9/23/09

komen pembaca..ana jawab

komentar pembaca;


"salam,... saya amat mengagumi tuan berdasarkan hujjah yang disampaikan.. amat mendalam dan terperinci..cume saya dapat mengesan sedikit kelompangan di dalam artikel tuan di atas,.. saya ingin memberi sedikit komen.. harap di ambil perhatian, kita sedia maklum bahawa setiap manusia di cipltakan berbeza-beza rupa, watak dan perwatakan. begitu juga dengan pendapat mengenai sesuatu isu... jika kita berada di suatu pihak @ lebih lagi sebagai penyokong kuat, tentu sahaja kita akan mempertahankan jemaah kita kan.. saya nampak tuan pun begitu juga... tidak ada manusia yang betul2 sempurna dari sagla hal;.. jika buat silap, lebih elok di tegur lebih2 lagi secara berhadapan. itu menunjukkan kebenaran dan keberanian kita.. tapi jika hanyatahu mengkritik tanpa idea yang bernas untuk di sampaikan bukakah itu seperti "pandai cakap tapi tak pandai buat kerja".. adakah ayatullah ali khameini saja yang berkaliber pada pandangan kamu.. jangan menolak pandangan yang benar sekalipun mereka adakah musuh kamu jika mereka tidak berniat jahat.. pasal tabligh, saya rasa jemaah mereka tidak sesat selagimane mereka masih berpandu pada Al-Quran dan hadith2, cume ada kekurangan beberapa perkara dalam jemaah mereka... bersambung di lain mase,..."

2009 Ogos 29 02:02


jawapan saya:


tidak dinafikan bahawa manusia itu diciptakan berbeda-beda. namun begitu, khilaf dalam bidang fiqh siasah tidak dapat wujud. adapun khilaf adalah dalam bidang fiqh ibadah dan lainnya. dalam buku Syeikh Mustafa Masyhur, seorang ulama' IKHWAN, beliau mengatakan bahawa, perjuangan bersifat juz'iyyah adalah dilarang. antara contoh perjuangan juz'iyyah di negaranya Mesir ialah Tabligh dan tarikt-tarikat. Hal ini juga adalah berulang kali disebut dan diingatkan oleh Majlis Gerakan Islam Sedunia.

untuk pengetahuan tuan, setiap tahun, kita ade sekurang-kurangnya 2 kali Ijtimak Gerakan Islam. Saya ulang, Ijtamak Gerakan Islam dan bukannya Ijtimak Tabligh. Mengapa perlu tabligh muncul dengan ijtimaknya sendiri setelah adanya ijtimak gerakan islam sedunia? maka hal inilah yang sering diberi peringatan terhadap umat Islam bahawa, wujudnya gerakan-gerakan yang cuba menjadikan kesatuan gerakan Islam ini serpihan. satu lagi persoalan saya kepada tuan ialah, mengapa Tabligh tidak hadir ke ijtimak gerakan islam sedunia? apakah kerana keras kepala pemimpinnya itu ataupun gila sangat nak jadi ketua? tuan fikir-fikirkanlah. segala huraian dan penjelasan dari sudut fiqh siasah telah saya jawab dalam post-post saya sebelum ini.

Berkenaan dengan Ayatullah Ali Khomeini, apakah tuan cuba menuduh saya terlalu fanatik akan dirinya? ternyata tuan gagal memahami ayat. Saya merupakan pendokong PAS dan saya cuba mengambil iktibar dan pengajaran daripada pemimpin gerakan lain untuk menegur pemimpin saya. jadi, dimana ketaksuban yang tuan maksudkan itu? Jemaah saya ialah PAS. Saya juga akui bahawa memang saya bermatian hendak mempertahankan jemaah saya kerana itulah yang sepatutnya dalam fiqh siasah. Siapa yang tidak mempertahankan jemaah pasti dianggap belot dan cara saya untuk mempertahankan jemaah saya adalah dengan menegur mana-mana pemimpin yang tersilap dan apakah salah kiranya saya membandingkan Ayatullah Ali dengan Tuan Guru sedangkan kami datang dari rumpun gerakan Islam yang sama. Bukan seperti tabligh yang entah mana dasar perjuangannya.

Satu lagi ialah, siapa kata perjuangan tabligh berlandaskan Quran dan hadis? Apakah Allah menyuruh kita untuk tidak masuk campur dalam hal kenegaraan? nah, Tabligh sebenarnya adalah perjuangan yang bertentangan dengan Quran dan Hadis. lihat post-post saya berkenaan tabligh. Bukan saya benci tetapi saya sedih mengenai gerakan palsu yang telah berjaya merosak ribuan manusia ini.

kemusykilan pembaca...ana jawab...

komen dan persoalan pembaca:


"Tentang Tabligh dengan British tu... aku rasa ko silap banyak kat situ
aku duduk di India 2 tahun berani kata "assessment" ko tu tak betul langsung..!!!


Mengenai Tuan Guru Hj Hadi(TGHH)... dulu-dulu memanglah penentang keras Tabligh.. tapi sekarang..tengoklah link di bawah:
http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/07/cerita-mimpi-nabi-tghh.html

Mengenai HAMAS yg ko banggakan tu.. adalah "Creation of Mossad"
http://www.atimes.com/atimes/Middle_East/KC06Ak02.html

Mengenai SYIAH
http://tenteradajjal.blogspot.com/

Mengenai Khomeini yg ko banggakan tu.. dan siap suruh TGNA belajar cara dia...
Satu masa tu.. khomeini pernah berucap mengistiharkan bahawa kalo dia dapat korek kubur Saidina Abu Bakar..dia nak telanjangkan Saidina Abu Bakar.
Tapi akhirnya Allah nak tunjuk, ketika Khomeini mati.. Jenazahnya terpaksa digantung dgn helikopter utk ke kubur oleh kerana terlampau ramai yg nak memegang jenazah beliau
ketika tergantung tu.. ramai cuba mencapai jenazah beliau.. sehingga tertanggal(telanjang) kain kapan hijau beliau..
nak telanjangkan Saidina Abu Bakar..akhirnya beliau yg ditelanjangkan oleh pengikut2 beliau sendiri..

Mengenai Tabligh kata "wahai anak-anak Allah" tu aku rasa ada silap kat mana-mana tu.. sejak 1984 aku kenal Tabligh tak pernah dengar pulak org Tabligh cakap macamtu..


Mengenai Al-Azhar ada subjek politik tu.. tak usah duk banggakan sangatlah... Al-Azhar banyak dipengaruhi oleh fahaman Orientalis seperti Ingaz Goldziher(1850-1921) sehingga pada zaman tu beliau menjadi seorang ketua pakar dalam pengajian Islam oleh Eropah."


2009 September 12 13:18


jawapan saya:

tuan duduk di India tetapi tuan tidak membuat kajian mengenainya.

1)merujuk kpd laman yang tuan berikan, saya dapati cerita ini jelas tidak benar. untuk makluman, kini kami bersama tuan guru untuk majlis pelancaran bilik gerakan UPU bagan pinang PORT DICKSON sempena pilihanraya kecil. tempat tinggal kini di CORUS PARADISE RESORT. apakah tuan lupa bahawa seseorang yang bermimpikan tentang nabi SAW dilarang sama sekali menceritakannya kepada org lain???

saya suka untuk mengatakan bahawa tuan guru hadi bukanlah seorang yang begitu takbur dan riak untuk mengatakan bahawa beliau pernah bermimpikan nabiSAW. ini semua jelas satu rekaan ciptaan makhluk asing entah dari planet mana.

2) mengenai HAMAS, tuan mengatakan bahawa HAMAS adalah ciptaan MOSSAD. apakah syeikh ahmad yassin begitu gila mahu berpecah kepala semata-mata untuk menyamar? tuan jelas tersilap. sila kaji laman web yang tuan berikan itu iaitu laman web atimes.com, sebuah laman yang direka barat untuk memburukkan HAMAS. tuan nampaknya telah menghina seorang lagi mujaddid Islam yang mengasaskan HAMAS. dalam buku UST RIDUAN MOHD NOR, ketua pemuda PAS wilayah, beliau jelas mengatakan bahawa HAMAS adalah anak buah kepada IKHWAN sama seperti PAS. SILA RUJUK BUKU TULISAN UST RIDHUAN MD NOOR BERTAJUK "POTRET PERJUANGAN MAHASISWA" berwarna kuning.


3) mengenai Syiah. saya yakin bahawa tuan tidak belajar "comparative religion". syiah setakat 2007 mempunya 148 mazhab. perlu tuan fahami bahawa daripada jumlah itu hanya 2 sahaja yang benar. syiah imamiyyah(jaafariyyah) dan syiah zaidiyyah. sila rujuk tn guru hj hadi.

dalam fatwa mufti-mufti mesir(sebuah negara yang anti Syiah), mereka mengatakan bahawa semua syiah adalah sesat kecuali 2 iaitu zaidiyyah dan imamiyyah. muslim berhak mengikuti mana-mana mazhab daripada sunna mahupun syiah yang 2 itu. fatwa ini pernah diterbitkan secara ringkas dalam majalah al-islam tahun lepas. malang sekali, masyarakat kita bukan masyarakat membaca.


4) mengenai imam khomeini. sila bawakan saya bukti yang menyatakan bahawa mayatnya telanjang sebelum disemadikan. saya merupakan penganut ADDEEN...maka itu saya jelas mengenai parsi dan negara SALMAN itu. jika benar ayatullah berkata begitu..bawakan saya buktinya...tidak ada 1 bukti pun mengatakan bahawa khomeini menghina sahabat. hal ini sekadar menjadi buah mulut si pemgumpat dan pendajjal. sedangkan mereka tidak ada bukti. allah melaknat golongan ini.

utk pengetahuan pihak tuan, semasa peristiwa peperangan IRAN - IRAQ, PARTI PAS yang difahami tuan itu sibuk melancarkan kempen membantu IRAN. ayahanda saya pernah terlibat dalam usaha itu dengan direkrut untuk dihantar ke sana tetapi malangnya tidak jadi kerana gagal mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan dan kerajaan Islam Iran melarang orang luar daripada masuk kerana menggesa orang luar supaya menghapuskan YAHUDI di negara sendiri terlebih dahulu. SILA RUJUK TUAN GURU HADI ,

5)saya berani bersumpah dengan nama Allah bahawa saya mendengar dengan telinga saya sendiri seorang ahli tabligh memekik sedemikian pada waktu subuh di IJTIMAK baru-baru ini. berani tuan bersumpah???


6) ketika semua orang Islam sedang memuliakan institusi pengajian Islam termasyhur itu, tuan pula sibuk menghina universiti al-Azhar itu. insan apakah tuan? semua ulama' mengiktiraf universiti al-Azhar dan ulama'nya. tuan Arqam kah? atau ajaran TOK QAHHAR?

WALLAHUAKLAM BISSAWAB...


akhir kalam, tuan sila habiskan dahulu pembelajaran tuan dalam bidang siasah dan comparative religion. saya dimaklumkan oleh hamba Allah bahawa tuan bukanlah ahli dalam bidang ini. maka itu, saya suka mengingatkan bahawa kami tidak akan bertekak dengan orang yang jahil kerana itu adalah ditegah oleh nabi. Nabi mengarahkan bahawa, seseorang yang ahli dalam bidang tertentu jangan melayan orang yang jahil dalam bidang tersebut kerana mereka ditakuti membatasi Islam. teruslah dengan pembelajaraan DEEN...kami insan lemah daripada Akademi Pengajian islam.


penjelasan daripada;

1) Islamboli-KUIM (undang-undang Syariah)

2) Pungguk-USIM

3) nur- USIM ( fiqh & fatwa )