Penubuhan Hizbullah yang bermula selepas penawanan Yahudi terhadap Palestin khususnya Masjidil Aqsa telah membangkitkan nafas dan semangat baru dalam kalangan pemuda-pemuda Islam yang benar-benar mahukan Islam dan minat terhadapnya khususnya para pemuda di Lubnan dan lebih khusus lagi di Selatan Lubnan. Kejayaan Hizbullah telah menaikkan darah semangat baru dalam hati dan jiwa anak-anak muda Lubnan baik yang beragama Islam mahupun yang beragama Kristian. Kedua-dua agama yang agak jauh bedanya namun berjaya disatukan oleh sebuah perjuangan gerakan Islam terkemuka dunia iaitu Hizbullah.
Hal inilah yang menimbulkan kebimbangan buat Yahudi kerana mereka tidak mahu orang ramai mengikut telunjuk Islam. Serangan yahudi yang berturut-turut selama 34 hari di Selatan Lubnan berjaya dipatahkan oleh tentera-tentera Parti Allah. Kali terakhir serangan Yahudi iaitu pada hari ke 34 peperangan antara Hizbullah dan tentera Zionis menyaksikan pihak Israel menghantar beberapa buah apache dan jet-jet canggih yang mengebom dan menurunkan para komando kelas pertama Yahudi,
Ramai penganalisis politik dan pemerhati dunia sudah hilang rasa terhadap Hizbullah kerana komando kelas pertama Yahudi merupakan kumpulan tentera elit yang dilatih rapi dan penuh kelengkapan senjata. Namun begitu, sebaik sahaja apache-apache zionis menurunkan para komando mereka di sebuah kawasan lapang di selatan Lubnan, bergemalah sekali lagi bumi Hizbullah itu dengan dentuman bom dan senjata api. Sekali lagi para pemerhati dunia terkejut besar sebaik sahaja menerima berita hangat itu. Sangkaan mereka bahawa Hizbullah akan ditewaskan pada hari ke 34 ini ternyata meleset.
Gambar dari klip video yang diambil dan dipetik oleh wartawan dunia menyaksikan para komando Yahudi yang terkenal dengan kebengisan dan keganasannya itu lari lintang pukang dan belum sempat mencecah rumput yang sudah kering kekuningan di kawasan lapang itu. Hal ini ternyata menimbulkan kekejutan dan kemarahan pemimpin utama Yahudi dan konconya dari negara-negara Arab dan Barat lain serta tidak ketinggalan dari negara-negara
Pada hari terakhir tersebut, ketika cuaca masih gelap dengan waktu sepertiga malam, apache-apache zionis dan jet-jet pejuang mereka lari sekaligus dan meninggalkan sebahagian senjata dan perkakas mereka yang tercicir ketika menarik semula tali helikopter yang berenjin senyap itu semasa hendak turun dari pesawat tersebut.
Hingga kini, masih menjadi misteri mengapa para komando itu beserta jet-jet pesawat yang lengkap dengan senjata-senjata canggih begitu cuak dan kecut sebaik sahaja mendengar laungan “HIZBULLAH” dan “LABBAIKA YA ALLAH”!!! “LABBAIKA YA NASRULLAH!!!”
2 comments:
I loved this post and this blog.
Terima kasih
sama....u r welcome..keep in touch with my blog k...
Post a Comment