12/6/07

perhimpunan bersih

assalamualaikum...salam sejahtera...salam reformasi...

tanggal 10 november 2007, Malaysia digegarkan dengan berita sensasinya iaitu perhimpunan aman rakyat yang mengumpulkan lebih daripada 100000 orang yang lengkap berpakaian kuning dan berslogankan "bersih". senario ini amat mengejutkan dan mengujakan kerana kebanyakan warga kota ketika itu beranggapan bahawa ini mungkin pengambaran DIGI yang baru untuk iklannya. rupa-rupanya selepas tiba di rumah dan menonton televisyen, barulah mereka tahu bahawa senario sebentar tadi ialah perhimpunan rakyat yang ingin menuntut hak mereka sebagai pengundi sekaligus menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
saya merupakan seorang pelajar tingkatan lima dan bakal menduduki peperiksaan SPM pada 12 haribulan november iaitu 2 selepas perhimpunan diadakan. namun, saya dan keluarga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan rakyat Malaysia bagi menyahut cabaran PM ke 5 Malaysia iaitu datuk seri Abdullah Badawi. kehadiran saya sekaligus dapat menemukan saya dan rakan-rakan lama yang rupanya turut serta bagi membuktikan keberanian sebagai seorang bakal pengundi.
tepat jam 2.15 petang, saya tiba di sebuah perhentian LRT berdekatan. setelah berjalan kaki beberapa minit dan mula menghampiri kawasan dataran merdeka, mulalah kedengaran suara-suara laungan takbir dan reformasi yang amat membakar semangat. saya bergerak semakin hampir dan cuba menyertai kawasan itu. tiba-tiba, bunyi siren daripada beberapa buah kereta peronda menghampiri kawasan itu. pegawai-pegawainya turun dengan berseragam dan ada juga yang berpakaian pereman. salah seorangnya membawa pembesar suara bagi memberi amaran kepada peserta demonstrasi agar bersurai. beberapa ratus meter dihadapan kelihatan beratus-ratus anggota unit simpanan persekutuan(FRU) berbaris membuat rintangan manusia disertai puluhan anggota polis yang bercotar dan trak-trak meriam air serta trak tahanan.
situasi ini mengingatkan saya kepada tragedi reformasi 1998 yang menyaksikan para anggota Polis dan FRU bertindak kasar seperti anjing yang ganas. semua orang di hadapannya habis diterajang tak kira usia sama dan jantina. malahan, lebih berbisa ialah apabila seorang wanita yang hanya mampu berlari-lari anak turut dipukul oleh Polis yang bersifat binatang. Polis dan FRU ketika itu tidak ubah bersifat seperti khinzir atau lebih dikenali sebagai Babi. mengapa saya berkata demikian? kerana mereka hanya terus mengejar dan menyerang sesiapa sahaja yang berada dihadapan mereka. begitu juga dengan Babi yang menyerang sesiapa sahaja yang berada di hadapan mereka.
berbalik kepada perhimpunan BERSIH, hujan mula turun dengan tenang dan dingin. pada mulanya ramai yang beranggapan bahawa perhimpunan ini tidak akan berjaya menghimpun 100000 orang tetapi beberapa minit kemudian kedengaran laungan "allahuakbar" dan "reformasi" yang menuju ke arah kami berkumpul. jalan-jalan mulai sesak dan ditutup. pihak polis dan FRU mula berdiri tegar dan bersedia dengan senapang gas pemedih mata, meriam air asid, cotar, gari dan penghadang seolah-olah rakyat jelata di hadapan mereka itu mempunyai senjata. sedangkan semua peserta demo itu tidak memegang sebarang objek pun termasuk botol air.
keadaan masih lagi tenang ketika itu dan kedengaran bunyi-bunyi hon daripada kereta-kerata yang menyokong dan membakar semangat penunjuk perasaan. setelah disekat oleh Polis, kami menuju ke satu jalan lain sebagai alternatif untuk lari daripada sekatan itu. sebaik kami bergerak, Polis dan FRU turut menambah anggota dan bergerak ke arah yang sama. jalan tersebut juga turut disekat. kuala lumpur hari itu dibanjiri lautan manusia kuning dan digemakan dengan laungan MAHA SUCI "ALLAHUAKBAR". pemuda-pemuda ISLAM yang berbangsa MELAYU pada hari itu amat mengagumkan. keberanian mereka membuktikan kepekaan mereka terhadap negara mereka. Mahasiswa dan pelajar sekolah turut sama memperjuangkan keadilan di tanah air sendiri.
sedang bersesak-sesak menuju ke jalan alternatif yang lain, tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi loceng yang agak kuat. bunyi yang datang dari atas trak FRU itu sebenarnya ialah isyarat kepada anggota FRU untuk menyerang dan membelasah sesiapa sahaja di hadapan mereka. senario sama ini turut dialami ketika reformasi 1998. setelah menyerang, pasukan FRU dan Polis yang bersikap kekhinziran ini berjaya menahan berpuluh-puluh orang termasuk warga emas dan belia. hanya beberapa langkah di hadapan saya, kelihatan sekumpulan skuad Polis BABI ini menerajang dan memijak seorang remaja tepat di kepalanya dengan but keras Polis tersebut. seorang warga tua pula dipulas tangannya dan digari dengan kasar. tindakan ini tak ubah seperti binatang menyerang manusia.
fitrah saya sebagai seorang remaja yang mempunyai belas kasihan ingin menyelamatkan mereka. apakan daya, saya seorang ingin berhadapan dengan puluhan anggota polis yang sedang memuaskan nafsu haiwan mereka. saya terpaksa melupakan hasrat itu dan terus lari bersama-sama ratusan ribu yang lain. Namun, sempat juga saya memaki hamun Polis tersebut dengan menjerit "PUKIMAK KAU" dan "SIAL KAU" sambil bergerak ke arah bangunan KWSP. tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan disertai asap-asap pedih dan menusuk qalbu. tembakan itu rupa-rupanya gas pemedih mata. kebanyakan wanita mula menangis akibat kepedihan yang teramat. saya juga turut merasainya. datang pula seorang belia yang membawa garam bagi disapu ke muka agar kepedihan dapat dihilangkan. kemudian, barulah lega sedikit.
beberapa minit kemudian, kami berhimpun sekali lagi dan kali ini tindakan berani yang diambil ini diketuai oleh beberapa pemuda dan mahasiswa yang menjadi barisan hadapan bagi menempuh Polis dan FRU. walaupun Polis sudah mengetuk-ngetuk penghadangnya sambil bergerak pantas ke arah kami sebagai tanda ingin menyerang, namun kali ini, pemuda-pemuda ISLAM melayu berkenaan tetap mara ke hadapan disertai ratusan ribu yang lain di belakang.
natijahnya, pihak polis terpaksa berundur. senario ini tidak pernah kita lihat di malaysia kerana sebelum-sebelum ini, pastinya pihak polis yang akan memberanikan diri bertindak kasar terhadap penunjuk perasaan. kali ini berbeza kerana pihak polis gentar terhadap jumlah rakyat yang semakin bertambah iaitu 10 kali ganda jumlah anggota polis. setelah pihak polis berundur, kami terus menuju ke MASJID negara bagi menunaikan solat asar. malangnya, sebaik tiba di masjid, semua pintu ditutup dan pihak polis turut berjaga di hadapan masjid. ketika ini, dapat kita lihat bahawa, pelbagai masyarakat sama ada cina. india dan melayu yang terdiri daripada pelbagai agama turut sama mengikuti kami ke masjid sebagai tanda perpaduan. mereka sanggup menemani peserta yang Islam ke masjid.
selepas hampir sejam pertengkaran dan rundingan berlaku antara pihak polis dan pemimpin Islam di masjid negara, barulah penunjuk perasaan dibenarkan memasuki kawasan masjid dan menunaikan solat. sebaik sahaja selesai solat, para jemaah diberitakan bahawa memorandum telah pun selamat diserahkan kepada wakil yang dipertuan agong di istana negara kira-kira pada jam 5 petang yang turut disertai 40000 orang penunjuk perasaan.
perhimpunan berakhir dengan laungan TAKBIR di hadapan masjid negara. begitu juga di istana negara yang berakhir dengan sedikit ucapan dan laungan TAKBIR serta REFORMASI.

cerita di MASJID JAMEK akan disiarkan pada artikel seterusnya...