8/28/09

JAWAPAN KEPADA KOMEN PEMBACA

komen pembaca mengenai tajuk "JELAS KESESATAN TABLIGH":

"Salam bro,Pasal tabligh aku tak tau ..Kalau ko nak sangat berdebat ngan budak tabligh pi masuk sini keretamayat.blogspot ..Tapi ko cakap ni penuh dgn ego .. belajar ilmu feqah tinggi2 ..tapi ada ilmu tak membantuSkrg tengok kat Selangor tu,si Ronnie Liu sorang dah cukup buat PAS terduduk, Hanya Hassan Ali beria-ria cakap pasal isu arakMana ahli PAS yg lain ? Tunggu Nik Azizi korang nak cakap ? Padahal dah tau kawasan tu majoriti Islam, lagi nak jual arak.korang pun sama patuh taat kepada Khalid .."

jawapan saya:

masyaallah sahabatku seagama yang mengirim komen ini...tahniah dan syabas kerana berjaya menembusi laman blog ini. terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.
berdasarkan kata-kata tuan, apakah tuan terlupa bahawa Islam menyuruh umatnya untuk menyelidik semua sumber berita sekiranya menimbulkan keraguan dan syak. tuan mungkin terlupa bahawa UTUSAN dan BERITA HARIAN serta akhbar yang seumpamanya merupakan proksi kepada pihak kerajaan BN. justeru, kajilah pula berita-berita di akhbar sebelah kiri seperti HARAKAH dan MALAYSIAKINI.
jelas, PAS beserta dengan seluruh ahli dan pemimpinnya menentang dasar penjualan arak kepada umat Islam. suara ini dihujjahkan melalui ketua bagi PAS seluruh Selangor (pesuruhjaya PAS negeri Selangor) memandangkan ini adalah isu yang berlaku di Negeri Selangor. takkan lah pula semua pemimpin kena bagi ucapan menentang. kalau macam tu, berita kat televisyen tu penuh dengan ucapan pemimpin PAS sahaja lah. hehehehe
satu lagi, takkan lah pihak media nak tunjukkan bantahan-bantahan oleh PAS. sekiranya pihak media berbuat demikian, hal ini hanya akan menguntungkan PAS kerana rakyat akan lihat bahawa PAS sahaja yang berusaha bersungguh-sungguh menentang Arak sedangkan UMNO tidak.
tuan mestilah kena bijak berfikir...
kita hidup dibawah kerajaan yang tidak demokratik. dikongkong daripada mendengar isu yang disuarakan pembangkang. jika media memaparkan berita tentang PAS secara total, pastinya rakyat akan berubah angin daripada BN kepada PAS secara seluruhnya.
justeru, hanya sedikit sahaja cerita yang baik mengenai PAS dipaparkan dan selebihnya hanya menghina dan mengutuk PAKATAN RAKYAT.
buat kerja politik mestilah kena ada protokol tuan....tak perlu pemimpin nombor 1 bagi komen yang menjela sedangkan dibawahnya ade jundi. mungkin tuan belum lagi mempelajari protokol kerana tuan bukan graduan...
saya memang pelajar dalam bidang FIQH dan kini sedang mengkaji Fiqh Siasah.

-ISLAMBOLI-
-AKADEMI PENGAJIAN ISLAM-
-KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA-

No comments: