2/18/09

DEMO 9 JANUARI 09































Kuala Lumpur, 9 JANUARI 2009 - Himpunan membantah penglibatan AMERIKA dalam perang zionis-Islam di Gaza pada 9 januari lepas mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Walaupun jumlah peserta demonstrasi tersebut tidak mencapai angka seperti perhimpunan BERSIH, namun demonstrasi pada hari ini adalah yang teramai berbanding demonstrasi Palestin yang diadakan sebelum sebelum ini seperti demonstrasi anjuran Pemuda UMNO, demonstrasi anjuran GPMS dan banyak lagi NGO-NGO yang telah menganjurkannya sebelum ini. demo dimulakan sebaik sahaja imam masjid
Tabung Haji melafazkan kalimah “taqabbalallahuminnawaminkum” selepas membaca doa selepas solat sunat hajat memohon kemenangan Palestin. Laungan takbir bergema di langit-langit jalan Ampang ini yang sebelum ini pernah bergema takbir ketika demonstrasi membantah serangan Amerika ke atas Iraq. Duta Amerika sememangnya sudah lali dengan situasi ini. namun, masih terbuku kaku didalam dirinya sebagai seekor setan yang zalim perasaan takut dan gentar sehingga dia tidak berani menunjukkan muka berjumpa dengan wakil-wakil gabungan gerakan Islam di Malaysia. Demonstrasi ini adalah anjuran bersama Dewan Pemuda PAS, Jemaah Islah Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Hizbut Tahrir Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia dan banyak lagi NGO-NGO dan persatuan-persatuan mahasiswa yang turut serta menjayakan demo sebesar ini. laungan keramat yang diketuai ketua dewan pemuda PAS wilayah, Ust Riduan Mohd Nor disambut dengan penuh semangat oleh para pejuang Islam dan Pemuda serta serikandi Islam beserta dengan kibaran panji-panji Palestin dan gerakan masing-masing. Bermula dari tangga bangunan Tabung Haji, para ‘amilin ini melangkah gagah ke jalan raya menuju ke kedutaan Amerika. Pihak Polis dan FRU yang awal-awal lagi telah bersiap sedia telah menutup jalan ke hadapan kedutaan tersebut. Hal ini menimbulkan lagi kemarahan ummat islam apabila pihak Polis menyekat terlalu jauh jarak antara kedutaan dan tempat sekatan. Namun begitu, pihak POLIS pada hari ini tidak melakukan sebarang tindakan yang bertentangan dengan hak asasi manusia. Ford Ranger milik dewan pemuda PAS yang berwarna kuning bergerak di barisan paling depan sebagai perisai terhadap sebarang kemungkinan. Benteng manusia yang dibuat oleh unit amal yang gagah berani berseragam merah sedikit sebanyak menggerunkan musuh-musuh PAS dan musuh-musuh ALLAH. Antara pimpinan yang hadir menyertai perarakan tersebut ialah saudara Mohamad Sabu, Dr Nasir, Ust Nasarudin Tantawi dan Salehudin Ayub. Mereka juga antara wakil yang dibenarkan menghantar masuk memorandum bantahan tersebut. Sayangnya, sebaik sampai dihadapan pintu pagar kedutaan, mereka tidak dibenarkan masuk dan hanya menyampaikan memorandum melalui pagar kepada seorang pegawai bawahan berkulit putih dari bangsa penjajah tersebut. Kebiadapan duta Amerika ini menimbulkan rasa marah dalam kalangan umat Islam disitu lalu mereka memekik mengutuk kebiadapan tersebut. Perhimpunan akhirnya bersurai dengan aman selepas bacaan doa oleh Ustaz Nasarudin Tantawi yang telah menaikkan semangat berkobar-kobar untuk memboikot barangan Yahudi Laknatullah. Turut disaksikan ialah, pembakaran bendera Israel dan pelancaran boikot barangan Yahudi yang dibacakan oleh saudara Dr Hatta dan Salehuddin Ayyub.

2 comments:

Anonymous said...

bendera hizbullah yg kat baris unit amal tu mcm ade kat kmns je..
kt dpn surau kmns...hehehehe

ummah protector said...

mungkin lah..hehe