuantiti moral masyarakat merudum maka ada ura-ura untuk mewajibkan semua pelajar mempelajari Pendidikan Moral. Apabila berlaku kes penculikan kanak-kanak maka akan diperkenalkan pula sistem pembelajaran sehingga jam empat petang.
Guru-guru terseksaTidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini membawa buku-buku anak murid untuk diperiksa di rumah. Tidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini balik ke rumah pada jam dua petang dan kembali semula ke sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum, tuisyen dalaman yang tidak berbayar, menceriakan sekolah, membuat laporan itu dan ini untuk pentadbiran dan jabatan, menjaga pelajar selama 24 jam sebagai warden yang melayan kerenah 300 ke 500 pelajar (ibu bapa sendiri pun tak bersama 24 jam),dan macam-macam kerja lagi yang kalau diperincikan maka akan terpacul masyarakat berkata kami ini terlalu berkira.
Sudah menjadi satu macam sumpahan kepada kami, bahawa penguasa bila-bila masa boleh mencabut rezeki kami. Takut benar kami bila mendengar Ulu Tembeling, Lembah Danum dan segala macam tempat yang tidak pernah terlintas dalam pendengaran kami. Kami telah begitu lama diancam sebegini.
Pantang mendengar sedikit sahaja berita bahawa kami tidak sesekutu dengan pentadbiran maka macam-macamlah di buatnya. Pentadbir yang dilantik untuk menjilat ludah penguasa, menjadi mata dan telinga walau penjilat-penjilat ini pekak dan buta, dengan rakus menunggu masa untuk menghukum sesiapa sahaja.
Surat tunjuk sebab, dipindahkan 24 jam, diburu seperti pesalah, sehinggakan sudah mengandung lapan bulan pun gambar diambil kerana duduk semasa mengajar dan dipaparkan dalam mesyuarat atau perkembangan staf. Bertambah teruk lagi kesalahan tersebut diulang tayang walaupun anak yang dikandung telah berusia dua tahun. Hendak bersuara secara lantang pun kami terpaksa berfikir- fikir.

Hubungan masyarakat pun kian meruncing!Sudahlah di sekolah begitu, berada dalam masyarakat pun apa kurangnya, pantang kita duduk bermuzakarah isu semasa yang menjentik batang hidung penguasa, maka berdedailah maklumat sampai ke sekolah, jabatan dan malahan ke kementerian. Mengatakan diri kami ini tidak sedar diuntung.
Sudah diberi gaji mahu memberontak pula. Mengharapkan kesatuan-kesatuan guru mereka samalah seperti kami, terpaksa berteluku lutut di bawah telunjuk penguasa, cakap lebih-lebih nanti tindakan akan menjelma.
Kami bukan macam doktor, yang boleh meletak jawatan kerana diarahkan ke kawasan pendalaman, lalu dipujuk semula dengan macam-macam insentif. Itu belum dikira para doktor yang membuat locum (bayaran puluhan hingga ratusan ringgit sejam) dan memiliki klinik persendirian.
"Kalau Makcik nak sihat lagi bolehlah datang ke klinik nie ye makcik". Lalu menghulurkan sekeping kad nama. Terpukul betul bila mendengar kata-kata tersebut. Kami guru-guru, nak buat tuisyen kat rumah dengan untung RM20 untuk satu sesi pun dihalang bagai nak rak. Yang dengki sangat pada kami ni apasal?
Akhirnya kami memencilkan diri sehingga kami boleh diinjak-injak tanpa rasa hormat. Menjadi "bacul" bertaraf professional. Bagi kami, yang seperti sudah putus harap ini, biarlah orang lain melaungkan perasaan kami ini. Laungkanlah supaya si pemimpin tua itu dengar akan keperitan masyarakat.
Kalaulah penguasa itu hendak meneruskan PPSMI biarkan dia, kami tetap akan mengajar dalam Bahasa Melayu. Kami berlapang dada menjemput penguasa itu datang mencemar duli untuk datang ke sekolah pinggir bandar dan lihat sendiri kebanggaan yang diwar-warkan peratusan Lulus Peperiksaan Awam bagi matematik dan sains meningkat.
Guru-guru dah lama lawan PPSMISebenarnya kami sudah lama menentang PPSMI semenjak awal lagi, tapi dengan cara kami. Terima kasih kepada GMP dan seluruh rakyat yang masih mengasihani nasib anak-anak bangsa kita.
GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia, Berikrar & berjanji, Membimbing & mendidik, Putera puteri negara kita,
Pada Seri Paduka, Kami tumpahkan setia, Rukun Negara kita, Panduan hidup kami semua,
Di bidang pembangunan, Kami tetap bersama, Membantu, membina, Negara yang tercinta,
Amanah yang diberi, Kami tak persiakan, Apa yang kami janji, Tunai tetap kami tunaikan.
Kepada Duli Tuanku, Kami dari dulu lama lagi, telah berjanji akan sentiasa setia kepada Tuanku. Dengarlah rintihan kami.

SETAHUN SUDAH MASA KITA BERLALU DI MATRIKULASI

Setahun sudah berlalu masa kita di matrikulasi. Banyak sudah pengalaman dan ilmu yang berjaya digarap dan didakap. Macam-macam senario dan situasi yang sudah kita lihat. Daripada yang kecil hingga yang besar. Daripada yang berserban hingga yang berbogel. Memang lucu dan kadang kala lucah. Bukanlah setakat suka-suka saya memaparkan blog yang serba ringkas ini tetapi yang utamanya adalah kerana ingin menggarap memoir luka dan duka, suka dan gembira sepanjang hidup didalam “penjara” matrikulasi. “Penjara” yang didalamnya ada pelbagai. Tidak terseksa fizikal. Cuma tekanan, dugaan, onar, duri, dan soalan-soalan yang memecah kaca kepala.

Ini semua sudah menjadi rutin dan lali dalam kalangan pelajar matrikulasi sama ada dari KPM ataupun USIM, UM dan UIA. Semua matrikulasi adalah sama. Memang semacam satu persamaan walaupun berlainan subjek dan matapelajaran. Pengalaman ini bukanlah satu cerapan rambang ataupun satu garapan idea halusinasi. Bahkan pengalaman ini merupakan satu galakan idea yang mendatang bagi membina sekali lagi inspirasi aspirasi buat teman-teman yang bakal bergelar mahasiswa matrikulasi.

Aku bukanlah graduan yang telah bertahun lama tinggal di matrikulasi memandangkan matrikulasi hanya 1 atau 2 tahun. Maka, beruntunglah sesiapa yang berjaya menamatkan hanya setahun. Cepat dapat ijazah sarjana muda. Boleh segera tanggung ibu dan ayah serta keluarga bila dah dapat kerja.

Matrikulasi merupakan asas kepada universiti. Sedikit sebanyak siswa siswi matrikulasi diajar bagaimana pergerakan dan perjalanan semasa di universiti. Kadang kala ribuan ringgit diberi untuk menggerakkan program-program dan majlis-majlis walaupun ada diskriminasi untuk program-program agama di matrikulasi bukan Islami.

Seawal waktu berada buat kali pertama di matrikulasi, saya tidak pernah menjangkakan bahawa begitu banyak senario berbeza antara sekolah dan matrikulasi. Tiba-tiba, saya dilantik sebagai ahli jawatankuasa perwakilan pelajar sementara. Tugas pertama sebagai JPPs ialah menguruskan kemasukan pelajar baru pengambilan kedua. Memang satu pengalaman yang sukar tapi gembira. Biasanya di sekolah, guru memantau setiap masa dan bekerja bersama tetapi matrikulasi jelas tidak. Kadang kala bila difikirkan, ada seronoknya bekerja tanpa guru. Kadang kala pula bila difikirkan, susah dan payah sekiranya tiada bimbingan daripada seorang guru. Maka pergerakan dan gerak kerja kami untuk program pertama yang kami jalankan itu berlarutan hingga lewat malam. Bukan untuk sehari tetapi untuk berminggu-minggu sehingga tamat programnya.

Hati masing-masing mula resah. Pelbagai keluhan dapat disua. Kelas pun dah tidak tentu arah. Bangun lewat kerana malam tidur lambat. Di bilik gerak kerja sehingga malam yang sepertiga. Sahabat-sahabat yang di surau bermunajat pada Yang Maha Esa tetapi kami pula sibuk menyiapkan segala persiapan untuk kemasukan kedua. Hati gundah gelana. Namun, bila difikir sejenak, siapa lagi yang akan memikul amanah ini jika bukan aku yang dilantik menjadi pemimpin? Hati kembali tenang. Melupakan segala imbas-imbas lama yang menimbulkan pelbagai prasangka.

Itulah antara cerapan minda yang dapat saya simpulkan hasil daripada bancian perasaan dan monolog dalaman rakan-rakan sejawat semasa bersama-sama memimpin pelajar buat tempoh sementara. Itu perkara biasa. Adat istiadat buat semua pelajar yang baru sahaja nak bermula sebagai seorang mahasiswa matrikulasi. Datang niat hendak belajar semata-mata bagi menebus kesilapan lama semasa di sekolah hingga gagal mencapai kecemerlangan yang diidam-idamkan. Ingin menolak semua jawatan dan tugas selain daripada akademik setelah berdaftar sebagai siswa siswi matrikulasi. Kononnya, masa di matrikulasi amat padat dan singkat. Tiada masa untuk memimpin ummah. Tiada masa untuk luang masa berjamaah. Tiada masa untuk aktiviti-aktiviti dakwah. Jelas semua ini terpesong daripada akidah islami yang sebenar-benarnya. Namun, inilah hakikat dan realitinya di matrikulasi. Yang bertudung labuh di sekolah menengah dahulu belum tentu dapat mengekalkannya setelah di matrikulasi. Yang berkopiah senantiasa semasa sekolah dahulu belum tentu dapat mengekalkannya di matrikulasi. Pelbagai onar dan duri perlu ditempuh. Nafsu yang membuak untuk hidup bebas daripada kekangan ini semua melonjak-lonjak bak menunggu cetusan gunung berapi yang bakal membuakkan kepanasan yang mencecah ribuan darjah celciusnya.

Bukan kerana faktor senior atau usia. Bukan juga kerana faktor saya ingin menunjuk kepakaran dan pengalaman yang begitu menyerlah tetapi hanya kerana satu punca. Satu faktor. Satu sebab. Ini semua hanya kerana saya ingin melihat pelapis pemimpin negara dan jamaah pada masa yang akan datang. Jangan kita biarkan golongan sekular memimpin kita. Jangan kita biarkan golongan yang brutal memimpin kita. Jangan kita biarkan golongan yang liberal dari agama memimpin kita tetapi biarkanlah diri kita yang terdidik dengan asas-asas islami dan jamaei ini untuk memimpin generasi sebaya dan seusia. Biarkan diri kita yang terasuh dengan adunan ilmu agama dan akademik memimpin rakan-rakan yang masih buta.

Abaikan segala celaan dan hina. Itulah hakikat perjuangan. Fathi Yakan, Mustafa Masyhur dan ramai lagi sudah acap kali menyentuh hal ini. jika nak bawa Islam, kena bersedia dengan pelbagai cemuhan dan penghinaan oleh golongan-golongan jahil dan lagho. Golongan yang masih keras dasar nasionalisme dan sekularismenya. Maka itu adik-adikku, jangan terlalu awal kalian mengaku kalah kerana saya juga pernah merasainya. Betapa pedih dan pahit. Masalah hati yang bertimbun. Masalah persepsi masyarakat terhadap kita dan pelbagai lagi.

Maka, saya menyeru kepada adik-adik yang bakal menjadi siswa siswi matrikulasi. Jangan undur diri tetapi derapkan langkah adik-adik bersama. Bergerak dalam satu jemaah dan buktikan pimpinan itu datang dari Islam Yang Esa. Tiada yang terbaharu dan tiada yang terlama tetapi yang ada hanyalah yang sentiasa wujud.

REALLY???!!!

It should be of interest to know that a few decades ago, a group of Sunni and Shia scholars formed a center at al-Azhar by the name of "Dar al-Taqreeb al-Madhahib al-Islamiyyah" which translates into "Center for bringing together the various Islamic schools of thought". The aim of the effort, as the name of the center indicates, was to bridge the gap between the various schools of thought, and bring about a mutual respect, understanding and appreciation of each school's contributions to the development of Islamic Jurisprudence, among the scholars of the different schools, so that they may in turn guide their followers toward the ultimate goal of unity, and of clinging to one rope, as the well-known Quranic verse, "Hold fast to the Rope of Allah and do not diverge" clearly demands of Muslims.

So, let’s we unite together to built a new era, which continuity from the prophet to stand Islamic rules over the entire world…

30 rabiulakhir 1430H.
2.20am (Malaysian time)
Nilai, desa kolej.

FATWA ABOUT MAZHAB!!!

Lately, in this modern century, the word of “madzhab” is always being heard. It is likely a kind of crime when someone talks insultingly about mazhab. Even though the people who insulting the mazhab do not have any knowledge on that thing, but they are more likely to be a hero to defense of his own mazhab and sincerely and bravely heathen the others. What such a wonderful hero they are?

Nowadays, the issue on mazhab repeated. In the late of 1950’s, the mazhab issue has been concluded by the greatest Sunni scholar, Sheikh Mahmood Shaltoot. He was the founder and the head of Al-Azhar University in Egypt. As we know, in Islam, there are only 2 major mazhabs and each mazhab has its own branches. However, for the unknowledgeable individuals, they will tell us that mazhab has 3 major sects. Caution with such this man! An agent from Mossad.

Sheikh Mahmood Shaltoot, the renowned Sunni Scholar, has made a shock to the pseudo-scholars of Sunni who on that time strive and struggle to divide and split between the Sunni and Shia. However, in 1959, Al-Fadhil Sohibus somahah, Syeikh Mahmood Shaltoot had released a statement or fatwa that stated that Shia Imamiyyah or also known as Shia Jaafariyyah was not lost from Islam and was classified as one of the Muslims sect. it is the same as other Sunna mazhabs such as Hanafi, Maliki and Syafie.

In addition, there were big similarities on the thought between Shia Imamiyyah and Syafie. It is not only on the major thing in ibadah and life as a Muslim, but it is also on the simplest thing such as the position of head when we recline towards the qiblah. The other certified mazhabs in Sunni such Maliki and Hanbali stated that head must be directed towards the qiblah while syia Imamiyyah and sunni Syafie stated that leg must be directed toward the qiblah. Masyaallah…what such a wonderful of this unity…

However, the Sunni nowadays, do not obey on their own scholars. Not a “kampong” or pseudo scholars, but the scholars I mean, were from the centre of Islamic knowledge, from the land of prophets, from the land of sahabah. Sheikh Mahmood Shaltoot, Syeikh Yusuf Qardhawi and even from Malaysia, Tuan Guru Haji Hadi have stated that the Shia Imamiyyah was still classified as Muslim. They do not digress from the Islamic rules. They do not digress from the thought of Muhammad.

Sadly, even though the fatwa has been released, the statement and explanation have been made, by the renowned and famous Muslim scholars, they (the fanatic people) still want to argue on this simplest thing. Along my way to meet the Muslims from Shia Imamiyyah, along my life knowing them, and along my experience study and make research on Shia Imamiyyah, they never defame and abusing Sunna. Even, they pray on Sunna Muslims to unite with them under a same flag. That is, flag of Islam and kalimatu tauhid “LAILAHA ILLA ALLAH”…

It is undeniable that there are big efforts to divide and split us. MOSSAD and CIA. They would never give up destroying and dividing the Muslims. They create a story, and try to make us misunderstanding about our own religion. This was proven by the declaration of the Jews Assembly which has been published in a book. Notwithstanding, some Muslims from Sunna and Shia themselves do not realize on this thing.

Lets we look on my situation and condition in my college. I have been there since last year in 2008. In May 2008, I started my research on mazhab in KMNS. Since there are so many Muslims there, I think the research is brilliant and marvelous. I started to make a close relationship with some other friends who I thought can be considered to a discussion about their understanding on mazhab and jamaatul Islami. Unfortunately, the responds are really disheartened. Someone who I look wearing a serban, juba and so on, but have a lack knowledge on mazhab and always look other mazhab negatively without based on any knowledge on mazhab rules.

The prophet Muhammad said in a hadis which from my understanding on this hadis is, someone who do not know about something but pretending that he know about it, was hated by Allah.

So, I categorized such these people as so. Even though so, I tried to manage on this issue but it is totally ineffective. This is because their rudeness and egoism to know this issue. Therefore, I’ve lost my respect on them and they are totally had to be disinfected.

Below are the fatwa released by the well-known Muslim scholar, Al-Fadhil Al-ustaz Syeikh Mahmood Shaltoot, the head of Al-Azhar University, the famous and renowned Sunna scholar who was respected by Syeikh Yusuf Qardhawi and other pure scholars from Sunna. Read it and repeat it if you still can’t catch up on this thing because it is about the life of Islam. The unity for the sake of our religion. The successfulness to raise our dignities. Let’s unite my brothers and sisters…!!!
Head Office of al-Azhar University:
IN THE NAME OF ALLAH, THE BENEFICENT, THE MERCIFUL
Text of the Verdict (Fatwa) Issued by His Excellency
Shaikh al-Akbar Mahmood Shaltoot,
Head of the al-Azhar University,
On Permissibility of Following "al-Shia al-Imamiyyah"
School of Thought

His Excellency was asked:

Some believe that, for a Muslim to have religiously correct worship and dealing, it is necessary to follow one of the four known schools of thought, whereas, "al-Shia al-Imamiyyah" school of thought is not one of them nor "al-Shia al-Zaidiyyah." Does your Excellency agree with this opinion, and prohibit following "al-Shia al-Imamiyyah al-Ithna Ashariyyah" school of thought, for example?

His Excellency replied:

1) Islam does not require a Muslim to follow a particular Mazhab (school of thought). Rather, we say: every Muslim has the right to follow one of the schools of thought which has been correctly narrated and its verdicts have been compiled in its books. And, everyone who is following such Mazhab [schools of thought] can transfer to another school, and there shall be no crime on him for doing so.

2) The mazhab of Syiah Ja'fariah, which is also known as "al-Shia al- Imamiyyah al-Ithna Ashariyyah" (i.e., The Twelver Imami Shi'ites) is a school of thought that is religiously correct to follow in worship as are other Sunni mazhabs.
Muslims must know this, and ought to refrain from unjust prejudice to any particular school of thought, since the religion of Allah and His Divine Law (Shari'ah) was never restricted to a particular school of thought. Their jurists (Mujtahidoon) are accepted by Almighty Allah, and it is permissible to the "non-Mujtahid" to follow them and to accord with their teaching whether in worship (Ibadaat) or transactions (Mu'amilaat).

Signed,
Mahmood Shaltoot.


The above Fatwa was announced on July 6, 1959 from the Head of al-Azhar University, and was subsequently published in many publications in the Middle East which include, but are not limited to:
1. al-Sha'ab newspaper (Egypt), issue of July 7, 1959.
2. al-Kifah newspaper (Lebanon), issue of July 8, 1959.
The above segment can also be found in the book "Inquiries about Islam", by Muhammad Jawad Chirri, Director of the Islamic Center of America, 1986 Detroit, Michigan. Jawad Chirri was a well known Sunni scholar in America.

Let’s unite my bro and sis!!! Put aside the assobiyyah in mazhab!!! Takbir!!!

Small research project on mazhab, done by;
KHALID IBN MOHD ISMATH @ khalid ISLAMBOLI
Nilai putra, Malaysia.

Study & research was started on 13 muharam 1428 – 28 rabiulakhir 1430.


Reference: -statements and verdicts by Sheikh Mahmood Shaltoot
(Head of Al-Azhar University in 1950’s)
-verdicts and speeches by Yusuf Qardhawi
-statements and verdicts from Dr Mohd Shahid Athar(USA)
-speeches and books written by al-Fadhil Hj Abd Hadi
Awang(Malaysia)
-Bakar Haq al Hajj.(blogger penarikbeca.blogspot.com)