1/13/10

AWAS PROPAGANDA!!!

Dunia kita Malaysia kini digemparkan dgn pelbagai propaganda yang cuba membolak-balikkan keamanan dan hubungan baik sesama agama. Justeru, saya meminta teramat sangat agar janganlah kita umat Islam khususnya terlalu fanatik mempercayai mesej-mesej berantai sama ada melalui telefon bimbit mahupun email dan rangkaian sosial.

Baru-baru ini, saya baru sahaja dikejutkan oleh satu mesej datang daripada kawan lama semasa di matrikulasi dulu, mesej berkenaan berbunyi bahawa, sebuah kawasan di bahagian perairan indonesia sana cuba menguatkuasakan Daerah Injil. tambahannya lagi, mana-mana masjid tidak boleh dibina dan dilarang menutup aurat.

saya persoal, dimana datangnya sumber ini? Apakah persidangan gerakan Islam sedunia yang berlangsung baru-baru ini tidak menyelar kawasan berkenaan mahupun membincangkannya? saya terus mencari kesahihannya di laman-laman web. Namun, ternyata gagal.

Saya merujuk kepada Murabbi dan bertanya tentang hal ini. Jawapannya dari segi agama dan politik memang amat memuaskan hati saya. Mengapa perlu berita ini hanya digembar-gemburkan ketika negara kita sedang bergolak dengan sensitiviti agama? mengapa berita ini anya sampai kepada rakyat Malaysia beragam Islam? bagaimana dengan negara-negara lain sekitar kawasan tersebut?

Dari segi undang-undangnya, mereka tidak boleh berbuat demikian kerana bertentangan dengan peraturan PBB dan undang-undang antarabangsa. Apa negara sekalipun, tidak boleh sama sekali menyekat kebebasan beragama bagi penganut agama lain. Amerika yang jelas anti Islam itu sekalipun tidak pernah mengharamkan jilbab. itu Amerika yg kuat dengan pengaruh Yahudinya itu. Inikan pula sebuah kawasan di Indonesia sana.

saya jelas mempertikai khabar angin yg cuba mengucar-ngacirkan negara dan mengeruhkan hubungan baik sesama manusia berlainan agama di negara kita ini khususnya dalam Pakatan Rakyat.

1/8/10

MESIR DAN BALA TENTERANYA YANG CELAKA

Mesir bumi anbiya'. Ya, itu benar. tiada salah. namun, itu hanya dulu dan apabila kita mencarut tentang Mesir, bukan kepada Tanah Nabi itu tetapi adalah kepada pemerintah sialnya itu, Husni Mubarak. sungguh celaka dan sial. laknatullah.

Mengapa aku sungguh emosi amarah waktu ini? tak lain tak bukan adalah kerana kebiadapan Kerajaan Mesir yang menyerang konvoi VIVA PALESTINA yang ingin memberi bantuan kemanusiaan kepada palestin di sempadan Mesir-Palestin. Konvoi yang dianggotai orang-orang Kristian dan Islam itu bukan sahaja dihalau malah diherdik, dibelasah, dihujani dengan gas pemedih mata dan ditahan serta disiksa dalam tahanan.

Saya kagum dengan semangat orang-orang Kristian dalam konvoi ini dek perjuangan mereka yang bermati-matian itu. Kita amat malu apabila orang Islam sendiri membeli barangan yahudi manakala orang Kristian sanggup berkorban jiwa dan raga hanya untuk membela nasib saudara kita sendiri. tak malukah kamu wahai orang Islam?

alangkah hinanya kerajaan Mesir apabila tidak semena-mena mengerah tentera untuk menghadapi sukarelawan antarabangsa. Ini jelas bercanggah dengan perihal perundangan antarabangsa akta PBB dan kesetujuan negara-negara PBB. maka itu, jelaslah bahawa Mesir adalah sebuah negara yang bukan sahaja mengharamkan purdah tetapi juga sebuah negara hina disudut undang-undang. sah kerajaan SAMPAH.

video ini memaparkan bagaimana layanan mangkuk hayun kerajaan mesir celaka itu terhadap peserta konvoi selamatkan palestin.






akhir kalam....saya menyeru sahabat handai saya dan saudara sekalian...untuk sama-sama kita bersatu.....selaras ayat Allah dalam al-Quran 25:52 agar bersatu berjihad....

kembalikan Palestin dan Karbala!!!

1/1/10

Salam Perkenalan buat Faiz Shirazi.

Terima kasih atas masa anda yang diluangkan untuk membaca blog ini. teruskan memberi komen dan membantu dalam perjuangan menegakkan syiar Islam di muka bumi.

Jawapan kpd komen pembaca...

Pertama-tama sekali, saya memohon jutaan kemaafan kpd para pembaca sekiranya terlihat profil saya, ada ditulis bintang zodiak disitu.

Sumpah dan demi Allah, Saya memang anti kpd percaya bintang zodiak ini. Saya sendiri tidak menyedari terdapat bintang zodiak dalam profil saya.

Segala kelemahan, adalah dari diri saya sendiri.

Ana, memang sekerasnya menentang kepada kepercayaan bintang zodiak dan menentang secara agak hebat mengenai gunapakai tahun masihi.

Moga Allah berkati tuan yang telah mengingatkan saya akan kelemahan saya ini.

syukran alaik.

ADA APA DGN 1JANUARI???

Berderap mesej menibai masuk dalam inbox saya menjelang 12 malam sebelum masuknya 1 januari. Saya pun tak tau kenapa anak muda dan anak tua pun juga sibuk nak mengucapkan selamat tahun baru kepada sahabat handai dan saudara mara sempena tahun masihi ini? agama apakah mereka???

semasa Awal Muharam dulu, tidak ada pula mesej bertibai-tibai masuk kat handphone saya yang berjenama LG ini. namun, pada tahun masihi, berkumpul budak-budak Islam bermesej mengucapkan Happy New year. siap dengan ucapan dan doa sekali. jelas Kristian!!!

Untuk pengetahuan semua, tahun masihi adalah merupakan tahun rekaan kristian bagi menutup penggunaan tahun Hijrah. nama masihi itu sendiri pun diambil sempena nama Isa al-Masih. Jadi, tahun masihi adalah cara pengiraan tahun mengikut pengikut Kristian. Yang kita orang Islam sibuk-sibuk nak wish sana sini tu kenapa? tak sedar diri ke...

Wahai saudara seagamaku, kembalilah ke jalan yang benar. jangan biarkan usaha Kamal Attaturk untuk memadam sejarah Islam ini berkesan. kembalilah mengimarahkan penggunapakaian tahun Hijrah dalam amalan seharian kita. kalau nak tengok sekarang ni, berapa kerat sahaja orang-orang Islam yang masih ingat akan tahun Islam, tarikh Islam. Tarikh ahir sendiri pun tak tau dalam bulan Islam. ayuh, kembalilah!


berapa ramai orang islam masih menggunapakai kalendar hijrah pada zaman ini?