3/12/09

Lemahnya Tanzim dan Gerakan Usrah serta Dakwah di Kampus!

Kelemahan tanzim di kampus-kampus pada hari ini sebenarnya adalah berpunca daripada mas’ul dan ahli tanzim itu sendiri dan bukannya dek tekanan yang pelbagai daripada pihak kementerian dan sebagainya. Mas'ul dalam kalangan pensyarah sendiri kadang-kadang tidak mempertahankan pendirian anak-anak usrahnya. Semua ini akhirnya mematikan semangat juang para pelajar tersebut. Hal ini jarang-jarang disebutkan juga. Namun, iniliah yang berlaku di kebanyakan kampus. Apabila anak-anak usrah kehausan dan ketandusan, mas’ul buat tak layan. Sibuk dengan pelbagai tugasan kononnya. Sedangkan, yang bukan ahli tanzim diberikan pelbagai layanan. Boleh tumpangkan yang bukan Muslim ke dataran menaiki kenderaan, tetapi anak-anak usrah yang seagama dan sebangsa sendiri sering dilupa dan diabaikan. Kononnya ingin mengambil hati para pelajar yang bukan Muslim. Hmm…entahlah…
Kalau mahu dibandingkan dengan zaman 1970-an dahulu, mahasiswa dan pensyarah sama-sama naik ke pentas berpidato serta berjuang mempertahankan pendirian masing-masing sama ada di dalam atau di luar kampus. Sama ada pensyarah dan pelajar, sama-sama dihadapkan dengan pertuduhan dan sama-sama merengkok dalam penjara, sama-sama terbuang dalam ISA. Pada saya, ini baru betul-betul perjuangan. Siswa menyokong gurunya dan gurunya mendokong siswanya. Saling ada kepercayaan dan selalu bahu-membahu antara mereka, mengikat tali kesetiaan dalam merempuh badai kezaliman penguasa. Ini tidak, bila pelajar cuba memaklumkan tentang ancaman gerakan yang lain, pensyarah pula kata ia tidak apa-apa dan tidak mahu mendengar. Natijahnya, berapa ramai yang keluar dari tanzim kita dan sertai tanzim lain?
Dan pada saat itulah pemikiran Hasan al-Banna, buah fikiran al-Maududi dikoyak, kuliah syarahan Shariati diratah hadam segala isinya bersama-sama. Kini, yang tinggal mungkin 'raga dakwah' sedangkan 'jiwa, ruh dakwah' hilang ke mana? Akibatnya, jadilah seperti JIM,ABIM,Tabligh dan HT dan perjuangannya tidak berwasilah yang haq dan tidak ada jalan untuk menjayakan misi dan visi perjuangannya. Ingin mempertahankan Islam, tetapi tidak mengangkat senjata atau sertai pilihanraya. Hanya sekadar omong-omong kosong dan pena-pena yang kehabisan dakwat. Apakah wasilah yang digunakan? Bagaimana mahu memerintah ummah jika tidak boleh menguasai kerajaan?
Dalam tanzim pula, Mungkin masih ada lagi usrah, tamrin yang bersifat program luaran, tetapi penghayatan semula Usul Isyrin (Asas 20), 10 wasiat al-Banna, amaliyyah istisyhadiyyah dan segala-galanya itu semakin tenggelam oleh arus pertengkaran antara Salafi, wahabi, Syiah di IPT. Inilah yang berlaku ke atas seorang sahabat saya daripada KMNS yang memihak kepada Muhammad bin Abd Wahhab dan kemudiannya dimusuhi salah seorang senior usrahnya hanya kerana beliau mempertahankan wahabi dan syiah.
Tapi, jika sesekali sergahan HEP menjengah dengan Aukunya, pensyarah dan mahasiswanya lari bertempiaran, hilang tempat pergantungan. Bermusuh sengketa sesama sendiri memang kuat, tetapi dengan musuh tradisi lari pula. Demonstrasi dan program jemaah pusat langsung tak tunjuk muka. Hanya hebat dihadapan junior sahaja. Itu yang dikeluhkan oleh seorang rakan dari KMNS.
Kepada semua senior dan mas’ul di kampus mahupun sekolah, jagalah adik-adik atau anak-anak usrah anda. Lupakan persengketaan mazhab. Bak kata Allahyarham Hj Fadzil Noor(mantan Presiden PAS) ketika mengulas perselisihan faham tentang mazhab antara Dr Abdul Aziz Hanafi dan seorang lagi ulama’ yang saya terlupa namanya, “isu mazhab ni dah dibahas dan selesai sejak beratus-ratus tahun dulu lamanya, kita yang kemudian ni tak payah lagi usik tang tu”. Lebih kurang begitulah bunyinya. Lagipun, Allah dan Rasul tak pernah pula suruh kita berjuang mempertahankan mazhab, tetapi Allah dan Rasul suruh kita berjuang mempertahankan agama Islam kita. Malahan, Nabi pernah bersabda: sesiapa yang berpegang kepada al-quran dan as-sunnah maka dia tidak sesat. –au kama qal- tak pernah pula saya terbaca atau terdengar hadis yang mengatakan kita perlu berpegang pada mazhab. Mazhab hanya sebagai panduan kita mengikut hukum hakam yang kita rasa kita yakin dengannya. Selagi bertuhankan ALLAH dan Berasulkan Muhammad, maka dia tidak kafir. Perlu ingat itu!!!

Demonstrasi: lambang keunggulan mahasiswa???atau lambang kekecutan mahasiswa???

Sejarah pernah membuktikan bahawa mahasiswa berperanan amat penting dalam usaha memegang tampuk pemerintahan negara dan pembentukan sesebuah negara. Semua pemimpin negara pada hari ini adalah bekas mahasiswa dan mahasiswi. Siswa siswi juga memberikan impak yang amat besar terhadap pemerintahan dan kepimpinan negara. Sebagai bukti, lihat pada zaman Anwar Ibrahim(kini penasihat PKR) sebagai mahasiswa suatu masa dahulu. Bagaimana beliau akhirnya dapat memberi impak yang besar terhadap isu kebuluran masyarakat kedah pada masa itu. Satu lagi bukti kukuh ialah bagaimana Mohamad Sabu(kini AJK PAS PUSAT) pernah dibuang kampus kerana kehandalannya berpidato sehingga boleh menggugat undi-undi Melayu terhadap BN. Yang paling terkesan dalam minda veteran pada masa kini yang juga merupakan satu senario yang senantiasa menghantui kehidupan pemimpin korup pada hari ini ialah peristiwa rampasan kuasa ITM oleh pemimpin pro mahasiswa pada masa itu iaitu Ibrahim Ali(kini ahli parlimen bebas).
Dengan wujudnya situasi-situasi sebegini, maka sedikit sebanyak telah memberi amaran awal kepada kerajaan agar tidak bertindak sesuka hati. Mahasiswa sebenarnya berupaya menggugat kuasa kerajaan dan mampu untuk menumbang dan menaikkan sesebuah kerajaan. Namun, dukacitanya hari ini, kesugulan serta kekusutan pemikiran mahasiswa semakin menjadi-jadi. Siswa siswi kononnya terlalu sibuk dengan kuliah dan tutorannya sehingga tidak ada ruang masa sedikit pun untuk menyumbang bakti kepada perjuangan menegakkan yang hak dan menumpaskan yang batil. Bila diajak ke program itu dan ini, alasannya pun itu dan ini. tambahan pula, pihak kerajaan mengambil kesempatan terhadap kemelesatan pemikiran siswa siswi ini dengan menubuhkan rang undang-undang baru iaitu AUKU. Akta ini kononnya boleh dikenakan kepada para pelajar yang bergiat dalam mana-mana parti politik di luar kampus. Akta ini juga melarang para pelajar daripada memegang apa-apa jawatan dalam parti kerana kononnya boleh menggugat kestabilan diri pelajar itu sendiri. Hal inilah yang telah menjadi punca terhadap kegagalan perjuangan mahasiswa pada hari ini. Siswa siswi lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang lebih tidak berfaedah seperti berasmara di dalam hotel, berdua-duaan dan berpegangan tangan. Malahan, ada juga yang melepak di kelab-kelab malam, menjadi pelacur sambilan, melepak di pusat permainan video serta berniaga jualan langsung. Jelas sekali semua ini jauh daripada isu masyarakat yang patut difikirkan oleh seorang mahasiswa yang berfikrah dan bertanggungjawab.
Acap kali kita dikhabarkan dengan demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan oleh badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti politik untuk mempertahankan hak ummah dan hak rakyat. Demonstrasi yang bukannya kosong sepertimana yang dianjurkan oleh pemuda UMNO dan AMAN MALAYSIA tetapi demonstrasi yang dimaksudkan ialah demonstrasi memperjuangkan hak dan keadilan rakyat dan ummah. Demo yang membincangkan isu sejagat. Demo yang pastinya dihalang oleh sekumpulan besar polis bertopi merah(FRU). Namun, penonjolan mahasiswa amat kurang dan mengecewakan. Adapun sesetengah aktivis siswa yang turun padang tetapi mereka hanya ibarat orang biasa yang tiada gahnya. Sekadar memetik gambar dan melaungkan slogan beramai-ramai. Sepatutnya, sebarang demonstrasi pada hari ini hendaklah dimulakan dan dipimpin oleh kumpulan mahasiswa itu sendiri. Malahan, demo juga sepatutnya dipimpin oleh orang muda yang berilmu tinggi sepertimana golongan mahasiswa itu sendiri.
Demo pada tahun 1998, menyaksikan kali terakhir golongan siswa siswi berjuang habsi-habisan menentang kezaliman. Ketika itu, isu kriket Israel. FRU bertindak kasar sehingga parah kepala beberapa orang siswa dari UM. Sayangnya, kegagahan siswa siswi UM yang dahulu tidak lagi dapat ditonton pada hari ini kerana aktivis mahasiswa UM sudah sibuk dengan kerja-kerjanya yang kononnya lebih penting daripada isu rakyat dan ummah ini. UM yang dahulunya terkenal dengan perjuangan pro mahasiswa kini bertukar tangan kepada pro aspirasi yang bersikap ibarat pahat dengan penukul. Apa sahaja yang diarahkan oleh pentadbiran, itulah yang dia ikut sekalipun perkara yang ingin dilaksanakan itu bertentangan dengan hak-hak mahasiswa. Mengapa boleh bertukar tampuk pemerintahan UM dari Pro Mahasiswa kepada Pro Aspirasi? Muhasabahlah diri-dirimu wahai saudara-saudara seperjuangan dari UM.
Teringat saya pada ceritera seorang pejuang mahasiswa iaitu senior saya yang pernah menuntut di UIA Petaling Jaya pada masa itu. Cerita ini lebih kurang lebih belasan tahun yang lalu. Belum ada lagi kampus Gombak ketika itu. Terdapat satu kumpulan band yang membuat persembahan di dewan besar kampus berkenaan. Pada malam persembahan tersebut, satu demonstrasi diadakan bagi membantah persembahan itu daripada dilaksanakan telah diadakan oleh aktivis siswa yang berfikrah Islamiah. Sayangnya, hari ini, UIA bukan sahaja boleh dimasuki kumpulan-kumpulan band, malahan para penyanyi wanita yang berpakaian seksi dan berkelakuan kurang enak di khalayak. Kemana perginya pejuang-pejuang mahasiswa? Kemana perginya WUFI? Ke mana perginya GAMIS? Kemana perginya Tabligh? Kemana perginya JIM? Kemana perginya PKPIM? Ke mana perginya ABIM? Bukankah kamu semua telah ditarbiah dengan begitu hebat dan dahsyat sekali hinggakan boleh menghadapi cabaran fizikal dan mental yang begitu hebat? Maka sia-sialah kesemuanya.
Terbaru, isu Palestin. Demo pada 9 januari lalu benar-benar menyakitkan hati. Mahasiswa-mahasiswa takut turun ke jalanan kerana FRU? Amat mengecewakan. Hanya segelintir golongan siswa yang berani menegakkan hak ummahnya. Yang lain ke mana? Malahan, siswa-siswa yang mengikuti usrah di bawah pihak penganjur utamanya itu sendiri gagal hadir untuk serta bersama.
Paling hangat ialah isu PPSMI. Berlangsung pada 7 mac lalu. Pemimpin mahasiswa entah dari mana pun saya tak tahu tetapi dari segi intelektualnya, beliau benar-beanr menunjukkan kekenduran kepimpinan seorang mahasiswa Islam dan Melayu. Ucapan yang terliang-liuk. Tidak ada semangat perjuangan. Tidak berjaya membakar semangat juang anak-anak muda dan peserta demo pada hari tersebut. Hanya keranda sahaja yang dapat diusung kesana kemari. Bukan niat saya untuk menghina tetapi sekadar memberi peringatan. Maafkan ana wahai sahabat.
Pada zaman kepimpinan Arab dahulu, pemimpin dipilih mengikut kepetahannya berhujjah dan berbicara. Selain daripada ilmu dan kemahiran serta kegagahan yang ada, kepandaian berpidato merupakan salah satu faktor. Begitu juga hari ini di Mekah. Para khatib dilantik mengikut kepetahannya berpidato dan kegagahannya membakar semangat juang para jemaah sekalipun khatib berkenaan sudah berusia dan buta. Bukannya seperti Malaysia yang berkhutbah ikut teks semata-mata. Mana perginya sunnah Nabi SAW? Sibuk mengatakan khatib di Mekah itu Wahabi, tetapi kamu yang Sunnah itu entah apa-apa. Jangan perlekehkan gerakan Wahabi kerana ia satu perjuangan Sunnah Nabi.
Berdasarkan pengalaman dan tinjauan skuad kami pada 7 mac yang lalu, ketika itu, kami berada di barisan paling hadapan bersama-sama dengan beberapa lagi pejuang siswa dari PKPIM jika tak silap mata memandang. Namun, hanya sekerat sahaja yang berani menjadi benteng pertahanan melawan kekejaman pasukan polis pada masa itu. Kain rentang yang dipegang oleh siswa-siswa berkenaan cuba dirampas oleh pihak polis namun alhamdulillah dengan kuasa ALLAH percubaan polis itu gagal setelah siswa-siswa ini membalas segala pukulan dan ugutan polis berkenaan. Inilah yang membanggakan diri saya apabila melihat keberanaian siswa-siswi pada hari ini. namun begitu, hanya berapa kerat yang boleh dan berani melakukan sedemikian? Secara sahihnya, hanya segelintir. Mungkin daripada 1000 orang mahasiswa, hanya 10 orang sahaja yang berani. Sekembalinya ke masjid negara, kami yang berada di baris hadapan menghala ke istana negara tadi kemudiannya menjadi baris hadapan untuk berpatah balik ke masjid negara memandagkan pihak polis telah menggunakan kuasa tenteranya dan meriam air kimia serta peluru-pelura gas pemedih mata yang banyak tersasar ke atas kepala para peserta demo. Bagi mengelakkan sebarang perkara yang lebih teruk daripada berlaku, saf pimpinan mengarahkan agar berpatah balik ke masjid negara dan berlindung di masjid negara kerana terdapat begitu ramai peserta demo yang terdiri dari kalangan anak-anak kecil dan wanita. Ketika tiba dihadapan pintu masjid, kelihatan sekumpulan mahasiswa yang lari jauh ke atas bukit disebalik masjid berkenaan. Tidak basah dan tidak kotor bajunya, mungkin sekadar terkena tempias-tempias bayu asap gas. Namun, jelas mukanya sudah berubah. Tidak berpakaian putih sepertimana yang dituntut oleh pimpinan. Derhaka! Mungkin kerana ingin menjaga sirr? Atau takut terlalu mudah ditahan dan menjadi mangsa kerakusan pihak Polis? Fikir-fikirlah sendiri saudaraku. Biar takutkan Allah jangan takutkan gas yang pedihnya hanya seketika di dunia.

dalam al-quran telah disebut bahawa: apakah kamu orang beriman sedangkan kamu masih belum diuji?
maka saudara-saudaraku, kalian semua lantang menyebut kalimah ALLAH. lantang berdakwah, tetapi kalian masih belum layak digelar pejuang islam kerana kalian masih belum diuji dengan gas pemedih mata, air kimia, belantan dan perisai polis. kami yang telah diuji ini pula, kalian perlekehkan kononnnya kami pengganas dan tidak bermoral. apakah agenda kalian? saya tidak pernah mengiktiraf sahabat-sahabat saya ini sebagai 'amilin fil islam. bagi saya, hanya seorang dua sahaja daripada beribu pelajar di tempat saya ini yang layak digelar 'amilin fil islam sekalipun mereka tidak berserban dan jarang ke surau. kerna apa mereka layak? kerna mereka telah sinonim dengan perjuangan yang realiti dan bukannya fantasi. mereka telah merasai kepedihan dunia. mereka telah merasai keperitan air kimia. sedangkan sahabat-sahabat lain masih lagi bacul dengan pelbagai alasannya untuk turun ke demo.

ingat!!! Dr Fathi Yakan pernah menyeru para remaja agar bersama-sama turun ke jalanan bagi mendidik dan mentarbiah jiwa remaja agar jangan takutkan insan. hal ini adalah kerana mendidik para remaja dan belia agar boleh menghadapi situasi kezaliman dan melawan kemungkaran di tahap yang teratas.

Maka itu wahai saudara-saudaraku sekampus dan yang sama-sama menuntut di institusi pendidikan, janganlah kita memberi pelbagai alasan apabila hendak turun ke demonstrasi mempertahankan hak kita dan hak masyarakat yang perlu kita bela satu masa nanti setelah menjadi pemimpin. Ingat!!!demonstrasilah yang akan mentarbiah kita secara spiritual dan keseluruhan diri. Semasa demo lah yang akan menguji kita setakat mana iman dan ketahanan kita dalam memperjuangkan Islam dan keadilan. Demonstrasi jugalah yang akan membentuk perpaduan dan ukhuwah antara para pejuang. Demo juga lah yang akan melatih kita untuk berhadapan dengan golongan-golongan batil yang akan menentang perjuangan yang haq. Demonstrasi juga berupaya memberi pengajaran dan didikan kepada masyarakat luar tentang erti perjuangan. Demo juga berupaya menimbulkan kegerunan dalam diri para musuh apabila melihat kesatuan ummah yang padu dan tekad turun ke jalanan mempertahankan haq dan menumbangkan batil. Allahuakbar!!!

Created together by: M.U.A.Z.(CAIRO)

3/11/09

Gambar-gambar eksklusif ketika DEMO PPSMI

lautan manusia memenuhi jalan raya
pejuang dan tokoh bahasa ibunda.


YB salehudin selepas basah kuyup terkena gas dan air kimia.


bersama HJ SUBKI, wartawan yang paling dihormati dan disayangi PM malaysia ke 2 satu masa dahulu. kini pimpinan PAS pusat.



air kimia dipancut ke khalayak.



FRU melepaskan tembakan terhadap golongan siswa yang menjadi baris hadapan pada ketika itu.


gas kimia dilepaskan kepada hadirin.


seorang pemuda cuba menendang peluru tersebut daripada terkena pimpinan.


masjid turut menjadi mangsa PDRM.



pimpinan sedang diawasi UNIT AMAL


Keranda 152 diusung oleh PKPIM


FRU sekali lagi bertindak rakus dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata yang amat menyakitkan.


kanak-kanak ini lebih bijak daripada menteri pelajaran kerana prihatin terhadap bahas ibundanya.



gas kimia mula dilepaskan. namun, senjata tidak dapat mematahkan semangat para pejuang.



Prof Dr Dato hassan Ahmad ditemuramah wartawan


A. Samad Said turut menjadi mangsa kerakusan senjata kimia pihak polis.


helikopter polis berlegar-legar di ruang udara.


perarakan sedang berjalan. unit amal berjaga-jaga.


laungan memperjuang bahasa.

selepas solat zohor berjamaah di Masjid Negara.


seorang pejuang bangsa ditahan dengan kasar oleh polis dan dibelasah sebelumnya dalam keadaan mata yang pedih dan badan yang berbisa akibat senjata kimia polis.


FRU bertindak kasar apabila memukul dan menerajang rakyat yang tidak bersenjata dengan belantan dan perisainya...zalimnya polis kita...


tok guru hj hadi duduk sebentar berzikir dan bertenang sebelum memulakan perarakan memperjuangkan bangsa,bahasa dan agama.



seorang siswa yang bersemangat waja turun bersama rakyat memperjuangkan bahasa ibunda...


demo 7 mac 09 yang terdahsyat.

Demonstrasi membantah PPSMI yang diadakan pada 7 mac 09 baru-baru ini mendapat sambutan yang amat hangat daripada segenap lapisan masyarakat. Melayu, Cina dan India semuanya berkumpul di Rumah Allah yang maha suci itu. Jelas melambangkan kedaulatan institusi dan agama Islam. Demonstrasi yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan pejuang bahasa dan bangsa, badan-badan bukan kerajaan, parti-parti pembangkang dan persatuan-persatuan mahasiswa ini dikepalai Profesor Dato Dr Hassan Bin Ahmad(bekas pengarah DBP), A.Samad Said(pejuang bahasa), Dato Seri Hj Hadi(presiden PAS) dan seorang wakil pemimpin pelajar.
Sejak dari subuh 5 mac lagi peserta-peserta demo ini sudah berkampung di masjid negara. Ada yang datang dari Kedah, Kelantan, Terengganu malahan Sabah dan Sarawak. Semuanya jauh-jauh. kami yang datang dari Kuala Pilah, Sepang, Bangi, Klang dan Nilai hanya sempat tiba seawal jam 12 tengahari. Suasana pada ketika itu masih tenang walaupun jumlah yang ada pada masa itu sudah mencecah ribuan manusia sehingga hampir memenuhi ruang legar Masjid Negara yang amat besar dan indah itu.
Sepanjang perjalanan menghala ke masjid negara, kelihatan sekumpulan anak-anak muda dari kalangan siswa dan siswi yang searah dan setujuan ke Masjid negara. Cuma ketika itu, semuanya menjaga sirr masing-masing dan masih tidak mengenakan baju putih yang bertindak sebagai simbolik. Hal ini kerana tidak mahu tragedi BERSIH berulang iaitu apabila pihak polis menahan sesiapa sahaja yang berpakaian kuning di stesen-stesen bas, LRT, KTM, lebuhraya dan sebagainya. Baju putih pada hari ini semuanya disorok dahulu bagi menjaga sirr. Majoriti mereka turun di stesen KTM Kuala Lumpur. Saya dan rakan-rakan yang ingin meninjau di kawasan perhentian LRT Pasar Seni mengambil tren lain di KL Sentral. Menaiki LRT dan meninjau serta berjalan melihat suasana di sekitar Pasar Seni. Kelihatan, beberapa van putih polis yang dilengkapi para pegawainya yang berpakaian pereman dan beruniform sedang berjaga dan meninjau sekitar Pasar Seni. Aktiviti perniagaan ketika itu semuanya berjalan seperti biasa. Kelihatan juga, sekumpulan muslimat dan muslimin yang diyakini kumpulan mahasiswa sedang tercari-cari lokasi demonstrasi. Memang pada awalnya dirancang ingin dimulakan di 3 tempat sebagaimana perhimpunan BERSIH dahulu iaitu di Pasar Seni, Masjid Negara dan SOGO. Namun begitu, pihak polis hanya memberi permit untuk 1 tempat sahaja iaitu Masjid Negara. Maka berhimpunlah lautan manusia memenuhi Masjid Negara.
Setibanya aku dan sahabat di Masjid negara, saya amat kagum dengan jumlah anak muda yang begitu ramai dan golongan guru yang amat prihatin. Tak ketinggalan juga jumlah wanita yang amat ramai. Tangga-tangga masjid tidak kesunyian daripada langkahan hamba-hamba ALLAH yang beriman yang ingin memperjuangkan hak dan keadilan ini. saya dan sahabat mencari satu sudut untuk berehat. Tanpa disedari, kami sebenarnya baru sahaja melewati Prof Dato Dr Hassan Ahmad selaku pimpinan demo hari ini. sungguh zuhud penampilannya. Selepas menunaikan beberapa kewajipan seperti qada’ hajat dan sebagainya, kami berjalan di perkarangan masjid. Ada beberapa buah gerai dibuka. Paling laris ialah jualan di gerai baju “bantah PPSMI”. Kemudiannya gerai air minuman. Seketika kemudian, wakil Ahli Parlimen Batu, dikerumuni wartawan dari dalam dan luar negara. Kemudiannya, Prof pula yang dikerumuni bersama-sama dengan Pak Shukor(pejuang bahasa). Suasana bertambah hangat apabila seorang lagi sahabat dari ahli sastera hadir menghampiri Pak Shukor. Pak Shukor tanpa ragu-ragu terus mengkritik sikap ahli sastera tersebut. Ahli sastera tersebut dikatakan hipokrit kerana dalam masa yang sama menyokong BN dalam usaha melenyapkan bahasa Melayu. Orang ramai tersenyum lebar melihat telatah Pak Shukor.
Lebih kurang setengah jam kemudian, kehadiran A.samad Said disambut dengan tepukan gemuruh dan laungan takbir. Wartawan seperti biasa mengerumuni beliau. Beberapa minit kemudian ketika hampir tiba azan zohor dilaungkan, kelihatan kereta Dato Presiden PAS tiba di perkarangan masjid. Namun, beliau terus naik ke masjid bagi menunggu azan zohor. Sebaik sahaja azan dilaungkan, lautan manusia memenuhi masjid Negara bagi manyahut panggilan Ilahi. Suasana amat meremangkan bulu roma kerana julung kalinya saya bersolat di Masjid Negara dengan jumlah jamaah yang melimpah ruah hingga ke perkarangan masjid. Alangkah indahnya jika senario ini dapat dialami di seluruh negara. Sebelum menunaikan solat, saya sempat bergambar dengan seorang tokoh bahasa dan pejuang keadilan yang juga merupakan bekas wartawan akhbar Utusan. Beliau juga merupakan satu-satunya wartawan yang sentiasa mengiringi YAB Perdana Menteri Kedua Malaysia ke luar negara. Kini, beliau merupakan pemimpin tertinggi PAS dan pengarang Harakah. Antara ruangannya yang paling terkenal dalam Harakah ialah “1,2,3 lekup” dan “Mens Sana En Corporo Sana”. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Haji Subki atau nama penuhnya Haji Subki bin Abdul Latif. Sebaik sahaja menjamakkan solat, laungan takbir bergema didalam dewan masjid. 3 kali laungan ALLAHUAKBAR itu cukup menghangatkan suasana. Di satu sudut, kelihatan YAB Dato Presiden sedang duduk berehat dan menunggu masa untuk memulakan perhimpunan aman. Suasana Masjid Negara cukup sesak ketika itu dengan tambahan ribuan lagi manusia yang prihatin terhadap isu bahasa ini. Setelah semuanya berhimpun di perkarangan dataran masjid, pimpinan memberikan sedikit ucapan sebagai pembuka semangat para peserta dan pejuang keadilan dan Islam dari atas beranda masjid.
Sepasukan FRU bertopi merah mula menyekat pintu pagar masjid bagi menghalang jamaah daripada keluar menuju ke istana negara. Namun, dengan keberanian yang tertanam dalam diri anak-anak muda dan jamaah Islam ini, pasukan FRU tersebut berjaya dikalahkan sekalipun mereka menghambat kami dengan belantan yang padu dan penghadang yang keras dan berat. Akhirnya FRU tewas di perlawanan pertama. Semua pejuang ini melintasi jalan raya menuju ke Istana. Sepanjang perjalanan ke Istana, pelbagai halangan terpaksa dihadapi. Wujud sepasukan lagi anjing bertopi merah ini. kali ini dengan senjata kimianya. Kami bergerak di barisan paling hadapan. Polis-polis berpakaian pegawai dan SB hanya mampu memerhatikan kami kerana mereka tidak ada senjata untuk berhadapan dengan pejuang-pejuang hak rakyat ini. Tanpa sebarang amaran, tembakan pertama yang mensasarkan lebih 30 butir peluru yang mengandungi gas kimia dilepaskan terhadap anak-anak kecil, orang-orang tua dan wanita. Sungguh bacul tindakan polis yang amat hina ini. kemudiannya, barisan hadapan pemuda-pemuda berani ini terus mengejar polis dan menyebabkan polis terpaksa berpatah balik ke belakang. Lebih kurang seratus anak muda dan veteran berjaya tiba di pintu utama Istana. Malangnya, kami terpisah jauh daripada pimpinan kerana FRU telah menyekat pimpinan lebih kurang setengah kilometer di belakang. Kami pula terpaksa berhadapan dengan dua penjuru pasukan polis yang menembak dari jauh. Ramai orang awam yang lalu lalang disitu turut menjadi mangsa kerakusan pihak polis laknatullahialaik.
Unit amal cuba menyelamatkan orang awam tersebut dan tindakan berani mereka ke jalan raya telah menaikkan integriti dan kredibiliti seorang tentera Allah. Orang awam berasa amat bangga dengan keprihatinan Unit Amal terhadap masyarakat. Tahniah dan syabas Unit Amal. Sebaik sahaja tembakan dilepaskan buat keberapa kalinya, memang tidak dapat tertahan lagi. Garam dan air menjadi senjata bagi menghilangkan kepedihan tersebut. Dengan garam yang beberapa paket dan beberapa botol air, kami semua berkongsi dengan penuh rasa ukhuwah dan tanggungjawab. Kami terus melaungkan kalimah ALLAHUAKBAR dan hancur PPSMI!!! Kami terus dikejar pihak polis yang mempunyai belantan di tangan atau senapang gas pemedih mata. Kain rentang milik PKPIM cuba ditarik dan disentap oleh beberapa orang SB. Kami melawan dan satu adegan tumbuk menumbuk berlaku disitu. SB terpaksa mengalah kerana anak-anak muda ini mula megerumuni mereka. SB dilarikan oleh polis berseragam. FRU juga bertindak memukul beberapa pejuang di bawah jambatan. Ada yang melawan dan ada yang tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan mata tidak dapat dibuka akibat gas pemedih mata yang mencengkam urat-urat mata. Namun, akhirnya syabab-syabab dan ‘amilin datang membantu. Kemudian, FRU melepaskan tembakan ke arah kami dari arah atas jambatan, arah depan dan arah belakang. Bayangkan, 3 penjuru berhadapan dengan satu. Kami hanya boleh tunduk dan menutup hidung. Namun, kepedihannya tidak terkata. Amat mencengkam. Disimbah pula dengan air kimia yang amat pedih dan sengal. Kami lari menuju ke bawah jambatan ke arah susur jalan bertentangan. Alhamdulillah kami dapat melepasi halangan polis tersebut dan masuk ke selekoh untuk kembali ke Masjid Negara. Ketika dalam perjalanan balik ke Masjid, kami diserang lagi. Kali ini dari arah belakang dan atas. Kelihatan makcik-makcik dan kanak-kanak penat keletihan akibat lari daripada polis dan kepedihan akibat gas. Kali ini peluru tersebut betul-betul jatuh disebelah saya. Amat pedih tak terhingga sehingga baju yang asalnya berwarna putih bersih bertukar menjadi comot dan hitam akibat asap dan jelaga kimia tersebut. Kami terus lari menuju kehadapan. Garam dihulur kepada saya bagi melegakan sedikit kepedihan.
Ustaz Ridhuan Mohd Nor rupa-rupanya ada di belakang kami. Beliau masih sempat berlawak sambil memegang pembesar suara. Kemudian, kami terus melaungkan takbir dan slogan tanpa henti sehinggalah sampai ke hadapan Masjid Negara. Ketika mahu memasuki perkarangan masjid, FRU mula menyekat jalan. Kali ini lebih dahsyat. 2 meriam air, 4 bas FRU, 1 trak berloceng dan 2 trak pengangkut banduan. Polis mengarahkan kami supaya balik dan bersurai sedangkan kami meminta beberapa minit sahaja lagi untuk membaca doa dan bersolat. Malangnya, polis yang tidak mengenal agama ini, terus membunyikan loceng dan memancutkan air kimia yang kelajuannya melebihi 100 KM sejam dan amat pedih. Natijahnya, tong-tong sampah dan perkakas sekitar masjid bertaburan. Anak-anak kecil dan wanita tercampak. Ada yang cedera. Petugas mengarahkan supaya semua masuk ke masjid bagi berlindung. Wanita dan anak-anak kecil sempat dimasukkan ke masjid dengan menyelinap daripada polis. Kami yang masih muda dan bertenaga bertindak di luar.
Amat tidak diduga, pihak polis melepaskan puluhan tembakan kearah dalam masjid sehingga menyebabakan ruang masjid dipenuhi asap kimia. Kemudian, dipancutkan pula dengan air kimia. Bayangkan, anak-anak kecil dan wanita yang berlindung di situ. Rumah Allah yang maha suci dicemari keganasan pihak polis yang Zionis. Tingkap-tingkap dan perkakas kaca dalam masjid habis pecah dan berterabur akibat ditembak oleh polis. Masjid dibasahi air kimia. Biadab sungguh kamu wahai polis sehingga sanggup mencemari rumah Allah. Sialan kalian!!! Di luar pagar masjid, para pemuda terus berlawan dan berhadapan dengan pihak polis. Ketika cuba berlindung sambil berlari dari bedilan asap kimia dan pancutan air kimia, terserempak dengan kakanda-kakanda yang pernah memberi tunjuk ajar ketika usrah dalam tanzim lama dahulu. Sempat bersalaman dan berbual sebentar. Kemudian, datang seorang anak kecil yang merah padam mukanya akibat kepedihan bersama ibunya sambil berlari untuk berlindung dari kekejaman polis Zionis tersebut. Mungkin kali pertama mereka berhadapan dengan senario ini. Garam yang dibawa oleh rakan dari maahad sempat ditaburkan ke atas muka anak kecil berkenaan yang jelas mukanya memaparkan kesakitan dan merah padam. Saya dan sahabat menyumbat garam ke dalam mulut anak kecil yang baru berusia sekitar 6 atau 7 tahun itu. Kemudian kami diserang lagi dengan air kimia buat keberapa kalinya. Kami berlindung disebalik pokok-pokok, kereta-kereta, tembok-tembok dan apa sahaja yang mampu ketika itu. Ketika beberapa orang pegawai polis dihantar masuk untuk berunding dengan wakil Unit Amal, 7 orang pegawai ini sempat di”boo” dan dimaki hamun oleh warga Malaysia yang marah dengan kekejaman ini. ada yang melempar botol dan mencarut terhadap polis yang hipokrit itu. Polis tetap mahu peserta bersurai sekarang. Akhirnya berlaku satu pertengkaran. Peserta-peserta demo terus mengerumuni polis dan akhirnya polis tewas dan sedia bekerjasama dengan memberikan sedikit masa lagi sebelum bersurai.
Kata sepakat berjaya dicapai. Polis keluar dengan di”boo” sekali lagi. Kemudian, saudara Mahfuz(ketua penerangan PAS pusat) dan Salehuddin(ketua pemuda PAS pusat) memberikan ucapan dan info mengenai penghantaran memorandum. Katanya, memorandum telah berjaya duhantar oleh Pak Samad dan Dato Ahmad Hasan. Semuanya berjalan lancar walaupun berhadapan dengan gas pemedih mata. Keranda 152 terus diusung oleh pelajar PKPIM dan siswa-siswa lain. Demo hari ini telah berjaya menyuarakan hak rakyat.
Sepanjang perjalanan balik ke markaz menaiki KTM, sempat saya berkenalan dengan beberapa senior dari UKM dan UTEM. Mereka amat mengkagumi keberanian para pelajar sekolah hari ini yang turut turun menyertai demo. Kami sempat berkenalan dan tahniah buat siswa UTEM,UKM dan IKTBN. Setiap kali tiba di perhentian stesen KTM, ada sahaja jamaah yang berpakaian “kami bantah PPSMI” dan disambut dengan laungan Takbir!!!


Khalid-8mac09-baiti jannati-nilai 1.(1.50 am)

3/4/09

JOM TURUN DEMO SABTU NIH!!!!

KUALA LUMPUR, 4MAC - Demi memastikan kedaulatan Bahasa Melayu dijunjung sekaligus membantah dasar Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang jelas mengundang '1001 masalah' kepada para pelajar khususnya di luar bandar, orang ramai diseru untuk sama-sama menyatakan sokongan dan menyertai 'Himpunan Aman 100,000 Mansuhkan PPSMI' pada 7 Mac ini (Sabtu).
Menurut Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Hasini Abas, perhimpunan akan diadakan di tiga lokasi bermula 2.00 petang iaitu Pusat Perniagaan SOGO, Central Market dan Masjid Negara yang kemudiannya berarak ke Istana Negara untuk serahan memorandum.
"Bagi memudahkan perjalanan himpunan ini maka semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam untuk hadir dalam himpunan ini. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang.
"Kawalan keselamatan akan dibantu oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara. Permit himpunan telah dipohon kepada Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Peserta adalah dilarang samas ekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak dibenarkan," katanya dalam satu kenyataannya yang terdahulu.
Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato? A.Samad Said, Dato Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato Nik Safiah Karim, dan diikuiti pemimpin terkenal Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi.
Warna tema himpunan pada hari tersebut ialah 'putih' dan peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI, katanya.
"GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP.
"GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul dihadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang," katanya.