Berbalik kepada topik yang teringin sangat saya bicarakan dengan rakan-rakan khusunya yang berasa teramat bangga dengan kemerdekaan jubli emas negara kita ini. Disebabkan rasa bangga dan kagum yang amat meluap-luap itu, ada dalam kalangan mereka yang sanggup bermalam di Dataran Merdeka semata-mata untuk menunggu detik 12 malam yang akan dikira oleh PM ke 5 kita. Mungkin juga mereka akan berasa lebih berkobar-kobar apabila detik 12 malam itu disambut dengan kibaran bendera-bendera UMNO yang kononnya telah membela nasib masyarakat Melayu di tanah air ini.
Tidak kisahlah sekiranya mereka berasa teramat bangga sekali dengan sambutan kemerdekaan, tetapi saya, sebagai rakyat
Inikah sambutan kemerdekaan yang dimaksudkan kerajaan sebagai sambutan yang digalakkan dalam Islam? Tambahan pula, nasib rakyat semakin diabaikan oleh kerajaan yang bergelar Islam Hadhari ini. Harga minyak terus naik walaupun harga minyak dunia sekarang telah beransur turun. Harga tol juga begitu. Saban tahun, semakin mendadak naiknya. Kegilababian kerajaan ini telah menyebabkan tindakannya yang membabi buta itu.
Berbalik kepada fokus, mengapa kita tidak patut sambut kemerdekaan tahun ini? Jawapannya adalah kerana wujud diskriminasi dalam sambutan kemerdekaan yang diadakan setiap tahun ini.
Pernahkah anda mendengar nama-nama seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Raja Ali Haji, Tok Janggut dan ramai lagi para pejuang kemerdekaan yang bukan ahli UMNO? Mereka ini berjuang lebih bagus dan lebih berani berbanding dengan para pemimpin UMNO. Contohnya, Tok Janggut. Beliau sanggup mengorbankan nyawanya semata-mata tidak mahu tunduk kepada British. Natijahnya, beliau diheret dan digantung secara terbalik. Pernahkah kerajaan mengambil berat dan endah akan hal ini? Di dalam media, yang hanya ditonjolkan dan dibanggakan ialah Tunku semata-mata dan beberapa pemimpin UMNO lain yang tidak pernah tumpah pun walau setitis darah mereka. Tetapi, pejuang kemerdekaan yang telah menumpahkan begitu banyak darah demi maruah tanah air seperti Tok Janggut dan lainnya tidak pernah pun dipublisitikan secara meluas oleh pihak kerajaan dan media yang dikuasainya.
Lebih mengecewakan lagi, sambutan kemerdekaan yang diadakan setiap tahun di dataran merdeka untuk memperingati jasa para pejuang telah disambut dengan lagu-lagu rock, konsert-konsert hiburan dan sorakan yang langsung tidak menimbulkan dan menunjukkan rasa insaf dan semangat berjuang dalam kalangan muda-mudi negara. Barangkali, inilah konsep berjuang yang sibuk diuar-uarkan oleh pihak pemuda UMNO. Kondom yang merata dan botol arak yang bergelimpangan.
Jika inilah situasinya, maka kita masih lagi dijajah. Dan jika inilah situasinya, maka lebih mudahlah bagi negara kita untuk dijajah semula oleh kuasa luar. Mengapa? Kerana kita sendiri yang menyerah dengan berbekalkan arak dan kondom sebagai senjata di tangan.
51 TAHUN MERDEKA!!!
ANDA MASIH UNDI MEREKA!!!
TAHNIAH!!!
ANDA BARU SAHAJA MEROSAKKAN MINDA ANAK MUDA NEGARA!!!
No comments:
Post a Comment