Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) yang diperkenalkan sejak sekitar 70-an sering menjadi igauan dan semacam ugutan kepada para pelajar yang ingin menggiatkan diri dalam aktiviti berorganisasi khususnya organisasi yang berjuang untuk menumbangkan kezaliman dan menegakkan kalimah ALLAH secara berkesinambungan di peringkat mahasiswa. Gerakan-gerakan Islam diperingkat kampus telah tertubuh dan bergerak secara aktif sejak bertahun-tahun dahulu lamanya khususnya UM, UKM, UIAM dan UITM. Pada mulanya kerajaan seakan tidak menghiraukan sangat akta ini untuk dikenakan kepada para pelajar. Akan tetapi, setelah dilihat situasi pada tahun 1999, pihak kerajaan dengan menggunakan kuasa undang-undang dibawahnya mula menekankan dan menyemak semula akta ini bagi mengekang para mahasiswa daripada terlalu rapat dengan pimpinan selain daripada UMNO dan BN pada ketika itu. Jentera-jentera parti lawan kepada UMNO dan BN pada ketika itu bukan sahaja digerakkan oleh ahlinya yang ramai dan istiqamah malahan dibantu dan digerakkan oleh kumpulan mahasiswa muslim yang turun dari segenap lapisan universiti dan kolej.
Berbalik kepada isu pendakwah di matrik dan universiti, ana melihat hal ini sebagai satu isu penting yang patut dibincangkan. Tugas sebagai pendakwah bukan sahaja umpama gerakan Tabligh yang hanya menekankan soal iman dan amal, tetapi sesuatu gerakan Islam yang juga bertindak sebagai Gerakan Dakwah perlulah dan wajib melibatkan soal siasah islamiyyah, muamalat, munakahat dan sebagainya. Yang paling patut ditekankan ialah soal siasah Islamiyyah.
Mengapa siasah?
Siasah bermaksud politik. Siasah Islamiyyah bermaksud politik yang berdasarkan Islam. Ade ke politik islam?
Jawapannya ade…nak bukti? Buka buku sirah sekolah rendah. Dalam buku tu ada cerita pasal rasulullah membentuk negara dan perlembagaan. Itu lah politik.
Tapi…bagaimana caranya nak bentuk tanzim seperti nabi buat tu?
Caranya ialah, tumbangkan pemerintahan yang zalim dan yang tidak mahu melaksanakan hukum Allah. Maka siasah Islamiyyah ialah satu tanzim yang berjihad untuk menegakkan kalimah ALLAH, melaksanakan Islam dan mencegah kemungkaran.
Bagaimana pula dengan konteks tanzim di matrikulasi dan universiti? Perlukah remaja umpama kita melibatkan diri? Kan kita masih muda? Tak perlu lah nak poyo sangat cakap pasal tanzim la…pasal politik la….
Itulah agenda yahudi yang telah berjaya menyerap ke dalam pemikiran anak muda hari ini khususnya dalam pemikiran umat Islam generasi muda. Inilah juga sebabnya mengapa Palestin boleh kembali ke tangan Yahudi setelah pemergian Salahuddin al-Ayyubi.
Salahuddin al-Ayyubi telah mula menyertai perjuangan menentang Kuffar laknatullah sejak usia remaja lagi. Semangatnya telah mula membara ketika usianya lebih muda daripada kita hinggakan bapa dan abangnya terpaksa memujuknya agar tunggu hingga usianya meningkat remaja sedikit. Namun, bapanya tidak pernah manghalangnya berjuang di jalan Allah. Malahan bapanya menggalakkan teramat sangat agar salahuddin mengangkat senjata menentang kuffar sebaik sahaja mencapai usia remaja. Akhirnya, salahuddin dikenali sebagai seorang pejuang muda Islam yang berjaya menarik golongan belia Islam ketika itu untuk menyertai jihad menentang musuh Allah.
Lihat pula situasi dalam negara kita. Majoriti para pemimpin hari ini sama ada dari pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang telah mula mengambil tahu hal-hal berkaitan pentadbiran negara sejak di bangku sekolah menengah lagi. Malahan, mereka telah mula mengaktifkan diri dalam hal-hal politik sejak seawal usia tersebut.
Bagaimana pula dengan situasi kita hari ini?
Majoritinya kita lihat hari ini ialah para ibu dan bapa sering menekankan anak-anak mereka agar jangan bergiat dalam kerja-kerja politik dan organisasi. Jangan pandai-pandai nak join group-group bawah tanah. Jangan nak join group itu la, group ini la. Nanti kau kena buang kolej. Nanti kau kena tangkap ISA. Tak payahlah kau berjuang untuk itu dan ini. Dah 51 tahun, kita masih lagi dapat makan, minum, bantuan setahun sekali.
Makcik…makcik… itulah pemikiran yang ditanam oleh pemerintah Thaghut sejak zaman British lagi….. hinggalah kini. Ibarat cogan kata “Dulu, Kini dan Selamanya.” Umat Islam menjadi lemah dan pengecut pada masa kini kerana takut nak menyertai jamaah. Takut dikaitkan dengan pengganas. Takut nak sebut pasal jihad fi sabilillah. malahan ayat Quran berkaitan dengan ketaatan kepada pemimpin negara disalah ertikan. Para ulama dan mufti yang berjihad di dalam bilik berhawa dingin menghadap komputer dan tak habis-habis terangkan isu hadhari kepada khalayak. Manakala isu terpenting ummat Islam dilupakan.
Sepatutnya, kita sebagai ummat Islam perlulah memberi galakan dan semangat serta motivasi kepada anak-anak muda supaya terus istiqamah berjuang dalam Islam. Bukannya akademik semata-mata. Tanpa usrah dan usaha atas agama, inilah yang menyebabkan golongan bijak pandai dan berkelulusan tinggi tetapi menghina Islam, tidak solat, menentang Islam dan jiwanya kosong hingga membunuh diri dan tekanan mental akibat jiwa yang kosong tanpa bekalan ilmu agama.
Sahabat-sahabat ku yang dirahmati ALLAH,
Oleh sebab cabaran dan ranjau yang terlalu banyak serta tekanan yang terlalu kuat menyerang golongan Da’ei seperti kita, maka sebab itulah dalam hierarki perjuangan Islam, ada ditekankan konsep Sirr Wa Hazar. Sirr bermaksud rahsia dan Hazar bermaksud berjaga-jaga. Maka itu, setelah kita dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjalankan kerja-kerja dakwah dan gerak kerja Islam, hendaklah kita menjaga rahsia usrah, gerak kerja dan tanzim kita daripada didedahkan kepada umum. Kesucian tanzim perlu dijaga dan pastikan kita sanggup mempertahan habis-habisan tanzim kita. Bukan apa, Cuma ditakuti gerak kerja kita dibocorkan dan menjadi aset kepada golongan munafik, fasik dan kuffar untuk menyerang balas agenda kita.
Dalam memilih sesuatu tanzim, hendaklah dipastikan terlebih dahulu bahawa tanzim yang akan kita sertai tersebut ialah tanzim yang berwibawa, berkesinambungan perjuangannya hingga ke akhir hayat ahlinya, mampu menyaingi gerakan-gerakan munafik, fasik dan kuffar dan beberapa aspek lain yang dianggap perlu.
Agak sukar diterangkan kepada golongan remaja yang masih “blur” dengan hal ehwal politik negara dan golongan remaja yang masih tidak faham konsep pemerintahan negara hari ini. Buat permulaan, tunggulah hingga anda menjejakkan kaki ke menara gading nanti dan anda akan tahu mengapa perlunya sesebuah tanzim di universiti dan perlu diingat bahawa tanzim yang kita sertai sekarang ini akan berkesinambungan hingga ke akhir hayat nanti.
Mengapa perlu bergerak dalam jamaah? Saya rasa…saya sorang pun boleh pergi berdakwah…
Mengimbas kembali dakwah Rasulullah pada awal pergerakannya setelah diturunkan wahyu dari Allah, nabi kita Muhammad SAW tidak terus pergi keluar mengumumkan tentang Islam. Akan tetapi, nabi merancang strategi(gerak kerja) dengan mencari para sahabat terdekat, sanak saudara terdekat untuk memahami dan seterusnya menerima Islam dan akhirnya, bergerak bersama rasulullah menjalankan aktiviti dakwah. Malahan dalam Islam, setiap perkara yang baik dan diredhai ALLAH jika dilakukan dalam berjamaah pastinya akan diberi ganjaran pahala oleh ALLAH SWT. Insyaallah.
Akhir kalam, sertailah jamaah. Dan dalam memilih jamaah, hendaklah berhati-hati kerana ditakuti tidak membawa konsep Islam yang syumul. Jika anak-anak muda seperti kita tidak mahu mengambil tahu perkembangan pentadbiran dan politik negara hari ini, maka siapalah lagi yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Jika anak-anak muda seperti kita tidak mahu bergiat dalam politik yang disarankan oleh Islam, maka siapalah pula yang akan berlawan dengan politik bukan Islam untuk menguasai negara.
Fikir-fikirkanlah….
Sebarang pertanyaan dan persoalan, sila letakkan di bahagian komen atau emailkan kepada aku_misteri_90@yahoo.com